Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sekitar Rakaman Lentera Aidilfitri Dato’ Siti Nurhaliza



Pada jam 8 malam tadi, 13 Ogos 2009, Khamis, bertempat di Studio 1, Astro Bukit Jalil telah berlangsung rakaman untuk program istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 yang diberi nama LENTERA AIDILFITRI DATO’ SITI atau LENTERA INN~!

Mula-mula Siti tampil ayu dengan sepasang busana berwarna turquoise yang direka cantek molek oleh pereka fesyen, Rizman Ruzaini. Sesuai untuk dipakai baju raya jugak ni ek~!

Kemudian untuk slot kedua, Siti memakai baju rekaan Lord’s Tailor, sepasang kot jaket hitam dan putih. Sekali tengok macam peguam. Nampak kemas dan elegan.

Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa untuk menandakan diari Aidilfitri anda kerana program ini akan disiarkan pada 21 September 2009, hari Isnin, jam 4 petang di Saluran Astro Ria (tekan butang 104 diremote control anda~!).

Siti Nurhaliza bakal bergandingan dengan Pelawak No. 1 Malaysia, Saiful Apek dan buat pertama kalinya menampilan penyanyi popular Faizal Tahir. Rasanya, ini bukan pertama kali Siti berkolaborasi dengan Saiful Apek sebab beliau pernah menjemput pelawak itu untuk menjayakan program hiburan raya sebelum ini. Sebagai artis undangan, nampaknya Saiful Apek dan Faizal Tahir telah menjalankan tanggungjawab demi memastikan rakaman program ini berjalan lancar. Yang penting, Saiful Apek macam biasa, memang selesa dengan lawak jenakanya serta Faizal Tahir juga punya aura tersendiri terutama sumbangan vokal beliau sangat mantap~!

Gambar candid masa Siti terkedu bila Dollah Chanteq kata rakaman terpaksa dibuat semula~!

Hiasan prop yang menggunakan warna merah terang merona. Tapi jangan pula ingat Gong Xi Fa Cai pulak ya~!

Antara lagu yang dinyanyikan ialah Ku Mahu, Pastikan, Apa Guna Berjanji & Bosanova, Lucky (duet bersama Faizal Tahir), Sampai Syurga (Faizal Tahir), Cintamu, Suratan atau Kebetulan (duet Dato’ Siti, Faizal Tahir & Saiful Apek), Benchinta (Faizal Tahir), Mahakarya Cinta & Dialah Di Hati (duet Dato’ Siti dan Faizal Tahir), Di Taman Teman dan sebuah lagu raya evergreen yang dinyanyikan oleh DJ Dave iaitu Menjelang Hari Raya~!

Tak nak cakap banyak, cuma nak berkongsi gambar dengan peminat Siti semuanya…

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Matic Masa Tahun 1998
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16



    • KK

      thanks budi!

    • badiuzaman

      bestnyer

    • afza

      saya minat sangat kat Dato’ Siti Nuhaliza…..rasanya sampai mati pun saya susah nak dpt jumpa dan salam dgn dia…….;-D kirim salam sayang buat beliau k.

    • sayang Tok Ti

      salam

      cantik la tok ti pakai baju biru tuh….

      tapi tengok la komen2 lepas neh … mesti tak sudah2 mengutuk style Tok Ti menutup kepalanya… mestinya lepas ni… tengok lahh… bergado2 nak menegak kan pendapat masing2… tengok aje sudah… komen lebih2 tak dpt ape… dapat dosa lagi ade…

      kan kan kan…

    • nana

      siti saaaangat cantek! suka gambar candid terkedu tu…nampak comel

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      hmm…nampak chubby sket la DCT…

    • wongjowo

      cute sgt time terkedu tuh!!

    • Za

      Siti adalah ikon ramai anak muda & semua lapisan masyarakat..
      Harap gaya CT tidak terlalu over sampai kan orang mencaci…
      Semoga CT menjadi seorang muslimah yg disegani..bukan dicemuhi..

    • iejat

      thx bro .. suke sangat!! ;D

    • http://n/a inalina74

      ct mmg lawa comel…tp syg cara pemakaian tudungnya tidak mengikut sunnah yg di wajibkan dlm islam…bg saya elok benar jika ct buka je terus tudung tu tk pyh pakai…wat dosa kering je org mengata dan mengumpat dia..kalau tk blh tunaikan janji yg dikotakan dulu jgn berjanji….kerna mulut badan binasa kerna mulut ct terseksa…renung2kan…selamat membaca

    • http://nhy34@yahoo.com.my nhy34

      sudah2 la memuji wei. bukan elok pun.

    • tengku

      ct memang cantik, sopan, berbakat & kaya… tapi berbahagia kah berpanjangan?? selautan Asia lelaki Melaya bujang yg terdiri dari pelbagai faktor…. laki @ bapa org jugak ct terkulai! sehingga sanggup menjadi perampas & pemusnah rumahtangga kaum hawa yg lain & memisahkan kasih sayang bapa dr anak2! jgn permainkan jodoh @ takdir, kerana manusia diberikan akal utk bfikir! telah terbukti perampas @ pemusnah kebahagian org lain akan dicantas jua suatu hari nanti…!!! what goes around comes around!!

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      erkkk yg atas tuh..sudah2 la mengeji…dose yg ko dapat..
      sngt cntik tokti..cam anak dare…

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      tengku sayang intan payung….ko tau ke ape yg belaku sebenanyer..aku malas nak betekak..dun even care tu response yer..x kose nak layan…daaaaa

    • mimi

      tudung is up to her. kalau pakai tudung kene nyanyi lagu nasyid je la oi…camne nak idup,dia kan kena tanggung datuk k tu (padan muke ambek laki org,skali datuk takde duit haha). nie bukan teori, ak keje kat company ferrari, datuk k bli ferrari baru,2.5 million, ct yang sign check, si tua tu takde duit. asal datuk k tu banker kat bcb jer, asal tgk pompuan dahi licin sume dia try,tup2 bini dia yang tengku tu tersangkut, so jadila kaya…kalau ak jadi tengku tu, dah lama ak jatuhkan dia,bkn susah sgt nk jatuhkan org non educated tp siti punya pengaruh kuat (mana ada wartawan brani tulis bukruk2 psl dia since 10 yrs ago? kakak ipar dia kn wartawan utusan)… i think sume org pun tahu citer si cik ct nie(clubbing in aussie etc)…budget dah kawen bley rilek2, tp tmbh beban lg adela. what goes around comes around. anyway all the best to ct for making m’sians proud:)

    • apeapeaja

      try nak minat ct sepenuhnya tapi…….bila tgok rambut dia terkeluar tu yg hati jadi berkata-kata, dari itu aku cuba tak tengok lama-lama.

    • sweet85

      emmmm ntah la korang suma nie…lantak dia la nak pakai tdung cm na,2 hak dia….dia nak brubah 2 ats dr dia…jnji prgai elok…ni da yang pakai tdung pun blum tntu pgai 2 elok kan…bg sy la ct u r the best…walah….sblum nak ngata tgk dr kita ya…ntah kita 2 btul ka dak….pa pun ct truskan usaha anda….cemuhan 2 satu semangat utk berjaya…lantak depa la ya ct….

    • hype

      yup setuju dgn mimi…my cousin dulu keje BCB skali dgn datuk k..well khalid aje time tu. mmd smua prmpuan dia ngorat n tak kira bini org..mmg famous dia kat bcb dulu n gile sweet talker. hmmm kesian ct, mse heboh diorg nak kawin dulu siap kecoh kat bcb tu esp yg satu batch yg keje n kenal khalid. anyway citer lama tp tu lah hakikatnye. so tak heran kalo ct yg sign check tuk datuk k beli ferrari dia.

    • Ann

      Lawyer tak pakai baju itam putih macam tu la huhuhuh memalukan jer

    • kapalselam

      cantik and comel..about the tudung its up to her..dia dah besar dan berakal..she can handle it..kenapa nak sakitkan kepala fikir..i luv ur face sweet and cute..

    • pa pa lah

      sy x nk kutuk ct.. juz nk bg nasihat je..
      as muslimah.. dye spptunye tutup r kepala 2 btol2 erk..ari2 wat statement nk bertudung..molek dah ayat..mcm ayat2 cinta je nih…hahaha..tapi hasil nye mane..??? and sy salu dgr org ckp pompuan yg baek dpt laki yg baek and sebaleknya..sy x kta sy baek tp sy kcian kat dye je..
      dlu cantek sgt2 sume je nmpak cntek tp skrg sume dah krg r dct…sy harap sy x mcm awk..

    • ceh

      tp xkan la dato k xde duit plak..x logik la..dh die kaye ade bisnes n dato ade ke yg miskin? pandai la korg ni

    • aku sengal

      aku terkejut…ct mmg lawa….tapi aku wase baik dia bukak jerk tudung…nampak mcm main kan agama lakz…emmm…sebab nila setitk rosak susu sebelanga……cukup lah….aku tak nak tambah dosa lagik …iskh..buat apa pun kena ikhlas…dan penuh tawaduk

    • jini

      datuk k kaya? kaya pangkat jelah….naif btol la korang nie, percaya 100 percent press malaysia cakap…haha. pepon ak x respek pompuan perampas nie…perampas is still perampas, walaupun dia rampas ustaz(dgr tu waheeda)

    • kutu bantal

      comel ke..?comel lagi nenek aku…aku rasakan nun kat church tu pun pakai lagi sopan tutup aurat laaa

    • shine

      aku suka nengok cara pemakaian ning baizura & anita sarawak…….kedua-duanya ada class yang tersendiri dan amat bersesuaian sekali dengan bentuk badan mereka…………..melihat gambar ct diatas, aku rasa ct perlu lebih bijak memilih busana di lain hari……..outfit color biru tu menampakkan badan ct lebih lebar…so kepala dan badan tak seimbang……komen ikhlas dariku…..

    • http://deleted areemin

      kalo tengok memang cantik, tapi rasanya mintk tolonglah pada budiey sampaikan pasan saya nie pada siti ” kalo ye pun x nak b’tudung litup cuma nak pakai tudun tenggek2. Jgnlah sampai menjadikan kain selendang tu hanya sbg aksesori, rambut tu pleazelah masukkan kedalam. dulu masa balik haji siap ada serkup lagi tp sekarang, hanya Allah yang tahu”

    • a

      saya dari Singapore but lucky sgt sbab terserempak dgn Siti dan Datuk K dkt KLCC tahun lepas. [Haha cte lama] Saya dan kawan saya mcm budak jakun tapi Siti baik sgt. Layankan kte dan ambil gmbr and Datuk K tnye2 khabar.

      Dari tk suke dia, saya fall in love with Siti again.

      She’s really, really nice!!!

    • amar182

      Siti macam Siti tahun 2004-2005 sebelum kahwin..slim & gorgeous! =D

    • lv_lovedng

      dah bosan la isu tudung dan ttg perkahwinan dia.. wat dosa je nk kutuk2 ni

      suke tgk siti! suke nmpak sempurna! gud luck kak siti!
      smoga bahgia selamanya :)



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK