Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis



Pada jam 8 malam di tanggal kalendar 12 Mac 2008, Rabu lalu, Budiey telah menghadiri Majlis Sambutan & Pelancaran Program Maulidur Rasul Di Saluran Astro Oasis, Saluran Inspirasi Sanubari di salah sebuah hotel terkemuka di hadapan Sungei Wang Plaza. Matilah Budiey tak ingat nama hotel tu. Huhu! Hampeh tul!

Dihadiri oleh ramai bintang Akademi Fantasia seperti Bob Mesraaa, Farah Breeb Breeb, Afiq, juga bintang Pantene kembar Siti Nurhaliza; Fida, Wardina, aweks Mawi yang comel bertudung yang bernama Ekin, duta ikon Astro Oasis Indonesia, Inneke Koesherawati, para pendakwah bebas seperti Dato’ Fadhilah Kamsah, pendakwah bebas yang pernah dilanda gossip dikatakan berkahwin dengan penyanyi irama padang pasir, Waheeda; Ustaz Akhil Hayy, Ustazah Fatema yang terkenal dengan tagline “Salah kitakah” (Azwan yang cakap nih), Pakcik Ustaz Dini yang memiliki suara garau yang asyik, penyanyi nasheed Hijjaz, Far East dan Saujana. Bagaimana pun duta Astro Oasis Malaysia iaitu Heliza dan Mawi tidak nampak batang hidungnya.

Diam tak diam, rupanya sudah 5 bulan, channel yang berkonsepkan Islamik untuk nurani yang dambakan inspirasi dan ketenangan hidup duniawi dan ukhrawi ini bersiaran. Pernahkah anda memetik channel ini di saluran 106 Astro? Ha, gatal-gatalkan tangan anda sekali sekala mengikuti program yang bakal menemui penonton sempena dengan sambutan Maulidur rasul ini. Khabarnya lebih 36 jam kandungan baru untuk mengajak penonton menghayati tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 19 Mac hingga 23 Mac ini. Menarik!

Majlis yang mengenakan tema putih salju dan biru langit biru ini dipenuhi dengan sidang media, acara makan ala koktail, hiburan dengan penghayatan Maulidur Rasul, Bacaan doa selamat, ucapan dari orang besar Astro Oasis, sneak preview rancangan baru, cabutan bertuah (huhu Budiey dan Azwan dapat menang Shisha aka Hookah!) dan doa penutup majlis oleh Ustaz Akhil Hayy. Setiap tetamu yang hadir diberi hadiah ikan laga dalam balang kaca berisi air jernih dan pepasir putih dan biru berserta dengan lilin putih sebagai lambang satu kehidupan yang memerlukan satu cahaya.

Terima kasih kepada Astro atas jemputan.




[tags]farah breep, bob mesra, ustaz akhil hayy, edison, chen chow, selebriti, astro oasis, channel, fida pantene, far east, saujana songs, dowmload, manggaonline.com, sensasi.com, inneke, eqin, mp3 suara pak dini, ringtones pak dini, ceramah pas, ekin, ceramah agama, video ustazah fatma, gossip mawi, album heliza, tudung ekin[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Astro Oasis Umum Senarai Peserta Imam Muda Musim 3
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun
  • Program Menarik Sempena Maulidur Rasul
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Sertai Segunung Harapan Program Realiti Terbaru Astro Oasis
  • Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince



  • 18 Komen untuk entri “Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis”

    1. jack n jill kata:

      fesyen inneke amat cantik n vogue gtu gak eqin

    2. LYN kata:

      tabek spring kat inneke n eqin fesyen menepati majlis

    3. ain_nia kata:

      inneke tu manis banget.. :) .. farah mcm serba tak kena… jgn marah farah..

    4. LYN kata:

      kalo tok ti pakai mcam c farah tu kena kutuk hebat x adil tol tutup aurat utk all pompuan muslim bkn yg ade tittle hajjah jer

    5. enilezze kata:

      i luv inneke…sgt ayu. Plus, bila renung wajah inneke,terserlah kesolehannye..
      hehehhee:))

      TO eqin,btol ke dia bomohkan mawi..?
      hopefully fitnah/cerita/gossip yg enilezze dgr tak btol and void.
      lagipun,bomoh2 nie DOSA..

      :)

    6. mawar kata:

      ha..?ekin bomohkn mawi..?biar betul..?mawi xckup pndinding ke tuk elak kebomohan ekin tu..?huhu..

    7. xee kata:

      napa lah noni berpakaian xmenepati mjlis maulidul rasul tu?

    8. DON JUAN kata:

      WAH…NI GOSSIP ATAU BERITA PANAZ NI

    9. Ida kata:

      Duta Oasis Malaysia Tak nampak …erm…Heliza ada kat UMS la tu…

    10. ayymanrahim kata:

      lawa la farah. :)

    11. zerdy kata:

      budi, camana rupa hadiah ikan laga dalam balang kaca berisi air jernih dan pepasir putih dan biru berserta dengan lilin putih tu. macam menarik je hehe…

    12. peminatFARAH kata:

      eh.. Masa sembahyang hajat utk adik sharlinie bulan lepas farah bertudung litup cantik sangat.. Kali ni kenapa tak pula ye?

    13. hazwan kata:

      heliza kat ums skang..sambung pembelajaran die dulu…:)

    14. hazwan kata:

      waheeda takde ke??:P

    15. SHE kata:

      tu dia, jurucakap heliza dah tlg jwab… :)
      iqin pn ada prgm dgn oasis?
      budiey tak de info ttng progm2nya ke?
      citer la skit…

      ;)

    16. aku kata:

      lawa lah farah :)

    17. aku kata:

      lawa lah farah :) apasal noni pki mcm tu. Huhuhu

    18. ciliapi kata:

      name pon maulidur rasul..paham2 la maksud die..besar tu maknenye,so yang islam tu tak paham2 ke tutup,hormat hari kebesaran islam..ni bukan soal hati tak terbukak ke ape..yang dah termaktub dalam kitab cakap tutup,tutupla betol2..mmgla kubo lelain,tapi sebagai sedare yang seagama ni malu la ngn orang kafir..mesti dorang pikir wat so great bout islam?? wat the difference?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK