in , ,

Drama Gurukah Aku Lakonan Faizal Yusof & Siti Fazurina

Drama Khas Hari Guru di TV2 : Gurukah Aku pada 16 Mei Ini

Kebiasaannya kita didedahkan dengan cabaran yang dihadapi golongan pendidik yang mengalami kesukaran mengajar di kawasan luar bandar. Kepayahan mereka berdepan dengan cabaran antaranya jarak yang jauh dari sekolah atau kekurangan alat bantuan mengajar seringkali diangkat dan dipaparkan kepada semua.

Begitu pun Radio Televisyen Malaysia (RTM) memandang daripada sisi lain yang tidak kurang pentingnya apabila sempena Hari Guru yang disambut 16 Mei ini, RTM menyiarkan plot drama Gurukah Aku yang mengangkat usaha golongan guru yang bertugas di pendalaman mengajar murid anak-anak Orang Asli.

mysarra

Disiarkan pada 16 Mei ini, jam 1.30 petang menerusi saluran TV2, Gurukah Aku yang menampilkan lakonan hebat pelakon Faizal Yusof, Siti Fazurina, Zuhairi Ibrahim, Ben Kenobie, Mysarra dan Zain Yahya ini mengisahkan pengorbanan guru yang sanggup mengharungi rintangan dan cabaran dalam membangunkan pendidikan di kalangan anak-anak Orang Asli.

Di samping itu, kisah ini berkisar watak Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina yang berusaha mengajak masyarakat Orang Asli menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Antaranya masalah dihadapi Nina pelajar rajin di sekolah tersebut menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahannya kerana ibu bapanya tidak mampu menanggung persekolahnnya. Nina dipaksa oleh ibu bapanya untuk berhenti sekolah dan membantu ibu bapanya mencari hasil hutan dan menoreh getah.

Hajat ibu bapa Nina ini diketahui oleh Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina. Kedua-dua guru ini pergi berjumpa dengan ibu bapa Nina dan mengambil Nina sebagai anak angkat dan menanggung semua perbelanjaan sekolah. Nina diambil tinggal dengan Cikgu Siti Zarina.

Namun hasrat murni mereka mendapat tentangan hebat daripada Cikgu Aman yang tidak suka dengan kehadiran mereka. Malah pada masa yang sama dia merasa iri hati dengan Cikgu Kamal kerana menjalinkan hubungan yang rapat dengan Cikgu Siti Zarina.

Satu hari beberapa peralatan komputer sekolah telah hilang dari makmal. Cikgu Aman tahu bahawa beberapa budak nakal dari kawasan Felda berdekatan mencurinya. Tetapi demi kepentingan peribadi, Cikgu Aman bersubahat dengan budak-budak nakal ini untuk mengenakan Cikgu Kamal. Cikgu Zaharah menasihati Cikgu Aman supaya tidak membuat perangai sebegitu.

Lalu bagaimanakah mereka menghadapi permasalahan pembelajaran di sekolah tersebut dan masalah percintaan antara mereka? Pastikan anda menyaksikan babak-babak menarik seterusnya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

May 25th Anniversary Celebration Concert

Pretty Little Liars di 8TV