in ,

Gambar Afdlin Shauki di Up Close & Personal Anuar Zain

Gambar Afdlin Shauki di Up Close & Personal Anuar Zain

Rasanya ramai yang dah tahu, Afdlin Shauki ditugaskan untuk mengendalikan majlis makan malam secara eksklusif bersama penyanyi terkenal Anuar Zain. Satu tugas yang Budiey rasa sangat senang untuk pelakon, pengacara, pengarah dan juga penyanyi ini. Tapi tak tahu lah kalau korang tak tahu pasal show eksklusif ni, So, yang tahu tu, tahulah ya.

Dinner show ni berlangsung selama 2 malam berturut-turut pada 15 dan 16 Julai 2011, Sabtu dan Ahad lalu. Budiey sempat luangkan masa untuk hadir pada malam 16 Julai. Memang penuh dewan Mega View, Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur dibanjiri oleh peminat Anuar Zain.

Dengan celoteh bersahaja dan lawak spontan, Afdlin dah boleh buat orang ketawa. Yang penting, dia sempoi habis. Mmm, sesuai lah dengan Anuar sebab nama Afdlin pun start dengan huruf A. Secara peribadinya, Afdlin memang kenal dengan Anuar Zain dari dulu lagi. Jadi sesuailah diorang ni bergabung satu pentas yang sama.

Anuar Zain

Anuar Zain: Tengok semua, Afdlin memang suka kumpul kasut pelik-pelik.

Peminat yang hadir juga berpeluang untuk menang macam-macam hadiah masa sesi cabutan bertuah.

Budiey rasa sangat berterima kasih kepada Menara Kuala Lumpur sebab sudi jemput Budiey untuk turut sama melihat persembahan Anuar Zain ni. Giler tak happy sebab kalau nak tengok persembahan eksklusif macam ni, mampos la nak bayar tiket paling mahal katanya RM1,300 dan yang paling murah berharga RM500. Sanggup membatalkan event yang gah katanya berlangsung di Sunway Pyramid pada malam yang sama semata-mata nak bertemu dengan Anuar Zain. Eh, tak ke selalu berjumpa ke? Ops, salah, kalau nak tahu, Anuar Zain ni bukan artis yang selalu sangat turun ke konsert percuma. Dia sangat eksklusif. Patutlah dah lama Budiey tak jumpa beliau.

VIDEO AFDLIN SHAUKI PERKENAL ANUAR ZAIN UNTUK LAGU PERTAMA MALAM ITU

Okay, tengok pada tajuk, pasal Afdlin dan dengan ini, Budiey nak letak dulu gambar Afdlin Shauki ni.

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yasmin Hani Bakal Kahwin Shahrin Black Rose

Airasia X Records Second Consecutive 56% Growth