in ,

AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari

Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan juga krew filem AntooFighter yang telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tanggal 27 November telah mendapat tempat di hati penonton kita. Bukan mudah untuk mendapat jualan tiket RM1 juta dalam masa 4 hari dalam keadaan gawat seperti sekarang. AntooFighter arahan Azizi Adnan @ Chunk telah meraih kutipan RM 1 Juta selama 4 hari ditayangkan ini sudah tentu akan mengembirakan GBSB.

Sinopsis Filem AntooFighter:

Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat dan hantu-hantunya (Bajang (Iblis), Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara KL dan dijadikan markas operasi mereka. Disitu mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibu Negara sehingga menyebabkan Negara di tahap bahaya.Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon”iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , dimana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.

Art work:

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Dah tengok dah cerita tue. Tapi pawagam 2 baris jer….Ye ker dapat juta2….?

    Tapi jalan cerita ok lah…….Bagi 3 bintang…..Tapi bab lawak…..bagi 2 bintang.

    Keseluruhan……3 bintang.

    Hehehehehehehehe……….Jangan marah yer producer….Saya tengok kat wayang tau, bukan cetak rompak. Kira mcm support gak la filem tempatan.

    Hehehehehehehehehehehehehehe

  2. hekeleh
    aku dah tgk dua kali kat wayang
    memang gile besh
    aku bg 10bintang kat crta ni!!kalau 3bintang tu mmg xreti tgk wyg agaknya..
    crta ni syokk woooOoo
    kelakar2..efek pon real..lakonan pon menjadi…

  3. pe r ko ni SHAZLEEN…sowi 2 say la..cite ni mmg lawak giler..xkan dua tige bintang je ko bg..yela kan pendapat memasing..tapi xpuas ati dol..bg aku nila cite mlayu yg xwat lwk bangang..lawak kire sjuta bintangla aku bg..mybe cik shazleen tido kot time nengok cite ni..yela kan,phm 2..keadaan aircond lam wayang 2 kan sejuuuuuuuuuuk…hm..neway,hope cik shazleen buka mate ngan filem mlayu kite..jgn “tido”…

  4. perspektif masing2

    masing2 menilai mengikut bechmark masing2

    penilaian 3 bintang tu bermaksud… filem malaysia ada ruang utk menjadi lebih hebat

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Twilight Lakonan Kristen Stewart & Robert Pattinson

Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?