in ,

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang

Ratu Rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin hari ini mengesahkan yang dia bakal bernikah dengan seorang juruterbang, Azhar Ghazali pada 7 Julai depan.

Ella yang berusia 46 tahun berkata majlis pernikahannya itu bakal diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

“Alhamdulilah akhirnya apa yang diperkatakan sebelum ini, persoalan bertahun-tahun yang diajukan kepada saya sudah ada jawapannya. Doakan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Disember depan.

Ella Mentor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Akad Nikah Irma Hasmie

Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin