Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip Rozita Che Wan Berkahwin Dengan Kerabat Diraja?



Menurut Harian Metro, selepas digosipkan berkahwin dengan suami selebriti, Rozita Che Wan dikatakan berkahwin dengan kerabat diraja pula.

Rozita Che Wan di Movie Carnival 2008

Soseh Soseh: Rozita kena gosip lagi

KALAU hendak dikira, dalam setahun entah berapa kali pelakon jelita Rozita Che Wan digosipkan berkahwin dengan pelbagai VIP yang semuanya suami orang. Bagaimanapun, Rozita menepis semua gosip itu dengan cara cukup berhemah.  

Setiap kali pertanyaan mengenai desas-desus perkahwinannya dengan VIP itu dan ini diajukan kepadanya, dia menjawab dengan senyuman manis terukir di bibir. Bagusnya dia, sedikit pun tidak melatah.

Tetapi itulah, orang cantik jelita tepis macam mana pun orang akan terus memperkatakannya juga. Masyarakat selalu memerhatikannya. SS rasa kalau artis itu menetap di pulau di tengah lautan sekali pun, orang sanggup berkayuh perahu untuk mengintai ceritanya. Begitulah hangatnya kisah artis yang satu ini.

Selepas reda gosip mengatakan Rozita kahwin dengan suami artis terkenal, timbul pula cerita terbaru. Kali ini SS dengar khabarnya Rozita dikatakan berkahwin dengan seorang VIP. Kali ini bukan berstatus Datuk atau Tan Sri tapi lebih tinggi daripada itu dan orangnya pula kerabat diraja.

Apa yang boleh SS katakan, VIP itu kaya raya. Berita Rozita dikatakan berkahwin dengan VIP berkenaan timbul apabila ada yang nampak VIP itu kerap berulang-alik ke rumah pelakon yang menjadi sememangnya menjadi idaman ramai lelaki.

Tambah membuatkan pembawa cerita itu semakin yakin kerana jika ibu Rozita ada di rumah pun, katanya, VIP itu tanpa segan silu bertandang ke rumahnya. Kesimpulannya, sudah tentu hubungan mereka sangat akrab. Kalau tidak, takkan VIP itu berani keluar masuk rumah orang sesuka hati.

Tetapi SS yakin, jika ditanya lagi mengenai ‘perkahwinan’ terbarunya itu kepada Rozita, pasti ibu dua anak ini menafikannya melainkan ada bukti surat nikah.

Sebenarnya, kalau benar Rozita menikah lagi tiada salahnya kerana dia pun kini bersendirian. Jika benar berkahwin, tak baik menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ramai.

Sebaliknya kalau sah mereka belum berkahwin, tak manislah VIP itu selalu keluar masuk rumah artis itu. Kelak ia menimbulkan fitnah. VIP itu pun bukan calang-calang orang dan SS rasa bukan selayaknya VIP itu bersikap seperti anak muda lagi. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Penyanyi Bercinta Dan Akan Kahwin Dengan Kerabat?
  • Gossip Acha Septriasa Bercinta dengan Kerabat
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan
  • Gambar Rozita Che Wan Rekaan Zery Zamry di MIFW 2010
  • Gambar Rozita Che Wan di Pelancaran Anugerah Skrin 2011
  • Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai
  • Gambar Keluarga DiRaja Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah
  • Rozita Che Wan Masuk Hospital Menghidap Hepatitis
  • Dokumentari Perkahwinan Diraja Putera William & Kate Middleton
  • Gambar Kekasih Zahid AF2, Nurul atau Tengku Loreta?



  • 5 Komen untuk entri “Gossip Rozita Che Wan Berkahwin Dengan Kerabat Diraja?”

    1. ANTIJANDAGATAL kata:

      APALAH SI ROZITA ni.cantik tak le sangat..buat2 cantik adela..tambah dgn susuk mandi bunga tu yg buat si vip tersangkot perangkap tu..benci dah kawen cerai pastu carik lagi lain..anak jadik bohjan

    2. june kata:

      fuhh lasernyaaa hehe…wahh latest ke citer ni..tapi slalu sgt dia ni digossip..tk tau ler mana 1 yg betul…

    3. IzzahJaslenda kata:

      ni la yang payah bila jadi orang cantik… ade je orang nak dengki, x suka, khianat… bila x cantik pun orang kutuk gak.. ntah pape ntah..

    4. Budak Otai kata:

      Saham tengah tinggi cik Ita ni..mcm2 ceta la kuar..pe pun, aku layan jer.. Org lawa beb walaupun make up tebal!!!

    5. hidarina kata:

      bg aku, kak ita x make up pun cntik ape.. Aku peminat die aw..
      Aku yakin die xgne susuk lah.. semula jadi tu, cahaye wudu’ tu,hehehe

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK