in

FAIRUZ SELAMAT BEKAS VOKALIS ANTZ KEMBALI MENYENGAT

KEMUNCULAN FAIRUZ SELAMAT        

Mohd Fairus Selamat dilahirkan pada 23 Mei 1985. Artis berbintang Gemini ini memberanikan diri untuk kembali ke dunia seni selepas lama mendiamkan diri. Dahulunya beliau merupakan vokalis untuk kumpulan ANTZ. Namun jodoh beliau dengan ANTZ tidak panjang. Beliau meneruskan perjuangannya dengan kumpulan Q-FACE pula. Kini beliau ingin dikenali sebagai FAIRUZ SELAMAT.     

Tahun 2009 merupakan tahun bermakna buat hidup artis ini secara peribadi dan juga secara generalnya.Setelah pelbagai halangan untuk beliau terus menempatkan diri  di dalam kelompok orang seni di Malaysia, kini beliau tampil solo.    

Muncul sebagai artis solo merupakan percubaan terbaru untuk beliau terus di kenali dalam dunia seni Malaysia ini. Harapan awal beliau ialah dapat dikenali dan kekalkan nama sebaris penyanyi solo yang sedia ada seperti Jamal Abdillah, Anuar Zain, Hazami, M.Nasir dan angkatan baru seperti Imran Ajmain, Aliff Aziz, Dafi, Aizat dan Faizal Tahir.

Dalam album single terbaru beliau mempunyai 4 buah lagu.Beliau telah mula mengedarkan album single tersebut di stesen-stesen radio di Malaysia untuk diperdengarkan kepada umum. Lagu yang terdapat dalam album ini ialah Ku Undur Cinta, Palsu, Alahai Sayang dan Cinta Tak Sehaluan. Beliau berharap usaha dan bakat beliau kali ini dapat diterima baik di kalangan pendengar muzik di Malaysia khususnya.        

Mengenai Album Fairuz Selamat        

Single pertama Ku Undur Cinta ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Norulhisyam. Single kedua iaitu Palsu adalah ciptaan Gnola dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. Single kedua ini dijangka hits. Single ketiga ialah Alahai Sayang berentak Etnik Kreatif dan ia adalah edisi istimewa untuk album ini. Single terakhir ialah Cinta Tak Sehalun ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Siso. Dirakam kembali dalam bentuk okestra.   

Album ini dijangka keluar di pasaran pada akhir Februari atau awal Mac. Kepada mereka yang merindui kumpulan ANTZ dan Q-FACE bolehlah dapatkan album ini tak lama lagi.
        
Kepada yang berminat untuk menjemput Fairuz Selamat membuat persembahan bolehlah mendapatkannya melalui En. Ramlee Osman di talian 012 7169074 . Anda juga boleh mengenali beliau dengan lebih dekat dengan melayari blog beliau di http://fairuzselamat.blogspot.com

Perkara yang perlu anda tahu :

  1. Meminati seni lakonan.
  2. Suka bermain boling.
  3. Suka makan.
  4. Suka coklat.
  5. Gemar filem fantasi.
  6. Menjadikan Josh Groban sebagai idola.
  7. Tak boleh hidup tanpa Kentucky Fried Chicken
  8. Suka sky juice.
  9. Keras Kepala
  10. Malas Mandi
  11. Penakot (kot)
  12. Gemar menyanyi
  13. Meminati Siti Nurhaliza
  14. Suka berenang
  15. Suka bercakap
  16. Seorang yang tenang
  17. Meminati teater.
  18. Gemarkan Kuning.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jo Jae Hyun, Ji Sung Dalam Drama New Heart di TV2

Gambar Sekitar Perlawanan Amal Badminton Tangkis Untuk Palestin