Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sekitar Perlawanan Amal Badminton Tangkis Untuk Palestin



Pada hari Sabtu lalu, Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda (KBMM) telah menganjurkan perlawanan amal badminton “Tangkis Untuk Palestin” bertujuan untuk mengutip derma membantu mangsa perang di Gaza, Palestin.

Turut hadir dalam program tersebut, pemain kebangsaan Roslin Hashim yang menceritakan pengalaman beliau berada di bawah latihan Misbun. Menurut Roslin, Misbun adalah seorang yang sangat serius dalam soal disiplin sehingga untuk menjadi seorang pemain handalan, beliau wajib bangun tidur seawall jam lima pagi setiap hari.  

Dalam perlawanan amal Sabtu lalu bagi mengutip tabung untuk mangsa perang di Gaza, KBMM tumpas 3-4 di tangan Rockers United (RU). Pasukan selibriti RU diwakili oleh kumpulan rock Wings dan kelab peminatnya, Sayap-sayap Wings. Antara nama selibriti lain yang mewakili KBMM adalah pelakon Farouk Hussain, bekas pekerja Raja Lawak, Azrul Zaidi dan penyampai Radio Era, Adifashla Juraimi.      

Cenderamata selepas pelawanan amal itu disampaikan bekas pemain beregu kebangsaan, Jailani Sidek. Perlawanan persahabatan amal berjaya mengutip hampir RM2 ribu dan hasil sumbangan orang ramai itu diserahkan terus kepada wakil Mercy Malaysia oleh Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, YB Amiruddin Shaari.   

Program dimeriahkan dengan persembahan daripada kumpulan Pretty Ugly yang mendendangkan dua buah lagu, termasuk lagu berjudul “Dunia” yang ditujukan kepada mangsa perang di Gaza.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Wings di Sidang Media Tangkis Untuk Palestin
  • Tangkis Untuk Palestin: Perlawanan Persahabatan badminton antara KBMM Lawan Rock United
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Ceramah Khas Palestin & Kutipan Tabung Untuk Palestin
  • KBMM Sarankan Misi Thomas 2010
  • Faizal Ismail & Erra Fazira Menang Cabaran Badminton Hot Fm AM Krew
  • Dokumentari Bersiri Palestin Bumi Anbiya
  • Skodeng Maya Karin di Shout! Awards 2010
  • Aizat Cipta Lagu Erti Hari Ini Untuk Rakyat Palestin
  • Kekejaman Tentera Israel Terhadap Rakyat Palestin di Gaza





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK