in ,

Peraduan Jom Menonton Filem SETEM

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

SINOPSIS SETEM: Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang  pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang  kemudiannya dikutip oleh cucunya…

Pada tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai 2 juta ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang mendidik mereka di rumah anak yatim tersebut. 

Namun, bukan sahaja Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. 

Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda…

Mahu memenangi barangan filem HEBAT ini? Sertailah peraduan anjuran Tayangan Unggul ini!

Budiey ingin mencari:

  1. 20 helai T-shirt Setem
  2. 20 keping magnet fridge Setem

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah &

Soalan 1:
Siapakah pengarah filem Setem?

Soalan 2:
Sebutkan 4 orang pelakon filem Setem

Soalan 3:
Namakan syarikat yang menerbitkan filem Setem

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
15 Ogos 2009

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem SETEM – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Black Juara Mentor Musim Ke-3

Filem-Filem Menarik Sepanjang Julai di 8TV