in ,

Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad

Keyakinan, keayuan dan semangat Melda bermula dengan Gadis Semasa Sunsilk

Dipilih untuk memburu impian beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk, perjalanan beliau pasti mencetus inspirasi kaum wanita Malaysia. Keinginan untuk kesempurnaan tersemat di dalam hati setiap insan. Dengan bantuan pakar, hal ini bukan lagi impian tetapi realiti buat seorang gadis bertuah.

Sunsilk, salah satu daripada jenama produk penjagaan rambut terbesar dan paling lama di dunia, telah memperkenalkan Melda Ahmad sebagai bintang siri drama realitinya, Gadis Semasa Sunsilk.

GADIS SEMASA SUNSILK

Melda mewakili keinginan setiap wanita muda Malaysia; mereka ingin mengekspresikan diri sambil memburu impian mereka. Seorang gadis biasa yang pemalu dengan keinginan yang meruap-ruap dalam muzik, Melda mempunyai peminat online yang menggemari lagu-lagu gubahan beliau, Putus dan Kimia di YouTube.

Lagu Putus dari Emelda memang mendapat sambutan di Youtube.

GADIS SEMASA

EMELDA AHMAD

Pengurus Jenama (Sunsilk), Malaysia, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Emily Chong berkata, “Penemuan Melda di YouTube adalah amat bernilai. Seorang gadis biasa yang mengkhusus dalam muzik, Melda kini dalam satu perjalanan untuk mengenali diri sendiri, tetapi memerlukan suntikan keyakinan dari segi penampilan dan kecantikan untuk merealisasikan impian beliau. Walaupun beliau bersifat pemalu, kami dapati bahawa beliau memiliki potensi yang amat besar. Beliau adalah seorang individu menarik dengan cita-cita murni untuk memenuhi kehidupan beliau dengan melaksanakan perkara yang paling digemari.”

Gadis Semasa Sunsilk bertujuan menyerlahkan gaya peribadi wanita muda, membolehkan mereka untuk mencapai potensi sebenar dan hidup dengan sepenuhnya dan penuh keyakinan. Melalui kolaborasi dengan tiga pakar industri tempatan terkenal, Sunsilk berharap agar dapat memperbaiki kehidupan Melda.

Sebuah jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui kepakaran, Sunsilk telah mendapatkan bantuan para pakar untuk menawarkan bimbingan dalam memajukan perkembangan Melda.

Akses pakar kepada jurulatih suara terkenal, Ajai; personaliti TV popular, Wardina; pendandan pakar, Bambang Soteto dan segala pengalaman mereka akan memberikan kelebihan dalam perkembangan Melda.

“Sunsilk percaya bahawa dengan bantuan pakar, setiap wanita boleh tampil menawan dengan penuh keyakinan untuk memburu segala impian mereka. Kolaborasinya dengan tujuh pakar rambut terkemuka di dunia bagi menghasilkan Sunsilk Co-Creations membolehkan kaum wanita memiliki rambut cantik di rumah dan melangkah dengan penuh gaya. Begitu juga, nasihat pakar dari Ajai, Wardina dan Bambang akan membantu Melda dalam perjalanan beliau untuk hidup dengan penuh ceria, sempurna dan keyakinan,” kata Emily.

“Secara asasnya, Sunsilk ingin menjadi pemangkin yang membantu wanita mengekspresikan diri mereka dengan penuh keyakinan lalu menjadi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian mereka. Perjalanan Melda pastinya satu perjalanan yang bukan hanya dikenali semua, malah turut mencetuskan inspirasi berjuta audien,” tambah Emily.

Elemen realiti telah dikekalkan oleh Bernard Chauly, pengarah Gadis Semasa Sunsilk, sambil merakamkan proses perkembangan Melda agar personaliti, perasaan dan semangat beliau dapat digambarkan dengan jelas kepada audien.

GADIS SEMASA

Tutti

GADIS SEMASA

Ain

Menurut Lina Tan, Pengarah Urusan Red Communications Sdn Bhd, “Walaupun Gadis Semasa Sunsilk adalah satu drama realiti, interaksi di antara Melda dan pakar tempatan adalah nyata, menggambarkan emosi, masalah dan nasihat yagn sebenar. Kaedah produksi menggunakan kamera tangan telah dipilih untuk membolehkan pertumbesaran organik jalan cerita.”

Mengenai pengalaman beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk Sunsilk, Melda menyatakan bahawa ia adalah satu perjalanan yang mengubah hidup beliau. Beliau menyatakan penghargaan beliau terhadap Sunsilk kerana telah memberikan beliau peluang untuk belajar daripada pakar industri dan yang paling pentingnya, diberi peluang untuk mencetus inspirasi ramai wanita lain yang juga mempunyai keinginan yang mendalam, untuk memburu impian mereka.

Melda mendapat perspektif yang baru dalam hidup dan kini faham bahawa penampilan diri seseorang boleh meningkatkan keyakinan diri lalu mendorong kesungguhan seseorang dalam mengejar impian mereka.

“Saya tidak pernah membayangkan akan ditawarkan peluang sebegini, apatah lagi untuk menerimanya. Tanpa usaha Sunsilk dalam memilih dan memujuk saya serta memperkenalkan mentor-mentor saya, Ajai, Wardina dan Bambang, perjalanan untuk mengenali diri sendiri ini tidak mungkin akan berlaku. Peluang sekali seumur hidup ini telah membentuk dalam diri saya suatu kepercayaan diri baru untuk mengekspresikan diri dengan yakin, hidup dengan penuh bersemangat dan mengejar impian untuk menggubah lagu buat individu yang terkenal suatu hari nanti,” terang Melda.

Turut bersama Melda adalah teman paling rapat yang sentiasa menyokong beliau, Ain serta Tutti; seorang pereka fesyen muda, kedua-dua individu ini adalah tonggak semangat dan pendorong Melda.

Gadis Semasa Sunsilk yang mempamerkan konflik dalaman, aspirasi cinta, pahit manis, perkembangan peribadi dan perubahan hidup Melda, telah memukau penonton di seluruh negara sejak 11 Januari 2011. Gadis Semasa Sunsilk disiarkan setiap hari Selasa di saluran TV3 pada jam 6 petang.

Layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod-episod lepas dan mendapatkan info serta peristiwa terkini Gadis Semasa Sunsilk.

AjaI

Ajai

Wardina

Wardina

bambang

Bambang Soteto

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Celebrates Mobile Content Challenge Entrepreneurs

Aksi Zul Huzaimy & Adi Putra dalam Filem HAQ