Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Selembut Sutera Kilauan Mutiara Lakonan Emelda Rosmila



SLOT SUTERA : SELEMBUT SUTERA KILAUAN MUTIARA BERMULA 16 JULAI 2008 SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 11.05 PAGI DI RTM1

Kepada peminat pelakon dan pengacara cantik lagi berbakat Emelda Rosmila yang begitu merindui kemunculannya membintangi drama bersiri di kaca televisyen, usah lepaskan peluang menonton Selembut Sutera Kilauan Mutiara bermula 16 Julai 2008, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.05 pagi di RTM1 yang menggandingkannya dengan pelakon yang memiliki karisma tersendiri, Hasnul Rahmat.

Selain dua bintang drama terkenal ini, Selembut Sutera Kilauan Mutiara terbitan Sport & Events Networks ini turut menyaksikan lakonan berkesan Fadilah Mansur, Danny X-Factor, Sheila Alesya, Shajiri Damery, Kazaruddin Saisi dan Fadhil Dhani.

Sepanjang 26 episod siarannya, Selembut Sutera Kilauan Mutiara mengajak penonton berkongsi semangat dan cita-cita seorang wanita bernama Amira yang terpaksa menggalas tanggungjawab membantu ibunya, Zaharah menyara keluarga setelah Adam, ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga. Amira memiliki tiga orang adik yang lain iaitu Azlan, Azli dan Azila. 

Konflik bermula dalam keluarga mereka apabila bapa mereka, Adam dijejaki pihak polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan. Adam mengambil tindakan nekad menyembunyikan diri lalu meninggalkan keluarganya. Sejak itu hubungan mereka terputus.

Zaharah terpaksa mengambil alih tugas menyara keluarga dengan berniaga kuih dan nasi lemak. Mujur Amira yang baharu menamatkan pengajian diterima bekerja di sebuah hotel dalam bidang pemasaran.

Jodoh menemukan Amira dengan lelaki bernama Faizal yang kemudiannya mereka dikurniakan cahaya mata pertama. Malangnya, Faizal adalah seorang suami yang ego dan panas baran. Sementara itu, adiknya Azlan terlibat dalam kumpulan gangster, Azli pula menjadi pelakon dan Azila mecapai cita-citanya bergelar peguam.

Berkat usaha gigihnya, Amira yang sememangnya berminat menceburi bidang perniagaan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, Syarikat Amira Trading. Begitu pun dia sering mendapat halangan daripada suaminya dan juga pesaing-pesaingnya. Namun semua dugaan yang mendatang dijadikan sebagai motivasi dalam dirinya hingga hasilnya Amira berjaya mengambil alih kilang sabun dan syampoo, Syarikat Harum Maju.

Dalam pada itu, Azlan melarikan diri bagi mengelakkan ketuanya, Hambali menyerahkan tugas mengedar wang palsu kepadanya. Tanpa diduga, semasa persembunyiannya Azlan bertemu semula dengan Adam, ayahnya yang sekian lama menyembunyikan diri daripada diberkas pihak polis.

Lalu apakah keputusan yang diambil oleh Adam? Adakah dia bersetuju menyerahkan diri kepada pihak berkuasa dan kembali semula ke pangkuan keluarganya? Bagaimana pula penerimaan isteri dan anak-anak yang ditinggalkannya selama ini?

Jangan ketinggalan menyaksikan kesudahan Selembut Sutera Kilauan Mutiara bermula 16 Julai 2008, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.05 pagi di RTM1.

[tags]Emelda Rosmila, Drama Selembut Sutera, Kilauan Mutiara, hambali, zaharah, Sport & Events Networks, Fadilah Mansur, Danny X-Factor, Sheila Alesya, Shajiri Damery, Kazaruddin Saisi, Fadhil Dhani[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Drama Manjalara Musim Kedua Lakonan Emelda Rosmila Kembali
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Bertunang Akan Kahwin 23 Mei
  • Telemovie 7 Lagu Lakonan Farid Kamil Tiz Zaqiah Emelda
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Kilauan Emas Musim Kedua
  • Gambar Majlis Akad Nikah Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Gambar Seksi Faezah Elai Heroin Tomboy Drama Sutera Maya Pakai Tank Top
  • Quotes of The Day: Kekasihku Seru



  • Satu Komen untuk entri “Drama Selembut Sutera Kilauan Mutiara Lakonan Emelda Rosmila”

    1. mumtahanahizwah kata:

      tak de pun gambar emelda…harap da gambar semua adik beradik,,dan pelakon2 utama..thanks

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK