in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert

Jam 8 malam semalam, Budiey telah dijemput untuk menyaksikan Konsert Amal Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Menyentuh tentang fesyen busana yang dipakai oleh Dato’ Siti Nurhaliza semalam, ianya mendapat sentuhan dari rekaan pereka Zery Zamry dan Hatta Dolmat manakala kain pula mendapat tajaan dari Jakel. Siti akan menggayakan busana yang berbeza untuk dua malam persembahan. Pada malam kedua pula, Siti Nurhaliza akan mengenakan busana dari Ezuwan Ismail dan Qudyn. Ada lima orang pereka fesyen kesemuanya yang terlibat untuk busana Siti di konsert amal ini dan Siti juga ada sediakan sepasang baju untuk stand-by.

Budiey perhatikan dewan berkapasiti 3,200 tempat duduk di Dewan Plenary hampir penuh. Kalau nak dikira Budiey dapat buat kiraan 3,000 orang yang hadir dan ini Budiey boleh katakan konsert ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai dan badan korporat yang turut menderma bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bermula tepat jam 9 malam itu, konsert berdurasi selama dua jam ini telah menghiburkan penonton dengan 24 buah lagu yang dipilih berdasarkan permintaan peminat Siti Nurhaliza sendiri di laman sosial.

Rata-rata terhibur dengan persembahan rangkaian lebih 23 lagu antaranya, Siti Situ Sana Sini, Jalinan Cinta, Kesilapanku Keegoanmu, Purnama Merindu, Nian Di Hati, Jerat Percintaan, Kau Mawarku, Bukan Cinta Biasa, Kau Kekasihku, Ku Mahu, Cindai, Nirmala serta koleksi lagu Inggeris iaitu Stand Up Remember You. Siti juga turut mengundang Hazama untuk lagu Just Give Me The Reason. Secara eksklusif dan pra dengar lagu terbaru, Siti turut berkongsi kenangan kisah kemalangan suaminya di New Zealand menerusi Jaga Dia Untuk Aku yang akan dimuatkan dalam album pop terbaru.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Luar Biasa Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun di Penang

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP ERA