in

Finalis Top 5 8TV Quickie Search

Kenali Wajah-Wajah Finalis Top 5 8TV Quickie Search
Kehangatan Baru Bermula!

Kehangatan sudahpun bermula. Debaran mula terasa! Setelah berbulan pencarian muka baru 8TV Quickie di lakukan, akhirnya wajah-wajah bakal pengacara baru 8TV Quickie di senarai pendek. Kini, muka baru Top 5 menjengah ruang udara stesen 8TV dan mereka bertarung untuk mendapat tempat ke peringkat seterusnya.

The 8TV Quickie Search, sebuah rancangan hiburan penuh informasi selama 15 minit ini yang mengenengahkan isu-isu, berita-berita terbaru dan terkini serta gosip-gosip hangat, sedang mencari hos baru untuk menyertai keluarga 8TV Quickie. Pencarian hos baru ini menemui anda dalam slot mini realiti The 8TV Quickie Search.

Sesi ujibakat yang telah berlangsung pada 6 dan 7 November 2010 di Sri Pentas, Bandar Utama ternyata mendapat sambutan hangat dari khalayak. Seramai 200 orang peserta dengan pelbagai ragam dan personaliti hadir mencuba nasib. Masing-masing berusaha untuk mempamerkan bakat dalam bidang pengacaraan tidak ketinggalan ada juga yang cuba menyanyi, berlawak dan ada juga yang terlupa nama mereka sendiri!

rsd-DSC_1987

Melalui ujibakat yang diadakan hanya lima (5) orang finalis dipilih untuk menjalani beberapa siri latihan termasuk PR, untuk memperbaiki komunikasi dan penjagaan imej sebelum diuji dengan cabaran dan tugasan yang telah disediakan untuk dinilai sebelum diumumkan sebagai wajah baru The 8TV Quickie.
.
Lima (5) finalis bertuah ini ialah Jeremy Teo, 26 tahun yang bertugas sebagai penyampai radio Red Fm, Ryan Matjeraie, 25 tahun seorang pereka grafik bebas, Adam Zain, 27 tahun, merupakan Ketua Program Fly Fm dan dua orang gadis berusia 18 tahun Denise Chan Li-Hsia dan Sonia Ayesha yang masih menuntut di kolej tempatan.

image003

Selepas sesi bimbingan ini, tibalah masa untuk Top 5 atau bakal hos baru anda ini menyerlahkan bakat sebenar mereka melalui beberapa siri ujian yang akan dijalankan.

Finalis-finalis ini akan akan diberikan tugasan dan cabaran termasuk mejadi pengacara jemputan dalam The 8TV Quickie dan membuat liputan untuk acara atau majlis yang dihadiri.

Sesi penilaian ujian, cabaran dan tugas yang dipertanggungjawabkan akan berjalan selama enam (6) minggu. Ini termasuk cabaran mengacara 8TV Quickie bersama hos utama secara langsung dan juga melaporkan situasi yang berlaku di majlis yang sedang berlangsung sebelum pemenang The 8TV Quickie Search diumumkan secara LIVE di 8TV pada 8 Januari 2011 sekaligus mempamerkan imej dan set baru The 8TV Quickie!

“Saya tidak sabar untuk menyaksikan siapa yang bakal menyertai keluarga 8TV Quickie. 8TV telah melahirkan ramai personaliti yang berjaya dan rata-rata mereka telah menempa nama di luar negara. Saya cukup berbangga melihat The 8TV Quickie Search menjadi platfom bagi bakat-bakat baru untuk terus berjaya dalam industri hiburan lebih-lebih lagi di bidang pengacaraan,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Siapa bakal memenangi The 8TV Quickie Search? Jangan ketinggalan untuk mengikuti perjalanan lima (5) finalis ini.

The 8TV Quickie Search tidak hanya memberi peluang kepada peserta-peserta baru berbakat untuk menyerlahkan bakat di kaca TV malah memberi peluang kepada anda sebagai penonton dirumah untuk memilih siapa di antara peserta Top 5 yang ingin anda lihat mengacara 8TV Quickie di masa depan!

Penonton mula berpeluang melihat latar belakang dan aksi Top 5 serta mengundi peserta kegemaran anda bermula 22 November 2010 menerusi stesen hip 8TV dan juga laman web utama 8TV. Pemenang akan dipilih melalui 50% undian dari juri dan 50% undian dari laman sesawang The 8TV Quickie Search.

Undian bermula pada 15 November 2010 lalu dan akan ditutup pada 8 Januari 2011 jam 9.30malam.

Undilah finalis kegemaran anda melalui laman web utama dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my dan bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang mengenali peserta dengan lebih dekat melalui klip video, gambar dan maklumat mereka yang boleh didapati di sana.

Pemenang-pemenang8TV Quickie Search akan diumumkan pada 8 Januari 2011 bersempena ulangtahun 8TV yang ke-7 secara langsung menerusi di The 8TV Quickie selama 30minit bermula jam 11.30malam.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan lupa menyaksikan aksi peserta Top 5 dan jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kemunculan peserta Top 5 di The 8TV Quickie dan jadilah juri. Anda berhak menilai dan memilih!

8TV boleh ditonton secara percuma menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my dan www.tonton.com.my setelah 12 jam program disiarkan di kaca TV. Penonton-penonton online juga berpeluang menonton laman-laman eksklusif termasuk aksi belakang tabir, klip-klip ujibakat dan banyak lagi!

Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda menerusi mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anatomy of a Crime

SHOWDOWN 2011 Kembali gegarkan Malaysia