Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa
Filem ke-8 terbitan KRU Studios tamat sesi penggambaran
Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).
Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).
Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.
Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.
Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Hikayat Merong Mahawangsa dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010.
KRU berterima kasih di atas segala sokongan yang diperoleh dari semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta, media dan yang paling utama kepada MOSTI dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana banyak membantu dalam pembikinan filem ini. KRU juga berharap agar kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang untuk mencapai wawasan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar utama di seluruh dunia bagi industri media dan hiburan.
SENARAI KREW & KAKITANGAN
Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim
SENARAI PELAKON
Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:

August 28th, 2009 at 8:36 am
cool! harap hasilnya membanggakan
December 2nd, 2009 at 3:15 pm
Sekadar cadangan, contohi mutu arahan Kabir Baktiar, pengarah Nur kasih
January 26th, 2010 at 3:30 pm
sy rasa film ini setanding dengan film antarabangsa yang lain, dan saya harap KRU dapat menerbitkan film yang berkualiti seperti ini. sekaian terima kasih………..
February 16th, 2010 at 2:17 pm
citer nimmg gempak…harap mmg bez giler…harap kutipan lbh dr kos 8juta..ak org pertame g tgk 6t..congratulation kru and all the crews,actors
February 21st, 2010 at 1:56 pm
wahh ini kali pertama saya lihat filem yang begitu gempak dari Malaysia…saya harap cgi kru pada cicakman lebih baik pada merong merong mahawangsa!! ok good luck kru
March 16th, 2010 at 12:32 pm
kabir baktiar tu nk wtpe…cter xd kualiti…nur jaish tu ok r bg aku..tp ade part2 yg x msuk akal..kru nye filem lbih jauh berbanding pengarah2 yg laen ka mlysia ni….glory3!
March 21st, 2010 at 4:29 pm
filem yg rsanya boleh gempak ni..semoga KRU terus menghasilkn filem2 yg berkualiti pd masa akn dtg..
March 31st, 2010 at 9:03 pm
KRU MEMANG KLAS!!!!!!!
HEBAT! ANAK MELAYU YANG PALING KREATIF SETANDING TAN SRI P.RAMLEE..
KRU MEMBUKA MATA DUNIA DGN PRODUK BERKUALITI…
SYABAS!!!!
April 15th, 2010 at 8:50 pm
ak pn berlakon dlm cite ni….best gile…watak aku,aku jdi org kampung….x slap aku jihan miskin ketua orang kampung…lokasi die berlakon dekat dgn rumah aku,kt pantai pandak chendering…tempt ni selalu org shot filem…seblum ni cerite ibu ampunkan aku yg kisah ank die kne sumpah jdi tanggang…….tpi pape pun aku tabik ar kru coz blh bt flim hikayat merong mahawangsa ni…pelakon die pun sume hebat2,kate org terengganu (sume bijok belake ah)….kpd kru dtg ar lgi kt sni bt filem laen plk..nanti blh aku join skali…hehehehe…aku igt lgi name brather yg ajk aku blakon citeni,,name die labu pembantu die name mawi….hhehehehehe….GOOD LUCK KRU…..
May 1st, 2010 at 11:32 pm
meremang bulu tengkuk bila tengok trailer.. memang gempak sangat10x.. tak sabar nk tengok.. tahniah KRU n suma yg terlibat pembikinan cite ni.. all the best..
May 6th, 2010 at 9:50 am
[...] di petik dari: http://www.budiey.com innity_pub = "42998cf32d552343bc8e460416382dca"; innity_zone = "8640"; innity_width = "300"; [...]
May 25th, 2010 at 8:25 pm
Terbaik.. msti tonton..
June 12th, 2010 at 6:22 pm
Norman, Edry dan Yusri; aku harap kau orang dapat jual Malaysia dan filem Malaysia ke seluruh dunia. Itu sahaja yang aku minta. Apa yang aku nampak filem ini mampu menebas samun untuk memperlihatkan dirinya di mata dunia.
June 13th, 2010 at 12:16 pm
MEMANG BEKUALITI FILEM INI, ADA POTENSI pulangan lumayan..
ni sekadar pautan untk dikongsi, kritikan dari otai grafik pasal filem ni.
http://www.kaixer.net/kritik/hikayat-merong-mahawangsa-kantoi-filem-kritik-1/
September 29th, 2010 at 10:57 pm
cam gempak jer..tahniah yusry n kru..
February 26th, 2011 at 1:35 am
wow teruja sangat…nanti bolehla buat filem epik dari sarawak pula ye yusri!taniah saya bangga dengan anda semua!
March 1st, 2011 at 3:01 pm
mmg gempak crita ni
March 3rd, 2011 at 12:10 am
ambil lh sy berlakon juga KRU oii….sy pandai silat…
March 3rd, 2011 at 12:14 am
nampak mcm best jas cite nis.kena tgok nih..harap2 sedaplh…
March 3rd, 2011 at 12:15 am
norlaila taib…cadangan awk di tolak…
March 4th, 2011 at 5:48 pm
nie r first time aq rsa bangga sngt jd rakyat malaysia..huahaaha..majulah ank tempatan..tunjukkan pada mata dunia MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!
March 7th, 2011 at 12:24 pm
BAGUS….KRU SELALU BUAT PERKARA YG BEST……FILEM YANG AKU TUNGGU2…MSTI AKU PG TGOK PNYA…
March 9th, 2011 at 4:46 am
hrp2 flm neh dpt klhkn c samsul yusuf tuh ahaha..
March 10th, 2011 at 11:43 pm
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..Sorry to say this; truths are always bitter
- Positif -
1. Intro yg menarik dan latar tempat Goa sangat mengagumkan
2. Jalan cerita tidak membosankan; ada suspen/humor/drama
3. Syabas Stephen Rahman kerana watak Merong sangat berkesan
4. Babak Melayu lebih berkesan dari babak Inggeris/Melayu mix Inggeris
5. Adegan lawak Puteri China dgn dayang dan babak Bahasa Mandarin antara Merong ngan Laksamana sgt berkesan
6.Beberapa babak lawan pedang harus dipuji
7. Babak Taji dan Kemawas sgt sgt sgt MANTAP!
-Negatif-
1. KeBykan Angle x menarik – Sgt Obvious.. Byk perlu diperbaiki dan diedit..Cameraman amek gmbar jarak dekat(separuh badan)…. especially time lawan2 dan semasa perjalanan Merong dr Goa ke tnh Melayu. Ada adegan berlawan dipaparkan di bhgian tepi skrin by which need to be focus ke tgh…
2. IDEA Pantulan cahaya dari cermin menyebabkan kapal terbakar dan juga anak kapal terjun dgn sgt selamba dan sgt x boleh diterima/sgt x logik
3.Bulan dlm Merong sama dgn bulan dlm citer Magika dan Cicakman
4.Babak dayang pura2 mati sewaktu perang sgt antiklimaks
5. Gavin x berpewatakan dan berkarisma seperti putera Rom lansung. Merong lg layak sbg putera Rom
6.Aksi suspen yg tak menjadi apabila Puteri cuba melarikan diri dr
khemah
7.Tusukan pedang nampak jelas disisip di sisi pinggang dan ada yg
tidak berdarah
8.KApal x banyak di pelabuhan time merong tiba di Semenanjung emas
kapal kecik la…bagi la besar skit
9.Adunan warna latar masa dan tempat tidak kena dan kadang2 confius samada malam atau siang
10. Kampung Geruda x cukup menggerunkan..
11. Pahlawan Melayu kurus keding TP SMGT MEMBARA mnentang musuh..tp sorakan YAY!! lepas menang macam x masuk je…
12.Adunan bunyi ada semacam x kena di pertengahan citer
13. Ada Babak yang x sepatutnya dimaksudkan dengan unsur lawak. Part pahlawan langkasuka berpeluk bila askar keMawas + Cina + Rom menyerang sesama mereka
Kesimpulannya…negatif lg byk dr positif. KOMEN sy sgt ikhlas. Jgn Marah….Apapun ini adalah satu percubaan yg baek dari KRU Studios. Syabas diucapkan. Mungkin ramai yg seperti saya di luar sana yg mnjangkakan sesuatu yg terbaik dan diluar jangkaan, namun maybe due to my very high expectation that this film gonna be WOW!!, ….namun sorry saya terpaksa menyatakan yg sebaliknya. Harap kritikan ini dapat diterima dan membantu pihak produksi di masa hadapan. Rating 1.5/5
Sorry to say this; truths are always bitter

March 11th, 2011 at 12:20 am
Filem keluaran KRU ini merupakan ‘turning point’ dlm perkembangan filem Melayu ke persada antarabangsa. Selepas P.Ramlee disangkakan industri filem Melayu telah gersang. Tapi nampaknya vacuum yang ada telah mula di penuhi oleh Hikayat Merong Mahawangsa. Syabas KRU. Andalah harapan Negara utk menaikan industri Filem Melayu ke zaman kegemilangannya. We are all proud of u.
March 11th, 2011 at 1:56 am
Cte nie memang Best….Tabik arr dgn KRU coz dpt bt filem hebat nie…cte nie memang stu2nya kt malaysia….pelakon pun mantap2…sya suka tgk cte nie…hrp2 KRU akn trus bt filem yg lebih bgus mcm filem hikayat merong mahawangsa nie ataupun lg bgus dr nie…i like it….
March 12th, 2011 at 10:28 am
Cerita epik yg sangat menarik utk di tonton.. Walaupun Terdapat kelemahan2 dlam filem ini,I
Tp aku tak kisah sangat.. Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan persembahan filem
Ni..komen2 yg dibagi tu kita ambil utk memantapkan lagi filem2 yg akan datang.. Good job
KRU..
March 13th, 2011 at 2:21 am
Well done KRU!!
In my opinion, the best malay film so far.
Rating 1.5/5 utk filem ni mmg x boleh diterima kalau nak dibandingkan dgn filem2 melayu lain.
B realistic ppl. It is really unfair to compare this movie with hollywood movies.
HMM is worth it to watch. Seriously. Sinematografi bagus. Plot okay. Props yg sgt meyakinkan. Really good job in CGI n cast selection. Overall 4/5. Congrats once again to the crew.
March 13th, 2011 at 8:29 pm
sebuah filem yang terbaik pernah sy tonton di wayang bagi kategori tempatan. sebab semalam bila sy tgok mcm buatan holiwod. tp anak malaysia dpt buat filem tahap nie mmang membanggakan.. Tahniah pd KRU. sebuah filem yang menarik, x bosan, ade sikit kesilapan tp “cover” blik dgn ucapan merong mahawangsa yang buat bulu roma sy naik dan terdiam seketika masa beliau hndak serang puak garuda. peh memang plot cerita yang tersusun, aksi “man to man” merong mahawangsa, putera rom, laksamana china, ketua puak garuda dan anak murid dia, mmg gempak dan harus dipuji.
March 15th, 2011 at 10:00 pm
ko ckp sng la lily bahari , cuba ko wat sndri pilem nih .
anyway , AKU BANGGA JD ORG MELAYU haha . tahniah kru n crew
March 16th, 2011 at 11:37 am
@lily bahari
pe kate ko wat pulak filem versi ko..komen negatif ko bnyak sgt..no 1 tu mcm la ko hebat sgt nk shoot filem perang..dorg pakai cameraman dari china masa shhot tu..kira terbaik la..
lg 1 jgn bandaingkan filem nie dgn flem2 hollywood lain..expectation tinggi sgt..ko tgk filem melayu, tapi nk bnding dengan transformers..mmg bnyak la negatifnya..cuba bnding dengan movie tempatan…sangat2 mantap filem nie..
yusri da smpai menangis n mcm org gila nk siapkan filem tu..so, support la…rating 4/5..
March 18th, 2011 at 8:08 pm
SY MMG JARANG2 LA TGK FILEM MELAYU…SBB KDG2 SGT BORING…HUHUHU…AND…DA DPT AGAK ENDING DIA…HUHU..
SSH NK TGK FILEM MELAYU…YG SUPERB..!..
TAPI………
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA MMG SUPERB LAH…!….
BEST SGT SGT SGT…!..
SY AND KAWAN2…GILER LAYAN LAH MOVIE NI..!..
WELL DONE KRU..!.. WELL DONE JUGAK UTK TEAM HMM …!….
5 STAR..!!…
March 19th, 2011 at 9:46 pm
Tahniah diucapkan kepada pihak KRU kerana telah memberikan filem yang berkualiti untuk ditonton oleh rakyat Malaysia + antarabangsa. Saya berpuashati dengan mutu filem tersebut, dan harap dapat menonton lagi filem-filem sebegini pada masa akan datang. Tingkatkan lagi usaha!
March 27th, 2011 at 5:33 pm
tahniah KRU..