in , ,

Sekitar Premiere Filem Duyung di GSC Mid Valley

Pada 22 Februari, Jumaat lalu, Budiey ada menghadiri Tayangan Premiere Filem Duyung yang berlangsung di Golden Screen Cinemas Mid Valley. Antara pelakon filem Duyung yang hadir, Abu Bakar Omar yang memegang watak bapa kepada Jimmy. Maya Karin yang memegang watak Puteri Duyung, Yasmin Hani yang menjadi gadis idaman yang digilai oleh seorang pencinta alam bernama Jimmy lakonan Saiful Apek yang turut hadir agak lewat pada malam itu.

2284299333 575F1352Ee | 4

Dikendalikan oleh Naz, acara turut dihadiri oleh selebriti seperti Samuel Rizal dari Indonesia, Diddy AF4 dan pengarah Datuk Yusof Haslam bersama anak dan isteri.

Diddy

2286588963 25A5Fec700 | 5

Dimulakan dengan ucapan dari penerbit Norman, diikuti dengan pengarah Profesor Madya Razak dan penaja DiGi. Katanya, pengambaran filem ini agak sukar kerana terlalu banyak cabaran dan halangan. Kerugian sebanyak RM100 ribu di mana mereka kehilangan peralatan ketika pengambaran. Juga menguji stamina pelakon utama yang terpaksa berenang di dasar laut.

Sebanyak 2 dewan telah disediakan untuk tayangan premiere ini. Dewan 11 memulakan tayangan pada jam 9 malam dan dewan 12 yang menempatkan pelakon, VIP dan media memulakan tayangan pada jam 9.30 malam. Tetamu yang hadir dijamu dengan makanan jepun seperti Sushi.

Sejurus selepas tayangan, satu sesi fotografi diadakan tanpa press conference.

2287376824 968F12E233 | 6

2286510462 D5Fa003A0B | 7

[tags]hikayat duyung, cerita dongeng, pulau sipadan, qualities of leaders, rich dad poor dad, secrets of the millionaire mind, self enrichment, success programme, t harv eker, t harv eker principles, cara solat di angkasa lepas, cara wuduk dr sheikh muzaphar, ulasan filem otai, memey suhaiza, fouziah ghouse, enigma, lisdawati, nurul syuhada, diana danielle, zahnita hussien wilson[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Ahli UMNO & Tak Lupa Mengundi

Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?