in

Samsung Lancar Kamera NX10

Samsung Pelopori Evolusi Imej Digital dengan Rangkaian Peranti Inovatif Terbaru
NX10 pemenang anugerah terajui generasi terbaru kamera dan kamera perakam video Samsung

Samsung Electronics, pemimpin dan pelopor pemenang anugerah dalam bidang imejan digital, hari ini melancarkan rangkaian terbaru kamera dan kamera perakam video yang direka cipta untuk memenuhi keperluan pengguna bagi imejan digital bermutu tinggi dan pengurusan gambar yang lebih mudah. Menggabungkan ciri pelopor industri dan kesenangan penggunaan, rangkaian produk ini mengukuhkan kepimpinan Samsung dalam evolusi imejan digital dalam usahanya menjadi syarikat imejan yang terulung di dunia.

“Cara pengguna mengambil gambar, bila mereka mengambil gambar, dan cara gambar dikongsi semakin berubah. Sambil keperluan mereka berubah daripada semata-mata untuk menangkap gambar kepada kelebihan pengurusan gambar, Samsung telah memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kebergunaan menerusi kemajuan teknologi yang membantu mereka menguruskan gambar mereka dengan lebih baik sambil memperbaiki ciri perkongsian dan sambungan. Dengan rangkaian terbaru produk inovatif yang memberikan penyelesaian lengkap mengabadikan saat indah serta berkongsi dan menikmatinya, 2010 menandakan tahun Samsung mengorak langkah ke arah menjadi pemimpin dalam industri kamera,” kata Yu Jai Sul, Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd.

Untuk mencapai matlamat ini, Samsung memberi tumpuan menawarkan kamera pintar yang memenuhi keperluan pengguna yang berbeza dan mencipta pengalaman seiring gerak hati pengguna menerusi kombinasi teknologi optik lebih baik dan keupayaan hubungan lebih baik dengan alat pengguna lain.

Sejajar dengan strategi ini, Samsung telah mencipta kamera “mirrorless interchangeable lens”, NX10, sejenis kamera konsep baru dengan definisi tinggi dan ciri mudah alih yang mudah digunakan. Dengan cogan kata, “Sekadar Gambar? Cipta Pengalaman!”, NX10 menyeru pengguna bukan sahaja untuk merakamkan saat manis tetapi menceritakan kisah mereka. Kamera dwiLCD ini juga merupakan satu lagi bidang tumpuan sambil Syarikat berusaha mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran yang tiada tandingan dalam kategori kamera dwi LCD, dengan memperkenalkan model yang boleh digunakan oleh semua pengguna. Syarikat juga akan memantapkan kedudukan utama dalam pasaran premium dengan memperkenalkan model kamera kompak premium dengan reka bentuk bergaya dan spesifikasi tinggi, di samping melancarkan model kamera kompak canggih untuk memanfaatkan kekuatan dalam teknologi optik.

Samsung telah mencapai kemajuan besar dalam kategori imejan digital sejak setahun lepas. Bahagian pasaran globalnya kini melebihi 13 peratus, dipacu oleh struktur produk yang lebih baik, bilangan pelanggan lebih besar di pasaran baru dan liputan saluran lebih luas.

Pertumbuhan syarikat dalam kategori ini baru-baru ini semakin pesat dengan kejayaan mengambil alih dan menggabungkan Samsung Digital Imaging Company ke dalam Samsung Electronics pada 1 April 2010, yang akan meningkatkan daya saing unit kamera digital dengan memanfaatkan sepenuhnya sinergi operasi, jenama dan teknologi dengan Samsung Electronics.

Rangkaian terbaru produk imejan digital Samsung di Malaysia termasuk:

NX10

Kamera NX10 mewakili kategori baru yang bertujuan memenuhi keinginan pengguna untuk mencipta imej imaginatif dan ikonik menerusi keupayaan penyuntingan kreatif kamera. Gandingan tahap kualiti tinggi imej DSLR dengan ciri mudah alih kamera kompak, yang disokong oleh sejumlah lapan lensa yang direka bentuk secara khusus memastikan pengguna dapat menikmati sepenuhnya pengalaman fotografi mereka.

Ini termasuk Lensa Zoom Padat, Lensa Luas dan Lensa Lempeng, yang menyediakan tahap prestasi optik tinggi kepada pengguna, tanpa memerlukan sebahagian besar daripada lensa di pasaran; Lensa Tele Zoom, Lensa Makro dan dua jenis Lensa Zoom Standard yang memaparkan teknologi intuitif yang disesuaikan bagi hasil profesional dengan memberikan prestasi unggul; dan Lensa Super Zoom Lens yang menawarkan kualiti dan daya tahan keseluruhan. Kesemua lapan lensa akan diperkenalkan kepada pengguna Malaysia menjelang akhir tahun.

