Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
Selepas memperkenalkan Susuk, Anak Pontianak dan Saka, slot Seram terbitan TV3 bakal menayangkan Kekasihku Seru melewati kaca televisyen anda setiap hari Khamis, 9.30 malam mulai 24 Julai 2008.
Drama bersiri 13 episod ini mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan.
Kekasihku Seru mengisahkan tentang Marisa (Emilda Rosmila) yang menemui perkara misteri di dalam hidupnya ketika mencari keluarga kandungnya. Misteri itu mempunyai kaitan dengan Waris (Hairi Othman) yang telah hidup selama 100 tahun dan untuk melanjutkan hayatnya itu dia memerlukan seorang kekasih untuk terus berada di dunia dan sanggup melakukan apa sahaja demi hasratnya itu.
Sementara itu, Rashad (Fizz Fairuz) telah kehilangan anak dan isterinya yang terkorban di dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, penglihatan Rashad mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya.
Technorati Tags: Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, synopsis batman, the dark knight, review, preview, wallpaper, sms, red cliff, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar, Mazlan, Susuk, Anak Pontianak, Saka, drama kekasihku seru
Tags: Drama, Anak Pontianak, drama kekasihku seru, Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Kuza, Mazlan, preview, red cliff, review, Rose Iskandar, Saka, sms, Susuk, synopsis batman, the dark knight, Umi Aida, wallpaperBaca artikel lain yang berkaitan:









July 18th, 2008 at 5:20 pm
Saya harap cerita ” Kekasihku seru ” dapat menandingi kehebatan cerita ” susuk “. Jangan tak best macam cerita ” saka “….menyampah nak tengok!!!
July 19th, 2008 at 1:33 pm
za arap drama ini akan terus masyuk dari drama sebelom ini
July 20th, 2008 at 6:29 am
Itu film apaan sih kok aku jadi penasaran? yang saya tahu cuma film horror Indonesia,kasih info tentang film itu?
July 22nd, 2008 at 5:12 pm
i tengok iklan pun dah seram…..nanti kalau ditayangkan i x kan lupa ajak mama and papa tengok……
July 22nd, 2008 at 9:26 pm
X sbar gk nk tgok .. preview mcm best je ..
August 18th, 2008 at 11:54 am
takde ke pengarah nok bwat crite “hantu kok pek lanjut’,, huhu baru le ganah sikit crita<<< sorry kalau bahasa 18 s…hee
August 29th, 2008 at 10:43 am
Drama Kekasihku seru nie memang ada kualiti berbanding cerita2 seram spt susuk, anak puntianak dan saka. So far memang ada kesan dari skrip dan lakonan para pelakon yg terlibat.. congrat kepada yg terlibat utk Drama Kekasihku Seru.
September 5th, 2008 at 3:14 pm
Drama ini memang favourite I! its so real and nice to watch! i tak missed ! day pun, setiap minggu mesti berhadapan kaca TV! the best drama ever i watch especially our country drama!
every one!!! don miss out!
September 5th, 2008 at 3:15 pm
Drama ini memang favourite I! its so real and nice to watch! i tak missed 1 day pun, setiap minggu mesti berhadapan kaca TV! the best drama ever i watch especially our country drama!
every one!!! don miss out!
September 6th, 2008 at 3:26 pm
Cite nie memang best….tak de yang lebih seram lagi kew….
October 22nd, 2008 at 11:14 am
malam ni dah terbongkar segala rahsia komen aku… marissa makin mengada2 nk si waris tu..geram tul dgn dia tu… rasyad muncul sikit aje…x puaslah tgok dia… watak mas lela masa muda memang gempak..kena betul watak dia masa muda dan tua..baru aku tahu mcm mane dia jadi tiga suku..hehe mas dahlia pandai berlakon..benci tgk dia gilakan harta… kesian pulak kat mas ayu kena rogol… mas suri maintain aje…
between budiey bole tak u carikan sapa watak masLela muda dan masDahlia ni..
October 23rd, 2008 at 3:56 pm
erm…sy bgga dgn cte kekasihku seru ni.sy bgga cz akhirnya malaysia mampu juge hasilkan cte yg pnuh spontan ni.hope rmai lg ank malaysia akn mampu hasilkn cte yg gempak n seram ni.
November 4th, 2008 at 9:15 am
x faham lah cerita ni.. napa dia seru balik orang yang dah mati..
November 13th, 2008 at 11:09 am
2 sicomel.
tgk la btl2 cite br phm npe dia seru balik org yg da mati..nie mesti tak tgk 1st episod ea..