in , , ,

Gwen Stefani Concert Live The Sweet Escape in Kuala Lumpur Pada 21 Ogos Ini

Konsert Jelajah Dunia Gwen Stefani – The Sweet Escape akan singgah di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2007 (hari Selasa).

Motif dan kenapa buat hari Selasa? Kenapa tak buat hari Sabtu? Mmm… itu kena tanya penganjur.

Bakal berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Jalil, konsert pertama bekas penyanyi atau vokalis band No Doubt akan mengumpulkan peminat yang sudah lama mengidam untuk menonton showmanship Gwen Stefani.

Seorang pembaca Sensasi Selebriti, Rini sudah pun mendapatkan tiket yang sudah pun mulai dijual di kaunter Access atau boleh ditempah melalui online di www.axcess.com.my.

gwen steffani

Tiket berharga RM385, RM365, RM285, RM175 & RM125 boleh didapati di Axcess outlets: Axcess Office, Jalan Semangat, 1-Utama Shopping Complex, Rock Corner, Midvalley Megamall dan pusat hiburan, Planet Hollywood, Bukit Bintang dan Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail. Kepada ahli OneClub Maxis anda boleh mendapat potongan harga 10% untuk tiket kedua yang dibeli.

Dengan jemputan eksklusif Love Angel Music Baby, diva rock star ini katanya akan mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular seperti “Hollaback Girl”, “Rich Girl” (penampilan khas bersama Eve), “Cool,” “Luxurious” dan “What You Waiting For?”. Di tahun 2004, Gwen Stefani pernah dinobatkan pemenang Grammy Awards. So, what you waiting for?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan at Cannes Film Festival

Tahniah! Ning Baizura & Omar Sharif Selamat Bertunang di Rumah Bapanya