in

Drama The Glittering Days Kini di NTV7 Mobile TV

ntv7 KINI DI TELEFON MUDAH ALIH ANDA!

ntv7 kini boleh diakses melalui telefon bimbit anda dengan menampilkan drama – The Glittering Days sebagai perisian pertama tempatan yang akan dimuatkan di platform Mobile TV.

The Glittering Days, yang akan mula bersiaran pada 21hb April 2010 boleh ditonton melalui telefon mudah alih anda pada hari yang sama ia menemui anda di kaca TV. Dibawakan oleh Alt Media, ntv7 Mobile TV memaparkan episod penuh versi Catch-Up 10 program dari saluran TV Urban dan Cina, terus ke telefon bimbit melalui laman web – mobile.ntv7.com.my.

Program lain yang akan turut dimuatkan termasuklah ‘7 Edition’, ‘Mandarin 7’, ‘Prelude AIM 17, ‘Glowing Embers, ‘Ladies Day Out’, ‘Heart Talk’, ‘e7’ , ‘Mr Siao’s Mandarin Class SS2’ ’, ‘Seekers 6’ and ‘Siasat Mandarin’.

“Sebagai Saluran TV kegemaran penonton urban, kami amat berbangga kerana ntv7 kini turut bersiaran melalui telefon mudah alih dan tentunya ia menawarkan platform baru buat penonton dan pengiklan kami,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7. “Penonton turut boleh mendapatkan rancangan kegemaran mereka walau di mana mereka berada, sementara para pengiklan kami akan dapat terus meluaskan pasaran mereka dengan menggunakan Mobile TV.”

Perkhidmatan melayari ntv7 melalui telefon mudah alih merupakan sambungan kepada perkhidmatan Catch-up TV melalui Wifi dan Jaringan 3G/Edge. Caj penggunaan data tertakluk kepada syarat syarikat telekomunikasi masing-masing. Untuk akses, pengguna boleh melayari http://mobile.ntv7.com.my

“ntv7 Mobile TV mempunyai potensi hebat untuk melangkah lebih jauh dengan keutuhan perisian Cina, berita dalam tiga bahasa dan jumlah penonton TV yang sedia ada,” kata Paul Moss, Pengurus Besar Teknologi dan Perniagaan Baru, Alt Media. “8TV dan TV3 telah menerima respons yang baik dalam program berbentuk berita dan ntv7 mempunyai kekuatan kerana mempunyai platform yang lebih luas untuk program berita. Selain itu, sepertimana TV3 mensasarkan dramanya kepada penggunanya, ntv7 turut akan menggunakan strategi yang sama untuk perisian drama tempatan Cina.”

Program-program hebat ini akan dimuat-naik di ntv7 Mobile lebih kurang 6 sejam selepas ia bersiaran di TV. Di samping rancangan TV harian, anda juga boleh mendapatkan jadual TV dan program istimewa ntv7. Selain itu, anda juga boleh muat turun perisian telefon mudah alih seperti nada dering dan banyak lagi paparan hebat.

TV3 dan 8TV mempunyai perkhidmatan yang sama, dilancarkan pada akhir tahun 2009, diikuti dengan TV9 dan kini ntv7.

Turut menghiasi laman telefon mudah alih ini ialah Portal Berita serta perkhidmatan berita ringkas video di mana penonton berpeluang untuk mendapatkan berita tergempar melalui Pasukan Berita TV3, dengan paparan teks dan video kejadian.

Pelancaran perkhidmatan telefon mudah alih ini merupakan langkah yang bertepatan bagi MPB dalam media digital. Susulan dengan kejayaan ‘Catch-Up’ TV dan GUA.com.my, ia turut mempersembahkan strategi dan komitmen Kumpulan MPB dalam mengukuhkan platform media digital.

Untuk informasi lanjut, layarilah www.ntv7.com.my dan untuk akses ke Mobile TV ntv7, layarilah http://mobile.ntv7.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Ketiak Pelakon Berbau Semerbak

Samsung Lancar Kamera NX10