Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM

Pada 19 Ogos lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah singgah untuk menjadi tetamu di konti Suria FM untuk memilih pemenang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kempen Lagu Berduit Suria FM tajaan One Drop Perfumes. Tampil dengan makeup tipis dan natural serta fesyen kasual dengan jaket dan topi hitam, Siti katanya begitu seronok menjadi tetamu undangan krew Breakfast@Suria bersama juruhebah Tuah dan Zizi. Lagi pun lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia menjadi lagu pilihan untuk ganjaran tersebut.

Siti juga telah menerima kejutan dari Datuk K sempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-3. Ramai yang cakap, diorang ni sangat romantik.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke syurga,” itulah luahan Khalid kepada Siti ketika membuat panggilan kejutan.

Apalagi, terus je Siti tergamam dan tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut sebaik mendengar suara suami.

“Mula-mula dengar suara saya seperti dapat meneka sebab saya kenal benar suara yang membuat panggilan itu. Ini merupakan ucapan yang terawal sebab sebelum ini dia (suami) ucap pada hari ulang tahun,” katanya sambil ketawa kecil.

Budiey ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat Siti dan Siti sendiri juga famili SNP dan selamat berbahagia sempena ulangtahun ke-3 perkahwinan Siti & suami~!

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Gambar Romantis Datuk K Menyuap Dato’ Siti Nurhaliza
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009
  • Gambar Bibik Orang Gaji Dato’ Siti Nurhaliza?
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Berunifom Polis
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji



  • 18 Komen untuk entri “Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM”

    1. ketam batu kata:

      tgk dlm metro gmbar2 ct buat rakaman rncangan masakan.bkn nk prtikai cara dia pkai tdung cuma sy rasa cara dia pkai tudung berjmbul ala2 mak datin tu tak ssuai dgn umur dia. nmpak lbih tua dr usia. cuba pkai tudung mcm selebriti tv9 ke atau mcm bienda ke.walaupun tutup smua rmbut tapi blh menampakkan ciri2 moden dan keremajaan. siti kan muda lagi. klu normala samsudin lainla, mmg dah tua pun

    2. impian seri kata:

      Yup.. nampak ketuaan bila mana beliau memakai tudung sebegitu.
      Tapi rasenyer dah ramai yang tegur, malangnya beliau masih kekal begitu. Nak buat mcm mana.. dah style.

      NAmun begitu, adalah diharapkan suatu ketika, suatu masa beliau akan beralih kepada tudung yang lebih sempurna. Kita doakan sama2 ek..

      Selamat berpuasa buat semua !

    3. liza kata:

      ape-ape ajelah……

    4. areemin kata:

      siti memang cantik! Pakai tudung jambul Normala Samsudin ke, pakai tudung bienda ke tetap menarik dimata. Dato’ K tu memang romantik, nampak muka pun dah tahu. Semoga kekal perkahwinan siti dan Dato’ K hingga ke akhir hayat. Cepat2 dpt anak ye……

    5. leeya kata:

      aku setuju ketam batu.,.

    6. ida kata:

      cantiknya ct! sangat comel!!!

    7. fiza kata:

      dh merampas suami org, xyah deand nak anak… tu salah satu balasan

    8. hello kitty kata:

      ye ke ct rampas huby org…???
      bkn ke datuk k cerai taklik….???
      kalu x silap, dah 2 kali..dua2 cerai taklik..??
      papepun…slamat berbahgia…
      & rasenye tunjuk jambul lbh baik dr tunjuk lurah…opocot….hehehe..

    9. mahorrr kata:

      hilang da tudung dia…kahkah

    10. sayang Tok Ti kata:

      cayalah hello kitty…
      betul la kan… daripada tunjuk lurah buah mangga yang tak berapa nak ade tapi nak tayang gak… baik tayang jambul… tak de haiii nyer… hik hik hik….

    11. fanct kata:

      ala biarkan ajela korg ni.. pape pun ct still cute…

    12. Was-seetu kata:

      Bulan Ramadan yang mulia ni sama samalah kita kaum Muslimin / Muslimat mengurangkan kutuk mengutuk dalam Budiey.com ye..? Yang bukan Islam tu…up 2 u lah! Selamat Berpuasa semua…

    13. kulat kata:

      bulan ramadhan menjelama lagi, mari kita pertingkatkan diri,usahlah kita memburukkan orang, diri kita belum tentu sempurna lagi

    14. IzzahJaslenda kata:

      I love u kak siti..

    15. Was-seetu kata:

      Ohhh..now I get it with the misai…..tssk…bulan puasa ni otak slow sikit….duhh! Misai = DK = misai…

    16. wanKI kata:

      siti nmpk cute walau tanpa makeup…..

    17. fafa kata:

      korang nak marah kan dato’ ct pakai tudung mcm 2 apasal….nak pakai tudung nie mst la ngan kerelaan diri, xle nak paksa2, x dpt berkat pun kalu paksa2….ramai lg org yg kat luar 2 pakai tudung pun x betul korang x marah plak….2 hah datin2….isteri menteri2 kite still ramai yg pakai tudung nmpk jambul…siap kembang kan rambut lg…dah mcm sarang tebuan….plz ar jgn nak salah kan org lain kalu diri sendiri pun x betul lg….oopppsss….sorryyyyy…..

    18. Hadilhtok kata:

      Adoyai…comelnye ct..
      even wuthout make up nmpak sgt2 cantis..
      huhuuuu

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!