Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary



Sekalung tahniah buat pengarah Chris Chong Chan Fui dan semua yang terlibat dalam filem KARAOKE atas kemenangan filem ini di Festival Filem Antarabangsa Calgary. Bravo~!

Filem Malaysia bertajuk “KARAOKE” terpilih sebagai pemenang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary di Kanada.

Filem arahan pengarah kelahiran Sabah, Chris Chong Chan Fui itu menewaskan sembilan filem antarabangsa lain bagi merebut anugerah yang pertama kali diperkenalkan itu. Chris membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai USD25,000 (RM 86,147.48).

Chris menganggap kemenangan itu sebagai suatu yang mengejutkan kerana ia merupakan filem pertamanya dan tidak mengharapkan sebarang kemenangan.

Anugerah tersebut disampaikan di malam penutup Festival Filem Antarabangsa Calgary di Eau Claire Market pada hari Ahad (4 Oktober) lepas. Kesemua 10 pembikin filem yang bertanding hadir ke majlis tersebut.

Panel juri festival yang diketuai oleh pengkritik filem Toronto, Geoff Pevere menyifatkan Karaoke sebagai taruhan terbaik untuk anugerah tersebut. Filem berdurasi 75 minit itu menyusuri perjalanan seorang lelaki bernama Betik lakonan Zahiril Adzim dengan  berlatarkan sebuah pusat karaoke di sebuah ladang kelapa sawit di Malaysia.

Filem itu menerima pujian seluruh dunia kerana paparan visual gaya baru yang dipersembahkan Chris menerusi filem itu. Karaoke merupakan filem Malaysia pertama ditayangkan di Festival Filem Cannes selepas 14 tahun filem Kaki Bakar arahan U-Wei Hj Shaari dipertandingkan di festival filem paling berprestij itu.

Filem itu turut ditayangkan di Festival Filem Toronto dan Festival Filem Antarabangsa Vancouver baru-baru ini. Karaoke ditulis oleh Chris Chong dan Shanon Shah.

Selain Zahiril Adzim, filem itu turut dibintangi Mislina Mustaffa, Nadiyatul Nisa, Mohammad Hariry dan Amerul Affendi. Karaoke bakal ditayangkan di pawagam GSC Mid Valley mulai 26 November 2009.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Filem ‘A Case De Alice’ dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Filem Bunohan Menang Anugerah NETPAC di Taipei
  • Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22
  • Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20
  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK