Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Filem-Filem Menarik Sepanjang Julai di 8TV

Filem-Filem Menarik Sepanjang Julai ini…
Khas Untuk Anda!

8TV membawakan anda barisan filem-filem menarik pelbagai genre khas untuk penonton setia kami. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem-filem menarik Asian khas untuk tontonan anda sepanjang Julai ini.

“Bulan ini, kami sajikan filem-filem hebat khas untuk anda semua. Semoga terhibur!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

The Kung Fu Scholar
 TX Date: 4 July 2009
 Time: 8.30pm – 10.30pm

Lun merupakan seorang pelajar yang bijak dan gemar membuat lawak dan bergurau dengan pelajar-pelajar lain. Lau pula telah dihantar oleh ibu bapanya untuk mempelajari seni mempertahankan diri sejak kecil lagi. Lau merupakan seorang budak lelaki yang lurus bendul dan jujur. Lun dan Lau merupakan pelajar di Kolej Ming dan sama-sama telah jatuh cinta dengan Ching yang merupakan rakan sekelas mereka.
Casts: Dicky Cheung, Aaron Kwok, Vivian Chow & Richard Ng   

 

Afraid of Nothing, the Jobless King
 TX Date: 11 July 2009
 Time: 8.30pm – 10.30pm

Gallen Law merupakan pegawai eksekutif yang kaya. Gallen telah dipecat oleh anak majikannya (David Lee) sejurus selepas kematian bapanya (Spencer). Setelah kehilangan pekerjaan, Gallen  terpaksa bekerja dengan Eric Kot dan menjadi meminta sedekah profesional. Gallen menggunakan Hello Kitty dan pelbagai peralatan lain bagi meraih simpati. Namun beliau mengambil keputusan untuk berhenti menipu setelah bertemu dengan seorang wanita cantik – Gigi Leung.
Casts: Gallan Law, Gigi Leung, Eric Kot & Sam Lee 

First Love Unlimited
TX Date: 18 July 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm

Gigi Leung membawakan watak seorang gadis cantik yang pemalu bernama Tap. Tap akhirnya bertemu dengan cinta sejati dengan seorang budak lelaki yang sangat kacak bernama (Daniel Chan). Kedia-dua mereka kelihatan cukup sepadan dari segi fizikal dan mental namun latar belakang mereka yang cukup berbeza merupakan halangan paling besar dalam perhubungan mereka. Tap merupakan seorang pelajar di sekolah elit manakala Hong pula datang dari keluarga yang susah.  Bagaimanakah kesudahan cerita cinta Tap dan Hong? Jangan lupa untuk menyaksikan filem cinta hebat ini.
Casts: Gigi Leung & Daniel Chan

Hooked on You
TX Date: 25 July 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm

Miu seorang wanita berusia 27 tahun terpaksa menjual ikan di pasar untuk melangsaikan hutang bapanya. Miu mempunyai rancangan tersendiri sebelum umurnya mencecah 30 tahun iaitu beliau akan membayar habis hutang bapanya, berhenti dari menjadi penjual ikan di pasar dan mencari lelaki idaman. Miu mula bersaing dengan Mr.Fish yang turut menjual ikan di pasar namun perang di antara mereka tamat apabila mendapat tahu pasar tempat mereka bekerja akan diruntuhkan untuk membina sebuah pusat membeli belah. Walaupun gagal menyelamatkan pasar tersebut, kedua-dua mereka saling jatuh cinta.
Casts: Mirium Yeung, Eason Chan    

Tandakan kalendar anda untuk menyaksikan filem-filem Asian yang hebat ini secara PERCUMA setiap Sabtu jam 8.30 malam hanya di saluran 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda.

Kini anda boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari www.mobile.8tv.com.my. Selamat berhibur.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I’m Not Single 8 Julai Ini
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707
  • Filem Malaysia dan Indonesia di TV2
  • Filem Setem Di Pawagam 30 Julai
  • Filem Menarik Sepanjang Julai di TV2
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Filem Penyiasatan di TV2
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:






















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza