Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem Estet



EKSTRAVAGANZA BERWARNA WARNI DALAM MUZIK VIDEO ‘AYUH KAWAN,’ LAGU TEMA FILEM ESTET.

Kehangatan filem ‘Estet’ arahan sutradara Mamat Khalid, semakin dirasai apabila baru-baru ini menjalani pengambaran muzik videonya iaitu ‘Ayuh Kawan’ dan ‘Cahaya Kemenangan,’ bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Keunikkan muzik video ‘Ayuh Kawan,’ ialah dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanahair iaitu, Awie. Manakala Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Tharan membintangi video muzik berkenaan.

Gerak tari menarik juga pakaian berwarna-warni menjadi muzik video ‘Ayuh Kawan,’ satu ekstravaganza yang tidak dapat dilupakan. Dengan semangat kepelbagaian kaum di Malaysia, buat julung kalinya, video muzik ini dinyanyikan secara kombinasi di dalam bahasa Melayu dan Tamil, oleh Awie juga penyanyi Tamil popular, Siva. Dengan mendapat sentuhan pengarah terkenal, iaitu sutradara Mamat Khalid, serta tenaga kerja kreatif yang terbaik, ‘Ayuh Kawan,’ juga ‘Cahaya Kemenangan,’ pastinya menambat hati peminat-peminat. Dalam pada itu juga ‘Ayuh Kawan’ bakal ditayangkan di MTV Asia nanti.

Filem ‘Estet’ dijangka akan ditayang kepada umum pada penghujung tahun ini. Nantikan ‘Estet’ di pawagam nanti.

Tags: , , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Quotes of The Day: Saya Tak Gusar – Mamat Khalid
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Filem Estet Kisah Kaum India DiHaramkan?
  • Gambar Jasmine Michael Pelakon Filem ESTET
  • Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet
  • Shashi Tharan Pelakon Utama Filem Estet
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Gambar Sekitar Pembikinan Video Klip Liyana Jasmay Ku Tak Percaya Cinta
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Peraduan Makan Malam Bersama Naizle di Restoran Intai-Intai





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK