in ,

Gambar Diana Danielle di Amber Chia Reception

Semalam (Selasa – 28 April), jadual Budiey sangat sibuk seperti biasa. Pagi, tengahari dan malam, nampaknya tiada peluang untuk Budiey melepaskan penat. Paginya, Budiey terpaksa menghadiri 2 event dalam satu masa iaitu Prebiu Media Filem Iron Man 2 dan juga Pelancaran Notebook Terbaru Keluaran HP di Mid Valley.

Pertamanya, Budiey rasa teruja sangat apabila dapat menonton Filem Iron Man 2 di mana sekuel kali ini lebih mantap daripada filem pertama. Filem box-office ini pasti dinantikan oleh peminat filem kerana jalan cerita yang lebih mencabar dan kesan khasnya memang mantap. Budiey kasi 4 bintang dari 5 bintang.

Tengaharinya, ada Minggu Setiausaha Agnes Monica di Matrade. Dengarnya, sambutan luar biasa dari setiausaha menjadikan dewan sesak.

Jam 8 malam tadi, Budiey berkesempatan untuk menghadiri Amber Chia Reception anjuran Rafflesia di mana jemputannya sangat eksklusif untuk media dan rakan-rakan Amber Chia. Terima kasih buat Rafflesia kerana sudi menjemput Budiey. Dihoskan oleh Bill Bora, majlis yang bertemakan hijau dan putih itu bagaikan dalam sebuah taman di mana dipenuhi dengan bunga ros putih. Hidangan untuk santapan tetamu juga berkonsepkan Green di mana sangat menyihatkan, kurang kolestrol.

Dekorasi dan gubahan dibuat oleh Naz, seorang penghias dalaman perkahwinan yang pernah menjadi pereka hiasan untuk perkahwinan Mawi dan Ekin.

Sebelum majlis berlangsung Budiey sempat mengambil gambar dekorasi luar dan dalam dewan. Di luar dewan pula ada dipamerkan menu santapan dan juga kek 3 tingkat.

Budiey juga sempat bertemu dengan Diana Danielle yang menjadi dayang-dayang atau pengiring pengantin pada majlis ringkas itu. Diana Danielle juga menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu.

Selain Diana Danielle, antara selebriti yang lain hadir ialah Daphne Iking, Ning Baizura, Suki, Alyah dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila OIAM Duta Minuman Berperisa TINGE

Tema The Green Wedding di Majlis Resepsi Amber Chia & Adrian Wong