NX10 menerima Anugerah Produk Digital Inovatif 2010 daripada Persatuan Pemasaran Imejan Digital (DIMA). Anugerah tersebut disampaikan sempena pameran tahunan PMA (Persatuan Pemasaran Foto) di Anaheim, California untuk mengiktiraf produk yang menggunakan teknologi dan/atau aplikasi baru yang menjadikan produk nyata berbeza atau pertama sepertinya.

NX10 kini boleh didapati dan dijual pada harga runcit disyorkan RM2,799 (dengan lensa kit piawai 18-55IS) dan RM3,099 (dengan lensa lempeng).

WB660/610

Memaparkan lensa Schneider 24mm ultra lebar pertama di dunia dengan zoom optik 15x, kamera WB660/610 yang serba boleh ini merupakan sebuah kamera kompak 12 megapiksel kelajuan tinggi yang turut menyediakan keupayaan rakaman video 720P@30fps H.264 HD penuh. Dengan ciri Kawalan Manual Penuh, WB660/610 mengabadikan saat yang mungkin terlepas dalam mod auto. Tambahan lagi, WB660 dilengkapi penandaan-GEO GPS dengan tatapan peta visual untuk rujukan peta bagi tempat gambar diambil.

WB660 juga dilengkapi skrin AMOLED tiga inci, memberi pengguna nisbah kontras lebih tinggi, warna hitam lebih pekat serta warna terang dan cerah, walaupun apabila dilihat dari sudut atau di bawah panahan mentari.

WB660 kini dijual pada harga runcit disyorkan RM1,399 manakala WB610 dijual pada harga RM1,199.

ST5500 / ST5000

ST5500 dan ST5000, sepasang kamera digital 14.2 mega piksel, dimuatkan sepenuhnya dengan ciri mengagumkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan sebuah kamera semua dalam satu yang hebat. Keduanya adalah produk elektronik pengguna pertama untuk dikilang menggunakan teknologi pembentukan hidro, yang menghasilkan garis bentuk lebih sempurna, pautan kukuh dan permukaan bermutu lebih tinggi.

Kedua-dua kamera memaparkan teknologi pengesanan latar Smart Auto 2.0 Samsung yang secara automatik mengesan suasana latar pengambilan gambar semasa pengguna dan memilih penetapan yang paling sesuai. Ia juga menggunakan sistem antara muka skrin sentuh Smart Gesture Samsung, yang membolehkan pengguna memanfaatkan ciri kelebihan utama sama ada dengan pergerakan mudah atau isyarat tangan. Smart Gesture juga menyediakan pilihan autofokus berguna seperti penjejakan objek dan fokus automatik satu sentuhan. ST5500, pemenang Anugerah Inovasi CES 2010, juga menggabungkan pelbagai pilihan sambungan tanpa wayar, termasuk Bluetooth 2.0, Wi-Fi dan DLNA untuk menyenangkan pengguna berkongsi video dan gambar sambil bergerak.

ST5500 dan ST5000 masing-masing kini boleh didapati pada harga RM1,499 dan RM1,299.

PL151 / PL101

Kamera PL151 12.4 megapiksel dan PL1010 12.2 megapiksel menjanjikan pelbagai ciri kemas kini yang memudahkan pengguna merakamkan saat paling manis bersama keluarga dan rakan. Pengguna kini boleh menggunakan LCD depan 1.5-inci untuk membingkaikan video dan juga gambar foto digital. Dengan PL151, pengguna boleh menikmati rakaman video 720p HD pada 30 gambar sesaat (fps). Adaptor HDMI opsyenal juga disediakan bagi PL151, supaya pengguna boleh menikmati video HD dan imej pegun digital, menggunakan HDTV atau skrin HD.

Kedua-dua model mempunyai ciri Gambar Pasangan yang menangkap gambar secara automatik apabila orang yang berada dalam bingkai gambar mencondongkan kepala ke arah satu sama lain. Kamera ini turut dilengkapi ciri popular Gambar Senyuman Samsung, yang mengambil gambar secara automatik apabila senyuman dikesan. Kamera turut menyediakan Mod Kanak-Kanak yang memainkan lagu untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk menangkap gambar yang sempurna. PL151 ialah satu lagi pemenang Anugerah Produk Digital Inovatif 2010.

The PL151 and PL101 masing-masing kini boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM899 dan RM749.

Kamera Perakam Video Ultra Kompak HMX-U20

U20 ialah kamera perakam video boleh dimuatkan dalam kocek yang menawarkan ciri rakaman video HD lengkap dan daya sambungan mudah. Ia merakamkan video 7.8 megapiksel dan gambar 10 megapiksel, dan berbeza daripada model lain dalam kategorinya, mempunyai zoom optik 3x untuk rakaman yang kelihatan hampir dengan aksi sebenar. Perkongsian Kandungan adalah mudah dengan ciri kongsi satu sentuhan U20 ke YouTube. Jek USB terbina dalam dan output HDMI memberi pengguna pelbagai pilihan sambungan. Model tersebut kini boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM899.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama The Glittering Days Kini di NTV7 Mobile TV

Filem Shutter Island Digarap Penuh Muslihat