Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Filem CGI Metrowealth, BS21 arahan Ahmad Idham

Selepas kejayaan Jangan Pandang Belakang yang mengutip kutipan terbesar sebanyak RM6.2 juta, Metrowealth (MIG) sekali lagi mengorak langkah menghasilkan sebuah lagi filem. Skrip asalnya ditulis oleh Shahrulezad Mohameddin yang juga menulis untuk drama Emil Emilda yang sedang ditayangkan di TV3. Selain itu, pengarah fotografi Cicakman, Indra Che Muda juga terlibat sebagai pengarah fotografi. Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana bentuk filem ini?

Pengambaran filem Fiksyen Komedi berjudul BS21 ini baru sahaja tamat. Kini sedang melalui peringkat suntingan dan dijangka akan ditayangkan di pawagam penghujung tahun ini.

blogSambutan penonton yang memberansangkan terhadap filem Tentang Bulan, telah memberikan inspirasi kepada Metrowealth (MIG) bagi menghasilkan karya bergenre  fiksyen komedi bertajuk BS21. Filem ke 23 terbitan Metrowealth (MIG) kali ini, sekali lagi menampilkan kanak-kanak sebagai antara peneraju utama di samping pelakon-pelakon komedi dewasa terkenal tanahair.

Dengan bajet dianggarkan mencecah RM1.68 juta, BS21 akan menjalani pengambaran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sekali lagi Ahmad Idham diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini setelah mengarahkan 3 filem box-office bersama Metrowealth iaitu Remp-it, Tentang Bulan dan Jangan Pandang Belakang. Filem BS21 telah memulakan pengambaran pada awal April lalu telah selesai seperti yang dirancangkan.

Pelakon cilik yang kian melonjak namanya, Nik Farith Adruce (Adik di 9) dan Nor Arina (Erin) akan membintangi filem ini sebagai pelakon utama. Filem ini turut dibantu oleh Fatin Nur Afifah (Fatin), artis yang juga di bawah naungan MIG Talent dan Eric sebagai muka baru di arena layar perak yang dikenalpasti dapat diketengahkan bakatnya. Sememangnya filem ini tidak akan lengkap tanpa dikolaborasikan dengan gandingan mantap oleh pelakon dewasa seperti:  Zul Yahya, Nik Sayyidah, Bob Kuman, Cat Farish, M Rajoli, Sharifah Shaheera, Khatijah Tan dan beberapa artis yang lain. Kehebatan mereka mampu memecahkan suasana panggung dengan celoteh dan aksi komedi spontan yang bakal dipaparkan.

Metrowealth juga telah memutuskan untuk mengguna teknik Computer-Generated Imagery (CGI) bagi ‘menghidupkan’ beberapa babak istimewa yang dapat disaksikan penonton dalam BS21. Sekurang-kurangnya BS21 akan memaparkan 30 minit babak  Computer-Generated Imagery (CGI) ini.

BS21 bakal menjadi filem kedua Metrowealth (MIG) yang mengguna teknik CGI ini setelah Syukur 21 pada tahun 2000, dan pasti hasilnya adalah lebih baik. Tahun ini juga Metrowealth akan menghasilkan beberapa lagi filem pelbagai genre. Antaranya Congkak (Filem Seram) dan Aku Punya Cinta (Romantik) termasuk sebuah filem aksi kepolisan. Nantikan kemunculannya…

Technorati Tags: , ,

kredit foto: Metrowealth (MIG)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Majlis Pelancaran Dan Doa Selamat Filem Senario The Movie Episod 1
  • Jangan Tegur
  • Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Sinopsis Filem BS21 Lakonan Nik Adruce, Cat,
  • Gambar Sekitar Malam Penghargaan Metrowealth
  • Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura
  • 5 Pembaca Sensasi Selebriti ke Pra Tonton Filem Congkak
  • Video Sebalik Tabir Behind The Scenes Filem Jangan Tegur
  • Sekitar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Metrowealth



  • 19 Komen untuk entri “Filem CGI Metrowealth, BS21 arahan Ahmad Idham”

    1. faidhi kata:

      wah .. erin berlakon lagi ek .. huhuhu .. ni yang nak tgk nih

    2. Budiey kata:

      Faidhi, kenal ke ngan Erin tu? Cute dia ek?

