Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Erra Fazira Ahli UMNO & Tak Lupa Mengundi



Uish, ramai sungguh yang asyik duk tanya Budiey pasal artis ni ada dalam senarai rekod mengundi ke tak. Kalau Budiey tahu nombor kad pengenalan artis tak pe la jugak. Benda-benda macam NO. IC ni manalah kita nak tanya bila jumpa artis. Itu tak penting dan artis pun takkanlah nak kasi tau nombor IC dia kalau tak bersebab.

Hari ni, 24 Februari 2008 adalah hari penamaan calon. Budiey ingat nak keluar jugak tengok event penamaan calon hari ni. Ambik gambar pun best gak, ek?

Bercakap pasal pilihanraya ni, ramai artis dimanupulasikan untuk keluar berkempen. Yelah, artiskan banyak pengaruh dalam masyarakat. Rata-rata selebriti Malaysia ni dah sah-sahlah sokong Pak Lah dan Barisan Nasional. Termasuk juga pelakon utama filem Anak, Erra Fazira.

Seorang peminat setia Erra Fazira telah menghantar email kepada Budiey malam tadi, mengatakan Erra Fazira ni seorang pelakon dan penyanyi yang bagus sangat sebab tidak lupa menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Yela, artiskan selalu sibuk. Kekadang nak keluar mengundi memang liat.

Ingat lagi sebelum ini, Erra Fazira keluar mengundi dan siap beratur macam orang kebanyakan juga. Bukan itu sahaja, Erra Fazira juga adalah ahli dan penyokong UMNO yang sah. Tak caya tengok buktinya di bawah ini. Ada sesetengah selebriti yang katanya mahu terlibat dengan politik tetapi tidak mendaftar tu, camna? Sape nak jawab?

Apa yang kita harapkan, walau camna sibuk pun kita, semoga selebriti dan kita semua jalankan kewajiban untuk memangkah dan memilih calon yang dapat membawa kepada kemajuan dan kebaikan dunia dan akhirat. Insyaallah. 

[tags]penamaan calon, pas lawan barisan nasional, dun sungai panjang, parlimen tanjung karang, gossip erra fazira, keputusan pilihanraya, terkini, hanifa maidin, erra fazira, blog politik malaysia, dewan undangan negeri, khairy rembau[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Gambar Erra Fazira Serba Ungu di Red Carpet FFM23
  • Gambar Erra Fazira di Fashion Show Raya 5Stars
  • Gambar Fesyen Erra Fazira Rekaan Hatta Dolmat
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Photo of The Day: Erra Fazira Ajar Bola Sepak?
  • Erra Fazira di Pameran Best of Bridal Lifestyle Singapura
  • Gambar Erra Fazira di Green Cheongsam Showcase The Weld
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?



  • 19 Komen untuk entri “Erra Fazira Ahli UMNO & Tak Lupa Mengundi”

    1. afham kata:

      bagus erra..semoga tepat di dalam memilih kerajaan..

    2. NUR kata:

      Cayalah Erra….walaupun dulu pernah jadi EXCO PUTERI UMNO…tapi sekarang tidak lagi..tapi terus bagi komitmen

    3. tin kata:

      yes Erra slmat mgundi org kuat UMNO kan

    4. Loss kata:

      Undilah BARISAN ALTERNATIF. Agar maksiat ditiadakan. Segalanya insyallah selamat.

    5. ain_nia kata:

      bagus la erra.. mengundi tukan tanggungjawab kita semua…

      selamat mengundi semua..

    6. BAU BUSUK kata:

      Ala…yg X daftar tu…dah sah X mengundi….tapi yg kalau setakat daftar jer…belun tau lagi pegi mengundi…

    7. ain_nia kata:

      kadang2 tak paham dgn mentaliti sesetengah org.. bila kita komen ada org tak daftar ngundi melenting plak… kalau ada org yg dh daftar ngundi dikata jugak kalau tak ngundi pun tak guna daftar…

      sekurang2nya erra dah daftar so lepas ni harap dia p ngundi…

      p/s yg ditegur bukan bermaksud dibenci..

    8. ; ) kata:

      setuju ngn ain_nia..diorang x puas hati tu sbb artis kesyangan kene hentam..

    9. BAU BUSUK kata:

      Kadang2 X paham mentaliti org kita yg sibok hal kecil2. Kalau pakai baju sexy…ker, X pakai tudung ker…logik juga la nak sibuk…sibuk, ni soal daftar ker X…itu pun sibuk dan tuduh org bukan2. Wei ramai org yg daftar jer tau…ikut perangkaan beribu…nape kamu X kecoh kat org tu??? nape CT jer??? Please lah…ni bukan jenayah atau salah di sisi agama…kalau dah mentaliti kurang, jgn pura2 X faham mentaliti org…sebab ramai org yg sakit mental kerana PERASAAN HASAD DENGKI mereka tu bersarang dihati…tapi pura2 dgn niat menegur.

    10. BAU BUSUK kata:

      OHH…RUPANYA KAMU NI MEMANG NIAT NAK HENTAM??? MEMANG BUSUK HATI….KATA DGN NIAT MENGUR KONON…AMAL MUNGKAR KONON…PLEASE LAH…HAL AGAMA LOGIK LAH…NI HAL X WAJIB DAN XDE KAITAN DGN KAMU KALAU DIA NAK DAFTAR KER X. NI BUKAN JENAYAH NEGARA ATAU HARAM KAT AGAMA.

    11. uiks! kata:

      bau busuk, tapi bila org hentam bab pemaikain tudung ct apesal ko ttp pertahankan dia..kt entry ni lain plak ko ckp..mmg x serupa bikin..xde pendiriaN!

    12. aku kata:

      betol tu BAU BUSUk… ade org memang perasaan hasad dengki dah bersarang dihati diorang memang xpenah lepas nak dengki kat org… cakap jer pandai padahal mentaliti sendiri pon xpenah diorang paham..

    13. BAU BUSUK kata:

      TU LA… SI…..( ;) kata ) SIAP SETUJU DAN TERKANTOI KATA ” DIA ORG X PUAS HATI SEBAB ARTIS KESAYANGANNYA KENA HENTAM ). KAN DAH KANTOI…MEREKA RUPANYA NIAT HENTAM…BUKAN NIAT AMAL MUNGKAR SEBAB BUKAN HAL AGAMA PUN MEREKA CONDEMKAN CT. KALAU BAB SEXY KER…X PAKAI TUDUNG KER…LOGIK JUGA KAN.

      P/S: MEREKA X FAHAM MENTILITI ORG…SEBAB MEREKA PUNYA MENTALITI PUN MEREKA X FAHAM…PASAL KATA NAK TEGUR AMAL MUNGKAR…TAPI KELUAR TAJUK…KOMEN DAN KUTUK ORG PASAL X DAFTAR WAKAKA

    14. ain_nia kata:

      biarkan si luncai terjun dengan labu2nya…

    15. NUR kata:

      Memang la…undian ni tak bawa ke akhirat pun..Tetapi sekurang – kurangnya Erra tu tergerak juga hati dia nak mendaftar…Dia pergi ke tak mengundi kita tunggu la 8 Mac ni…..Sekurang – kurangnya Erra ni tak ‘kecoh – kecoh’ dia nak masuk politik la…..nak pakai tudung la…..
      Ni tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia…..siapa suruh masuk bab agama pulak????? Kadang – kadang x faham mentaliti orang yang cakap tak serupa bikin….

    16. mim kata:

      saya suka erra, ramai juga yg menyokong dia.baguslah gi megundi .saya sbaya erra tapi baru tahun ni saya g mengundi. good luck erra.saya ttp sokong erra dlm apapun yg dilakukan.tapi bukan yg x elok k.

    17. NUR kata:

      PEPATAH INGGERIS ADA BERKATA ” DONT JUDGE A BOOK BY IS THE COVER” Walaupun kadang – kadang kita tengok seseorang itu x baik, tetapi sebenarnya hatinya lebih baik daripada yang dicop baik…Nauzubillah

    18. nurose kata:

      sayang Erra Fazira …moga terus maju jaya….selamat mengundi pada semua….jalankan tanggungjawab anda pada negara…

    19. NUR kata:

      Wah ! sempoi je Erra Fazira hari tu masa mengundi di Sekolah Desa Pandan tu…..Datang pun awal – awal pagi….Walaupun tak nampak ‘berkempen ‘ macam artis lain, tetapi tetap tak lupa tanggungjawab kepada negara…..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK