in

Filem Twilight Lakonan Kristen Stewart & Robert Pattinson

Filem Twilight diarahkan oleh Catherine Hardwicke, sebuah filem seram dan romantik dibintangi oleh Kristen Stewart, Robert Pattinson, Michael Welch, Peter Facinelli dan Kellan Lutz.

Bella (Kristen Stewart) telah dihantar untuk tinggal bersama bapanya di sebuah pekan kecil di Forks, Washington, apabila ibu gadis itu berkahwin lain. Di sana dia bertemu seorang jejaka yang cukup tampan bernama Edward Cullen (lakonan Robert Pattinson). Pemuda itu menarik perhatian Bella dengan kebijaksanaannya. Bella dan Edward telah jatuh cinta dalam suasana yang sungguh luar biasa apabila gadis itu mengetahui Edward adalah pontianak. Edward dia tidak mempunyai taring serta tidak menghisap darah manusia kerana Edward dan keluarganya memilih cara hidup yang berbeza. Bagi Edward, Bella adalah seseorang yang ditunggu-tunggunya selama 90 tahun sebagai pasangan untuk sehidup semati. Semakin hari, semakin rapat dan semakin kuat cabaran Edward agar kecenderungannya untuk melakukan sesuatu tidak sepatutnya pada Bella dapat dielakkan.

Seronok ke bercinta dengan vampire? Dapat terbang tinggi? Tak takut kena isap darah? Huhu…

Layari website rasmi:
http://www.twilightthemovie.com

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE WEDDING OF THE YEAR

AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari