• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Pra Perkahwinan Lee Chong Wei

0
  • by Budiey
  • in Artis Berkahwin · Gambar
  • — 6 Nov, 2012

ntv7 & TONTON SIARKAN MAJLIS PERKAHWINAN DATO’ LEE CHONG WEI

Ramai sudah mengetahui bahawa pemain badminton no. 1 negara, Dato’ Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya, Wong Mew Choo. Bagaikan buku bertemu ruas, kedua-dua pasangan itu sama-sama lincah dalam arena sukan badminton. Siapa menyangka kisah cinta yang berpanjangan selama 11 tahun kini akan berakhir dengan penyatuan dua hati.

Bagi menghargai jasa pasangan ini yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada negara, ntv7 dan portal Tonton akan menyiarkan liputan khas bagi acara perkahwinan yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Liputan eksklusif ini dibawakan KHAS OLEH ntv7 setelah PENGUMUMAN sebagai media rasmi dibuat oleh Dato’ Lee Chong Wei dalam SIDANG MEDIA pada 3 November lalu.

Logo

Majlis perkahwinan eksklusif dan istimewa ini bakal dihadiri oleh tetamu undangan khas antaranya kerabat Diraja, para menteri kabinet selain tetamu kehormat lain pada hari pertama acara dilangsungkan. Upacara makan malam turut dihoskan oleh dua personaliti ntv7, Charles Mohan dan Jasmine Abu Bakar. Manakala pada 10 November nanti, pasangan pengantin akan diraikan oleh keluarga terdekat, saudara-mara, sahabat-handai, para ahli sukan termasuk para selebriti dengan jumlah undangan mencecah hampir 2,500 orang. Pengacara popular Owen Yap dan Hui Mei akan turut sama bertindak sebagai perantara di majlis tersebut.

Turut berkongsi perasaan gembira bersempena perkahwinan ikon sukan ini adalah Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul; “Kami amat berbangga diberikan hak penyiaran eksklusif oleh pihak Dato’ Lee bagi bersama-sama berkongsi kegembiraan pasangan ini yang semestinya bakal menjadi tumpuan bukan sahaja dari seluruh Malaysia malah mungkin seluruh dunia”.

Samsung – GALAXY OF LOVE with Dato’ Lee Chong Wei (EPS 1)

ntv7 juga bakal menyiarkan rancangan dokumentari khas yang bakal mengupas kisah hidup Dato’ Lee dan Wong Mew Choo dan perjalanan kisah cinta mereka melalui temubual khas bersama kenalan rapat pasangan itu. Rancangan yang dinamakan ‘A Galaxy of Love’ itu akan disiarkan ntv7 pada 11 November, Ahad, jam 9.00 malam.

“ntv7 sebelum ini pernah menarik perhatian penonton melalui dokumentari khas pasangan Diraja Britain dan dengan rangka promosi yang sama, kami PERCAYA ‘A Galaxy of Love’ akan mendapat sambutan baik penonton yang ingin mengetahui kisah hidup pasangan badminton kesayangan mereka” tambah Airin.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Media Baru turut teruja apabila Tonton diberikan mandat dalam menyiarkan rakaman sekitar majlis perkahwinan yang bakal ditonton oleh pengguna di seluruh dunia. “Kami begitu gembira membawakan siaran langsung majlis perkahwinan Dato’ Lee secara ‘streaming’ menerusi portal Tonton yang kini menjangkau 2.5 juta pengguna berdaftar. Peminat dari seluruh dunia bakal ditawarkan pengalaman bermakna menjadi saksi kepada sambutan perkahwinan ulung ini di mana sahaja mereka berada menerusi komputer dan peranti pintar yang lain,” ujar Lam Swee Kim.

Siaran langsung ‘streaming’ menerusi portal Tonton boleh diakses pada 9 dan 10 November dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my.

Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya. Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu.

Turut meraikan pasangan itu adalah rancangan temubual wanita, Bella yang akan mengupas topik menarik tentang latar belakang Dato’ Lee dan Wong, kerjaya mereka sebagai pemain badminton dan kisah cinta romantik mereka bermula 4 November sehingga 8 November nanti.

TV9 juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kupasan menarik melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) selain perkembangan ringkas liputan acara perkahwinan menerusi Galaksi dan Hip TV.

Peraduan khas turut dianjurkan di https://www.facebook.com/ntv7.feelgood dengan pemenang slogan terbaik ditawarkan sepasang pas VIP ke majlis perkahwinan itu kelak. Tonton tidak terkecuali dalam menawarkan pas jemputan ekslusif buat peminat ke majlis perkahwinan ini menerusi pautan laman sesawang http://apps.tonton.com.my/LCWMC/contest/

Detik kiraan kini tinggal empat hari sebelum perkahwinan pasangan badminton negara berlangsung. Kepada orang ramai yang ingin menyampaikan ucapan khas kepada pasangan idola badminton mereka, ntv7 mengalu-alukan anda untuk menggunakan hashtag #LCWMC untuk tujuan itu.

Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

Tarikh Tonton ntv7
9 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.
*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)
Lintas langsung menerusi pada 7.00 malam dan pada 8.00 malam.

10 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.
*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)
Siaran langsung selama sejam di ntv7 bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

11 November – Rancangan dokumentari khas ‘A Galaxy Of Love’ pada pukul 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 dan Tonton menerusi laman sosial Facebook serta Twitter.

Gambar Pra Perkahwinan Lee Chong Wei

Dato' Lee Chong Wei & Wong Mew Choo

Dato' Lee Chong Wei & Wong Mew Choo2

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Gambar Pra Perkahwinangambar resepsi Lee Chong WeiLee Chong WeiNTV7Photo Lee Chong Wei Weddingtonton

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gossip Rozita Che Wan Bercuti di London Dengan Bekas Menteri
  • Next story Busana Rekaan Ezuwan Ismail Kini Dijual di Butik Ratu

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Imran Ajmain di Sidang Media Minggu Setiausaha Crown Plaza 22 Mar, 2008
  • Gambar tunang Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton 18 Jul, 2007
  • Gambar Seksi Nabila Huda di Anugerah Blockbuster 2011 11 Oct, 2012
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah di KL International Film Festival 2007 3 Dec, 2007

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Sara on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
    • Album Kompilasi Melayu Klasik Herman Tino & Zaleha Hamid
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.