in

Pretty Little Liars di 8TV

Pretty Little Liars
Eksklusif di 8TV
Tarikh siaran: 16 Mei 2011
Masa: 10.30 malam
Episod: 22 episod

prettylittleliars

Siri popular di Amerika kini bakal menemui anda! Ya, Pretty Little Liars akan disiarkan di kaca televisyen anda menerusi saluran hip 8TV! Pastikan anda berkongsi berita gembira ini dengan teman dan keluarga anda kerana anda semestinya tidak mahu ketinggalan menonton siri popular ini.

Diadaptasi dari novel Sara Shepard, Pretty Little Liars akan membongkar rahsia-rahsia gelap gadis-gadis cantik di Rosewood. Ikuti perjalanan hidup Spencer Hastings, Hanna Marin, Aria Montgomery dan Emily Fields yang tinggal di sebuah bandar eksklusif di Rosewood, Pennsylvenia. Perhubungan mereka mula renggang apabila Alison DiLaurentis hilang di sebuah majlis keramaian.

119808_D_0419

Lucy Hale membawakan watak Aria Montgomery yang berpindah kembali ke Rosewood setelah menetap di Eropah. Watak Hanna Marin pula dilakonkan oleh Ashley Benson sementara while Troian Bellisario membawakan watak Spencer Hastings. Tidak ketinggalan Shay Mitchell yang membawakan watak Emily Fields.

Kisah bermula apabila kesemua mereka menerima mesej ugutan untuk membongkar rahsia gelap mereka yang hanya diketahui oleh Alison. Mesej yang dikirimkan oleh pengirim misteri yang hanya ingin dikenali sebagai “A” benar-benar mengganggu fikiran gadis-gadis ini. Keadaan bertambah teruk apabila polis menjumpai mayat Alison. Siapakah pengirim misteri yang sering menghantui gadis-gadis ini? Adakah Alison benar-benar sudah mati?

“Pretty Little Liars berjaya menarik perhatian remaja-remaja kerana sarat dengan elemen drama dan cinta. Anda pasti akan melekat terus di kaca tv anda kerana kecanduan untuk merungkai misteri dan tidak sabar untuk menyaksikan kesudahan drama ini,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.
Apakah rahsia besar yang disimpan oleh gadis-gadis cantik ini? Kenapa mereka tidak mahu orang lain mengetahui rahsia besar mereka? Pretty Little Liars akan membawa anda menyelami hati gadis-gadis ini sekaligus membongkar segala misteri yang menghantui mereka.

Anda pasti tidak sabar untuk mengikuti siri ini bukan? Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Bersama-sama merungkai misteri gadis-gadis cantik ini dalam Pretty Little Liars yang akan disiarkan setiap Isnin, jam 10.30 malam bermula 16 Mei 2011 eksklusif di saluran hip 8TV.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro atau layari laman sesawang www.tonton.com.my.

118879_0789rac

PLL-pretty-little-liars-tv-show-16783616-500-467

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Gurukah Aku Lakonan Faizal Yusof & Siti Fazurina

Kempen Kurang Gula Kurang Belanja