in ,

Drama Cinta Tidak Berdosa dan Mahligai Yang Terpasung di TV2

ISTIMEWA SLOT SINEMA JUMAAT 12 JUN 2009 : CINTA TAK BERDOSA (12.30 TENGAH HARI) DAN MAHLIGAI YANG TERPASUNG (1.30 PETANG) DI TV2

Slot tontonan ramai Sinema Jumaat menerusi saluran Dunia Ria, TV2 bukan sahaja menghidangkan filem daripada Malaysia sebaliknya turut diselang-selikan dengan menghidangkan filem-filem popular Indonesia. Namun istimewanya pada 12 Jun 2009 (Jumaat) ini mengetengahkan dua filem Indonesia sekaligus secara berturut-turut untuk penonton seisi keluarga dengan tema kekeluargaan dan percintaan yang mengasyikkan yang pastinya mampu memberikan kepuasan dengan plot cerita yang menarik.

Bermula dengan menyiarkan Cinta Tidak Berdosa, jam 12.30 tengahari sebelum diteruskan dengan Mahligai Yang Terpasung yang disiarkan pada jam 1.30 petang di TV2.

Luna Maya

Nuri Maulida

Cinta Tidak Berdosa membawa erti percintaan dalam sesebuah hubungan. Walaupun cinta itu buta dan tidak mengerti erti rupa dan status. Akan tetapi kekuatan untuk mengenali dan mengasihi antara satu sama lain mewujudkan hubungan yang ikhlas dan abadi.

Drama menggandingkan aktor dan heroin terkenal Indonesia yang berbakat, Fachri Albar dan Nuri Maulida ini mengisahkan watak Jihan seorang wanita yang suka berhibur pada waktu malam dan bekerja sebagai pelayan di kelab malam.  Jihan sering kali melayani lelaki-lelaki yang berhidung belang sehinggakan Jihan tidak lagi percayakan kaum yang bernama lelaki dalam hidupnya.

Namun, kehidupan Jihan berubah sejak bertemu dengan Fathan seorang jejaka kaya dari keluarga yang warak. Jihan sangat bahagia dan hidupnya amat terisi dari rasa sunyi. Jihan dan Fathan saling jatuh cinta pada pandangan pertama.

Hubungan mereka diakhiri dengan perkahwinan, namun Jihan tetap menyembunyikan rahsia tentang asal usul dan pekerjaan diri nya dahulu daripada pengetahuan keluarga Fathan. Akhirnya, hubungan mereka di dugai oleh perbuatan jahat  keluarga mertua dan adik ipar nya yang cuba membuat fitnah terhadap dirinya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan percintaan antara Jihan dan Fathan ? Mampukah Jihan menepis segala tuduhan dan fitnah atas dirinya ? Ikutilah kisah percintaan serta suka duka dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam persahabatan yang akhirnya dipandang serong oleh masyarakat.

Kemudiannya diteruskan dengan Mahligai Yang Terpasung yang mengetengahkan watak Salma, perempuan cantik yang baik hati dan setia dengan suaminya bernama Wahid yang tidak pernah menghormati dan melayani isterinya dengan baik kerana sikap tidak mempercayai dan perasaan cemburu yang amat keterlaluan terhadap isterinya Salma.

Dibintangi penyanyi dan model jelita Luna Maya memegang watak utama sebagai Salma ini bermula ketika Salma tidak tidak pernah merasai kebahagiaan hidup dan mendapat layanan baik dari suaminya. Meskipun rumahtangga mereka telah terbina selama 2 tahun. Hidup Salma umpama didalam neraka kerana terpaksa bersama suaminya yang sedikitpun tidak pernah bersikap lembut malah menderanya. Wahid yang dilakonkan oleh Gary Ishak yang panas baran dan suka mengasari Salma setiap hari membuatkan Salma tidak tahan dengan sikap suaminya.

Sehingga pada hari ulangtahun perkahwinan mereka, Salma sudah tidak tahan lagi dengan perangai suaminya. Mereka meraikan ulang tahun perkahwinannya di sebuah tasik untuk memancing. Mereka membawa bersama seorang rakan Salma yang dicurigai selama ini bernama Fajar pergi memancing dan berhibur.  Sedang Fajar gembira kerana berjaya  menjaring banyak ikan, tiba-tiba dia telah menolak Salma ke dalam tasik. Salma yang tidak tahu berenang cuba menyelamtkan diri ke tebing tasik. Wahid panik dan cuba menyelamtkan isterinya. Namun, ada sesuatu yang tersurat dan telah dirancang oleh Salma dan Fajar.  Salma pura-pura mati lemas di dalam tasik yang dalam sewaktu dia cuba berenang untuk menyelamatkan diri.  Tetapi sebenarnya Salma telah melarikan diri ke tempat yang lain kerana merasakan dirinya perlu diselamatkan supaya jauh dari penderitaan dan seksaan oleh suaminya.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan kesudahan Cinta Tidak Berdosa, jam 12.30 tengahari dan Mahligai Yang Terpasung yang disiarkan pada jam 1.30 petang di TV2 istimewanya 12 Jun 2009 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

John Q dan What A Girl Wants di TV2

Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20%