Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Majlis Perkahwinan Nazrudin & Sheahnee Iman Lee



9 Mac 2008
Pelakon dan pengacara, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz, 30, dan pembaca berita 7 Edition di ntv7, Sheahnee Iman Lee, 29, mengakhiri persahabatan itu dengan ikatan pertunangan pada 9 Mac lalu. Pada majlis itu, Sheahnee yang juga penerbit program Captains musim kedua, memeluk agama Islam dengan me milih nama Iman.

26 Jun 2008
Naz dan Sheahnee telah diijabkabulkan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Klang, dengan sekali lafaz sambil disaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak. Sebagai saudara baru, Sheahnee berwalikan hakim.

Naz juga menyarungkan cincin berlian ke jari Sheahnee ketika acara membatalkan air sembahyang. Majllis akad nikah diakhiri dengan makan tengah hari diikuti majlis doa selamat di rumah keluarga Naz pada sebelah malamnya.

6 Julai 2008
Majlis berinai kecil diadakan di rumah keluarga Naz. Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sebelas dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan, wang hantaran RM8,888 sebagai simbolik kaum Cina yang meng anggap nombor lapan membawa tuah dalam kehidupan.

Pihak lelaki juga menyerahkan satu set barang kemas serba satu seperti subang, loket dan cincin emas putih kepada Sheahnee. Menyusul selepas itu, majlis minum teh mengikut adat tradisional masyarakat Cina di kediaman keluarga Sheahnee, Robert Lee dan Lesley di Bukit Raja, Klang.

Berkonsepkan kekeluargaan dengan kombinasi perkahwinan campuran, majlis resepsi yang meraikan pasangan mempelai berlangsung dalam suasana meriah dihadiri lebih 1,000 tetamu membabitkan kaum keluarga dan rakan di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda. Naz dan Sheahnee mengenakan kostum tradisional kombinasi merah hati dan krim rekaan Wan Huzairil serta solekan sentuhan Nurul Shukor.

“Sepatutnya majlis pernikahan berlangsung pada 6 Julai, tetapi terpaksa dibuat lebih awal (26 Jun) kerana ada masalah. Memandangkan Sheahnee saudara baru yang bermastautin di Selangor, majlis pernikahan diadakan di Jais dengan berwa likan hakim. Bayangkan kad jemputan sudah diedarkan dan kami perlu mengubah tarikh pernikahan pada saat akhir. Apapun, semuanya berjaya diatasi akhirnya. Saya dan Sheahnee masing-masing berdarah campuran. Saya campuran Melayu-Cina-India manakala Sheahnee Ci na-Australia. Lebih bermakna, majlis resepsi ini tidak ditaja mana-mana pihak. Kata ibu, bila buat semua persiapan sendiri dengan bantuan kaum keluarga, majlis itu lebih diberkati Tuhan. Justeru tidak hairanlah dari pelamin, hiasan dewan, lilin, semuanya dibuat sendiri ibu dan juga ibu saudara yang datang dari jauh dan dekat seperti Singapura, Kemboja dan Aus tralia,” katanya.

Majlis resepsi Naz dan Sheahnee turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Ning Baizura dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar), Harith Iskandar, Daphne Iking, Cheryl Samad, Zizan Nin, Elaine Daly, Tony Eusoff, Yasmin Yusof dan ramai lagi.

“Saya sudah bersedia untuk susah dan senang bersamanya dalam melayari kehidupan berumahtangga. Apa yang pen ting, saya ingin menjadi suami yang baik dan membimbing Sheahnee untuk terus mendalami ajaran agama Islam. Kami tetap berpegang teguh pada ajaran Islam sekalipun ia perkahwinan campuran yang membabitkan pertembungan pelbagai budaya. Saya juga berdoa semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Pasangan ini berbulan madu di Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor selama lima hari bermula 14 Julai sebelum kembali bertugas seperti biasa pada 22 Julai.

[tags]Gambar Majlis, Perkahwinan Nazrudin, Sheahnee Iman Lee, Ning Baizura dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar), Harith Iskandar, Daphne Iking, Cheryl Samad, Zizan Nin, Elaine Daly, Tony Eusoff, Yasmin Yusof[/tags]

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Relaunch of Huggies Ultra Pure & Natural Comfort
  • Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rafflesia
  • Ujibakat Filem Muzikal Terbaru Tayangan Unggul
  • Program Raya di NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Daphne Iking & Aishah Sinclair Hos Ladies Day Out NTV7
  • Eira Syazira, Fauzi Nawawi dalam Telemovie Terbuang di Malam Raya
  • The Ring Mission di 8TV
  • Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini
  • Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai



    • tautakpe

      selamat pengantin baru..!!!

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      saew them in OU a few weeks ago. Naz is funny in person too… manage to take a few snaps of them together! very very friendly couple!

      selamat pengantin baru Naz and Sheahnee!

    • http://- mimi

      semoga bahagia ke anak cucu…amin



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK