Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Filem Avatar Edisi Khas dalam 3D



FILEM pecah panggung arahan James Cameron iaitu Avatar: Edisi Khas bakal kembali ke Malaysia menerusi beberapa pawagam terpilih dalam format visual 3D pada 26 Ogos depan. Pengumuman itu diumumkan oleh studio Twentieth Century Fox dan pengarahnya James Cameron, Jumaat.

Versi istimewa filem ini bakal memaparkan sedutan klip berdurasi lapan minit yang belum pernah disiarkan sebelum ini. Sejak fenomena 3D Avatar meletus pada Disember tahun lalu, respons orang ramai terhadap pawagam 3D meningkat secara drastik sehingga ada yang tidak berpeluang untuk menontonnya.

Justeru, penayangan filem Avatar: Edisi Khas dalam format 3D ini dilihat sebagai peluang kepada peminat yang terlepas menyaksikan filem itu sebelum ini untuk menikmatinya kali ini.

Kata Cameron: “Penonton meminta berulang kali untuk melihat lebih banyak babak tentang kisah dunia Pandora itu. Kami ingin merealisasikan impian peminat dengan mengeluarkan edisi khas filem ini dalam bentuk 3D.

“Ia juga memaparkan klip video tentang mahkluk baru dan lebih babak aksi selama lapan minit yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Sama ada anda adalah peminat Avatar atau belum pernah menontonnya, paparan edisi khas ini pasti akan buat anda lebih menyukai filem ini.”

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Fox Filmed Entertainment, Jim Gianopulos dan Tom Rothman berkata, “Filem Avatar: Edisi Khas ini dihasilkan ekoran permintaan yang tinggi di kalangan peminat filem yang mahukan filem itu ditayangkan semula dalam 3D.

“Lebih menarik, kami juga teruja kerana James Cameron memberikan sentuhan ekstra yang lebih istimewa berbanding kandungan filem asal.”

Filem epik yang memenangi pelbagai Anugerah Oscar dan Golden Globe itu tercatat sebagai filem terlaris dalam sejarah perfileman apabila mengutip lebih AS$2.7 bilion di seluruh dunia, selain meraih jualan cakera Blu-ray terlaris.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Avatar Special Edition Limited Digital 3D
  • Senarai Pemenang Golden Globe Awards Ke 67
  • Carton Network Club
  • GSC Meluaskan Pawagam Digital 3D Ke Penang
  • List Winners for the Oscars 2010 82nd Annual Academy Awards
  • Majlis Sidang Media Ramadan 2010 Bersama Rabbani
  • T-4: Terminator Salvation Set for May 22, 2009 Release
  • Andai Single Terbaru Alexa
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009



    • Pingback: Filem Avatar Edisi Khas dalam 3D

    • Hamba Allah

      Nak tengok filem Avatar 3D apanya? Kat tempat saya ni…pawagam pun tak diupgradekan…padahal penonton bayar tiket memahal! Melepas la nampak gayanya nak tengok filem 3D ni ha!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK