in ,

Sekitar Pelancaran Kelab Peminat Shawal FC

Akademi Fantasia 5 sudah pun menghampiri penamatnya. Esok, anda akan menonton satu lagi konsert sebelum melangkah ke Konsert final pada 19 Mei di Bukit Jalil. Saya perhatikan, menjelang konsert minggu ke 9, kelab penyokong dan peminat kian galak mengadakan kempen gerak gempur untuk menaikkan undian pelajar pilihan masing-masing.

Akhir-akhir ini juga, kelab peminat juga tidak kurang ditubuhkan untuk memastikan sokongan padu berterusan. Termasuklah Kelab Peminat & Penyokong Shawal yang telah pun melakukan usaha sehabis baik untuk menaikan nama Shawal.

Pada 9 Mei lalu, Sensasi Selebriti dijemput untuk menghadiri satu majlis pengenalan Kelab Peminat Shawal. Berlangsung di Dewan Yayasan Tun Abdul Razak, Jln Bkt Bintang yang saya kira satu lokasi yang agak besar, mewah dan gah. Namun, sayangnya saya perhatikan tidak seorang pun wartawan yang hadir untuk membuat liputan. Kebetulan pada waktu yang sama ada majlis pelancaran filem terbaru Mamat Khalid, Kala Bulang Mengambang. Penulis blog hiburan yang hadir hanya 3 orang sahaja termasuk saya. Alangkah baiknya kerusi-kerusi kosong itu diisi oleh para penulis blog hiburan yang lain.

493015867 5F264A9B51 O | 4

Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna penyokong Shawal tidak mendapat sokongan, kerana majlis itu sebenarnya memakan belanja yang besar dihadiri oleh sahabat handal, kenalan, famili dan teman sekerja Shawal. Semoga ini bukan petanda yang tidak elok bagi Shawal pada konsert esok. Mungkin banyak sebab ramai peminat yang tidak mahu sertai majlis ini. Mungkin masa yang dibuat pada bekerja atau tempatnya yang susah juga untuk dicari. Atau pun kerana majlis ini kosong dengan ketiadaan Shawal. Saya lihat bayaran makan malam pada malam itu agak tinggi iaitu RM40 seorang. Manakala kepada anda yang ingin menjadi kelab penyokong Shawal perlu membayar yuran pendaftaran iaitu sebanyak RM30 seorang. Apa-apa pun, bayaran yang tinggi itu berbaloi kalau dilihat dengan menu masakan yang disediakan oleh Restoran Sri Melayu. Lazat dan berkhasiat.

Majlis diserikan dengan kehadiran pelakon veteren, Datin Hajjah Rosnani Jamil atau mesra dengan panggilan Mak Nani dan penyanyi 80 an, Aman Shah. Dengan pelancaran Shawal Fan Club ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Shawal di dalam Akademi Fantasia. Juga ini akan menyalakan semangat untuk Shawal. Peminat Shawal berharap prestasi pelajar yang berasal dari Wangsa Maju ini akan keluar dari kepompong, bangun dan terus meningkat pada minggu ini. Seterusnya menjuarai Akademi Fantasia 5. Boleh atau tidak, bukan satu perkara yang mustahil.

Majlis diraikan dengan ucapan pengerusi majlis yang sungguh ceria pada malam itu. Juga ucapan Presiden Kelab dan seterusnya pelancaran logo Kelab Peminat Shawal. Kemudian, hadirin diajak menjamu selera. Sambil makan, ada tayangan video sepanjang penglibatan Shawal dalam Akademi Fantasia.

493016005 Cb323E919D O | 5

Ramai pemerhati AF meramalkan Shawal akan terkeluar pada Konsert minggu ini berikutan prestasi Shawal yang tidak konsisten. Andaian ini sukar untuk dibuktikan kerana keputusan undian memang bercelaru ketika saat undian ditutup. Siapa sahaja boleh tersingkir. Hanya satu langkah untuk ke final, agak rugi rasanya sekiranya Shawal tersingkir. Bukan Shawal sahaja. Saya sokong andainya astro membuat kejutan ke-enam-enam pelajar, semuanya akan ke pentas akhir. Undian SMS pun akan masuk banyak. Banyak masuk, banyak untung, ye tak? Mungkin ramai peminat Shawal yang risau dengan prestasi Shawal yang tidak berjaya melakukan magik dalam persembahan Kaulah Segala. Namun, saya kira, setelah menonton diari, Shawal pastinya akan melakukan satu persembahan yang power dalam lagu Copacobana. Tunggu dan lihat saja.

Budiey ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Kelab Peminat Shawal. Terima kasih atas kesudian kalian menjemput warga Sensasi Selebriti.

Berikut secara eksklusifnya… antara foto-foto sekitar majlis pelancaran Shawal FC.

493016153 1131Fee192 O | 6
492997896 0242B22C96 O | 7
493014387 12Fb5B08E0 O | 8
492995930 523D3C56D9 O | 9
493014843 1Ac26538D6 O | 10
492996290 Aec3E2Bff6 O | 11
492996434 22982A4F2F O | 12
493015309 1Accdcfd40 O | 13
493015553 1E65B9Edfb O | 14

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Idham | 45

Filem CGI dari Metrowealth Berjudul BS21 Arahan Ahmad Idham

Fezrul Khan | 46

Wah! Ada Jemputan Ke Bloggers United Malaysia Gathering 2007