in

Gambar Sekitar Mini Konsert Cinta Anita Sarawak

Berlangsung pada jam 4 petang semalam di KL Life @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Mini Konsert Cinta Anita Sarawak telah menyaksikan penyanyi hebat ini melancarkan Album CINTA ANITA. Sebuah album kompilasi yang mengandungi 16 buah lagu yang dipadatkan lagi dengan 5 buah lagu MTV Karaoke termasuklah dua buah lagu baru iaitu Asmara 2010 dan Maafkan. Sebenarnya, anak kepada pasangan pelakon veteran Datuk S. Roomainoor dan Siput Sarawak itu telah melancarkan album tersebut di Singapura pada bulan lalu.

Pada September depan, album itu akan dilancarkan di Indonesia pula sebelum dia merancang untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Jepun.

Menariknya mengenai album berharga RM25 itu, coretan biografi Anita yang nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib itu turut disertakan bersama.

Mini Konsert Majlis Cinta Anita ini dijayakan sempena Festival Muzik Kuala Lumpur (KL) 2010 oleh Life Records dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara & Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Budiey lihat ramai juga artis veteren yang turut memeriahkan majlis ini. Antaranya, Datuk Mustapha Maarof, Jefridin dan FredoTak kurang juga ramai sekali artis muda datang untuk menyaksikan aksi persembahan vokal yang cukup hebat dari Kak Nita. Siapa tak kenal dengan beliau yang terkenal dengan showmanship yang sangat sangat sangat mengujakan.

Anita Sarawak memakai persalinan istimewa yang direka khas oleh pereka fesyen Ashley Wong (Kapas). Kak Anita menggayakan korset sendat dipadankan dengan boot tinggi serta blaus berwarna lembut yang memberi imej yang unik sebagai seorang penghibur. Elegan dan begitu matang sekali.

Budiey percaya sudah tentu peminat yang turut hadir terhibur dengan beberapa buah lagu yang diperdengarkan, antaranya majlis dibuka dengan lagu Asmara, Ayam Den Lapeh dan Seksis. Kesemua lagu yang didendangkan ada dimuatkan dalam album Cinta Anita.

Kelebihan berkomunikasi dengan penonton membuatkan perjalanan mini konsert ini tak membosankan. Kak Nita dari dulu lagi, begitu seronok melihat penonton terhibur dengan showmanshipnya. Beliau tak lokek untuk turun ke bawah bertemu mata dengan peminat. Penonton juga sporting apabila turut menyanyi bersama-sama untuk lagu Seksis.

Hadirin juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Hadiah disumbangkan oleh Life Records dan Empire Classic Furniture.

Digamatkan lagi dengan kehadiran 7 orang bekas pelajar Akademi Fantasia 8 iaitu Shahir, Adira, Ain, Anum, Ema, Iwan dan Maulana. Menyampaikan lagu medley Celebration dan Cup of Live bersama Anita Sarawak sudah tentu membuatkan mereka begitu happy dan Budiey lihat semuanya begitu enjoy sekali menari sambil menyanyi. Gaya fesyen mereka di pentas juga telah mendapat sentuhan nasihat dari ikon popular ini di mana setiap dari mereka tampil dengan gaya tersendiri dengan ciri pesona seorang bintang.

Majlis dihoskan oleh penyampai DJ Andy dari KL FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shahir AF8 di Pelancaran Album Cinta Anita Sarawak

Gossip Dua Selebriti Tak Sedar Diri