in , ,

Farid Dedah Bagaimana Rasa Cinta Kembali Berputik Dengan Diana

MENGAKHIRI perkahwinan pada 10 Ogos lalu, Farid Kamil mengaku tidak pernah terfikir akan kembali rujuk dengan bekas isterinya, Diana Danielle.

Apatah lagi tempoh rujuk di antara mereka berdua terjadi hanya selepas 21 hari bercerai. Pasangan selebriti tersebut telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.

“Saya tidak pernah terfikir kami akan kembali bersama. Kami berdua tidak sangka rasa itu (cinta) berputik kembali.

 “Susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata,” cerita Farid saat ditemu bual dalam sebuah program hiburan hujung minggu.

Pada temu bual sama, Farid juga menceritakan kronologi bagaimana dia dan Diana bertemu.

“Sebenarnya tarikh tersebut (rujuk) tidak dirancang. Ia bermula selepas saya menghantar anak-anak ke Sendayan dan esoknya Diana pelawa saya bersarapan.

“Saya tidak sangka (diajak bersarapan) jadi saya ambil peluang luahkan apa yang saya rasa.

“Diana pun tidak sangka pertemuan itu menyemarakkan bibit bibir cinta, kasih sayang yang kami cari selama ini,” cerita Farid.

Aktor berusia 42 tahun itu kemudian melanjutkan bicara dengan mengatakan dia, Diana malah kedua anak mereka, Muhammad dan Aurora tidak berhenti berdoa agar keluarga mereka kembali bersatu.

“Lebih kurang lima bulan saya tidak dapat bertentang mata dengan Diana. Bermula bulan Mac sampai 31 Ogos, kami berdoa serahkan harapan kami pada Allah untuk berikan kami hidayah.

“Pertemuan tersebut membuahkan kembali rasa yang hilang disebabkan kesibukan, pekerjaan, duniawi dan kami berjaya menemukan titik noktah,” ceritanya.

Farid juga bersyukur dan menyifatkan doa anak-anak untuk melihat mereka kembali bersama telah dimakbulkan Allah SWT.

“Anak-anak terutama Muhammad tidak berhenti berdoa dan doanya dimakbulkan.

“Hadiah terbaik untuk diberi kepada anak anak adakah melihat kedua ibu bapa bahagia, hidup bersama. Inilah yang kami perjuangkan selama ini,” katanya lagi.

Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TikTok LIVE Malaysia Umum 10 Finalis Pertandingan #GimmeTheMic

HAFIZ NAFIAH

20 Tahun Menanti, Hafiz Nafiah Akhirnya Arahkan Filem Sulung MAT KOLA