in

Drama Syurgamu Ramadan

Drama Ramadan, Slot Samarinda: “Syurgamu Ramadan” – (15 episod) Setiap Selasa-Khamis, jam 10.30mlm, mulai 10 Ogos

Datuk Paduka Halimaton dikenali sebagai seorang ibu yang tegas dan berpengaruh di kalangan kenalan ramainya. Hakikatnya, Datuk Halimaton tidak dapat mengawal anak perempuannya, Marlia yang telah berkahwin lari dengan jejaka pilihannya kerana tidak mendapat restu.

Sejak itu, Datuk Halimaton telah berdendam dan putus hubungan dengan Marlia dan memberikan segala perhatian kepada anak lelakinya, Yassin Berbeza dengan Marlia, Yassin menurut kehendak ibunya dan telah berkahwin dengan Puteri Aisya. 20 tahun telah berlalu, Marlia dan suaminya, Budi terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan tinggalkan lima anak yatim piatu berumur antara 19 hingga 5 tahun.

Walaupun Datuk Halimaton masih tidak dapat memaafkan Marlia, naum demi menjaga kebajikan cucu-cucunya, dia bersetuju dengan Yassin untuk membawa mereka pulang. Puteri Aisya pula tidak senang dengan kehadiran mereka kerana Yassin tidak akan menjadi waris tunggal kepada legasi Datuk Halimaton.

Pada mulanya, Datuk Halimaton tidak memberikan layanan baik kepada cucu-cucunya kerana masih dendam dengan Marlia. Namun, apabila bulan Syawal semakin hampir, Datuk Halimaton mula merindu Marlia dan akhirnya telah membuka hati untuk menyayangi cucu-cucunya.

Pelakon: Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Aripah Damanhuri, Shahar Yac’cob, Noryati Taib, Mohd Rafe, Zarina Zainordin bersama pelakon kanak-kanak yang berbakat iaitu Nurul

Eira Syazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil, Rozita Che Wan, Fouziah Gous Slot Senda Pagi

Adi Mentor Jadi Artis Rakaman Monkey Bone