    3. faidhi kata:

      ahaks .. tau mase tentang bulan … pastu jumper dier maser jom heboh kat s.alam .. time tu dorang wat promo tentang bulan .. sejak tu start minat ;) ) hehhehehe . she’s got a big potential

    4. nabil fikri b.rahim kata:

      cerita ini sepatutnya ditonton kerana ia menceritakan tentang kisah silam zaman dahulu bercinta…oleh sebab itu,tak rugi kalau tak tengok!!!

    5. nabil fikri b.rahim kata:

      wah..cute sangatlah pelakon Erin tu..lakonan sungguh mantap,ada bakat dalam bidang lakonan..semoga berjaya dalam bidang ini pada suatu hari!!!!

    6. awang kata:

      …filem warisan bangsa, elok kiranya judul filem di poster sertakan sama tulisan jawi. komersial yang tak lupa jati diri bangsanya.

    7. zai kata:

      nick 2 hero kee
      x dye aku

    8. syara kata:

      erin is such a cheap slut
      cube u guys bygkn,
      kat location bley dok atas peha ahmad idham.
      i saw it with my own eyes.
      xpercye suda

    9. awek cun kata:

      suke2 jer die ckp eric fuzi tu pelakon baru..die tak tau ker eric tu la yg paling otai antara budak2 ni..eric i luv u..

    10. antara gadis kata:

      btol tu awek cun..aku sokong..eric fuzi pujaan hatiku..

    11. antara gadis kata:

      eric n erin..name lebih kurang jer..tp sesuai gak klau dorang bercinta..jelez aku..

    12. zassszzzz...... kata:

      ah asyk2 erin jewr…
      x dak ke owg len nk blakon???
      tgk kt amerika 2…
      pnya byk plakon knk2 n rmaja…
      nie asyk2 dy ja…
      muak aku taw…
      hampeh…
      woi erin ton dpn PMr la oi!!!!!!!!
      nti fail pon x gna mnyesal!!!

    13. orang kata:

      woi erin,, ak tngok ko ni slalu control cun r………. nyampah ak…….

    14. Ar'yan kata:

      aku skong apa bdk kt atas aku ni ckp…

    15. budak kata:

      dgr kate Eric Fuzi tgh sakit n kat hospital skang ni..
      rasanye btol ke?
      Hmm, klu btol aku hrp dia dpt sembuh..
      kita doakn die slamat yup..
      Insyallah dia akan selamat dgn doa kita yg ikhlas
      supaya die sembuh..

    16. Meoww (Kucing) kata:

      meow meow meow ngriaww meow?? meow meow :) meow hi hi hi..atoi cakit pala wak lu…maksud kata kata di atas is (apa la sdap sngat cite ni ha..aku tngok pun nk mluat…ape komen kolang?? wa minat at adruce je.. dlu mok skrang kuluih hi hi hi…adoi sakit kelapa wak lu…

    17. Syahmi kata:

      Hai……… erin, awk mmng cantik & comel
      sya ska awk brlkon, awk pujaan hati sya……
      truskan brlkon…………………

    18. La d0lce aM!ra kata:

      minat eRin..
      sHe is cUte…
      ur cuTe dear…
      aDd me..
      ms=ym=tagged=friendster=n dll
      amy_dilla01@yahoo.com
      caYunk km0o….!
      mmg sHantek..!!!!

    19. Puteri Eylia Natasya kata:

      erin malek 2 mmg r cute…..tpi,nmpk cm gewdik jew…..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!