• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Giliran Uchop, Anjun, Abang, Adli, Syahz & Yus Berentap Dalam Vokal

0
  • by Budiey
  • in TV3
  • — 29 Nov, 2012

Sehebat Mana Vokal Finalis Lelaki?
Giliran Uchop, Anjun, Abang, Adli, Syahz dan Yus Berentap!

Konsert mingguan VOKAL 2 yang lalu telah menyaksikan pertarungan 5 finalis wanita di mana Nadeera, Fatin, Bella dan Mar berjaya mara ke pusingan seterusnya manakala Nasuha telah disingkirkan.

Minggu ini, giliran kumpulan lelaki yang terdiri daripada Uchop, Anjun, Abang, Adli, Syahz dan Yus pula berentap untuk memikat juri tetap, Dato’ Hattan dan Ziana Zain serta meraih undian SMS daripada peminat dan penonton di rumah.

Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata,

“VOKAL muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta menjadi ukuran untuk berjaya. Namun, perjalanan untuk menempa nama di persada seni bukanlah semudah yang disangkakan. Kesemua finalis yang bertanding tidak harus leka dan perlu memberikan persembahan terbaik setiap kali berada di atas pentas kerana tiada lagi peluang kedua selepas kalah mati di pentas VOKAL.”

Bagi musim kedua ini, VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan ‘Rutin Vokal’. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.

VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim ke-2 bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam menyaksikan 11 finalis bertanding untuk merebut gelaran juara VOKAL 2 serta memenangi hadiah wang tunai RM 100,000!

Di samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat peserta VOKAL 2 menerusi RUTIN VOKAL yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi ‘Rutin Vokal’ penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.

Kini memasuki minggu keenam di mana giliran 6 finalis lelaki mempamerkan kehebatan mereka untuk merebut peluang mara ke pusingan seterusnya. Tirai persembahan konsert mingguan VOKAL dimulakan oleh Yus dengan lagu Jamal Abdillah “Ghazal Asmara” dan diikuti oleh Anjun dengan lagu “Aku Yang Tersakiti’ nyayian asal Judika. Finalis lelaki ketiga, Syahz mempertaruhkan lagu “Muara Hati” yang dipopularkan oleh Hafiz dan Dato’ Siti Nurhaliza manakala finalis keempat Uchop pula mencuba nasib menerusi lagu To’ki “Biasan”.

Pentas VOKAL 2 dihangatkan lagi dengan persembahan oleh Adli dengan lagu “Nakal” nyanyian asal Gigi diikuti dengan finalis terakhir Abang yang akan membuat penampilan menerusi lagu popular Yuna “Dan Sebenarnya”.

Seperti minggu lepas, 3 finalis lelaki yang mendapat markah paling rendah perlu mengharungi pusingan ‘battle’ dengan mempersembahkan lagu kumpulan Spider “Tapi Bagaimana’ untuk merebut peluang terakhir supaya kekal bertanding di atas pentas VOKAL musim ini. Siapakah yang akan terselamat dan berapa orang finalis yang bakal tersingkir? Keputusan muktamad terletak dalam tangan juri tetap Dato’ Hattan dan Ziana Zain.

VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Untuk yang mengundi hanya perlu menaip VOKAL/VOKAL5nama peserta dan hantar ke 33399. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak 50sen. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan ‘JUARA VOKAL ONLINE’. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter @ TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

Uchop yang menyanyikan lagu 'Biasan', lagu asal To'ki

Yus yang tampil dengan lagu 'Ghazal Asmara', lagu asal Jamal Abdillah

Syahz menyanyikan lagu 'Muara Hati', lagu asal oleh Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Abang yang menyanyikan lagu 'Dan Sebenarnya',lagu asal Yuna

2 finalis yang terkeluar pada minggu ini, iaitu Anjun dan Syahz

Juri Tetap- Dato' Hattan

Juri Tetap- Ziana Zain

Juri Jemputan- Mas Idayu

Juri Jemputan- Azmeer

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: abangadliAnjunGambar JuriGiliran UchopSyahzVokal 2yus

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Fashion Police Celebrates Landmark 100th Episode
  • Next story Gambar Terbaru Naira Mikayla Nama Anak Nabil & Zira

ENTRI BERKAITAN

  • Sinopsis Majalah 3 Menggenggam Warisan 16 Oct, 2009
  • BEST OF DRAMEDY TV3 8 Sep, 2010
  • Karnival Jom Heboh di MITC Ayer Keroh Melaka 23 Feb, 2012
  • Raja Azura Hos Meow… Belai Si Comel Bersama FRISKIES® 19 Mar, 2009

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
    • Red Bull Bc One Cypher Malaysia Kini Kembali
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.