in ,

John Q dan What A Girl Wants di TV2

DALAMI NALURI SEORANG AYAH MENERUSI 2 FILEM HEBAT : JOHN Q (20 JUN 2009) DAN WHAT A GIRL WANTS (21 JUN 2009) DI TV2

Panggilan ayah, abah, papa dan pelbagai lagi sudah cukup untuk membayangkan riah wajah seorang lelaki yang menyandang tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan ikon kepada anak-anaknya. Malah ada juga yang menyatakan kebahagiaan sesebuah keluarga itu bergantung kepada kejayaan individu ini menguruskan dan membimbing keluarganya. Apatahlagi dengan pepatah menyatakan, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah semasa berada.

Sebagai berkongsi penghargaan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan dua filem menarik yang berkongsi kisah si ayah dan anak dalam mengharungi dugaan kehidupan seharian yang begitu mencabar menerusi John Q pada 20 Jun 2009 (Saturday Night Special @ 2), jam 10.30 malam dan What A Girl Wants pada 21 Jun 2009 (Sunday Day Time Special), jam 3.00 Petang di TV2.

John Q filem arahan Nick Cassavetes popular tahun 2002 ini dibintangi Denzel Washington yang memegang watak sebagai John Quincy Archibald. Dia sebagai seorang suami dan sekaligus ayah kepada seorang anak lelaki pengidap kanser hati yang semakin membengkak. Hingga satu tahap keadaannya sudah nazak.

Begitu pun pihak hospital tidak mahu melakukan pembedahan kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga Denzel Washington. Mereka tidak mampu membayar kos pembedahan apatahlagi keadaan anak yang semakin teruk tidak meyakinkan pihak hospital meneruskan pembedahan kerana beranggapan sudah tiada harapan untuknya meneruskan hidup.

Atas rasa tanggungjawab naluri kebapaan untuk memastikan anaknya selamat dan terus hidup, dia nekad untuk menculik doktor dan jururawat di hospital itu untuk dijadikan tebusan. Dia hanya bersetuju untuk melepaskan mereka asalkan anaknya dibedah dan selamat.

Selain  Denzel Washington, filem menarik yang menjalani pengambaran di Hampton, Ontario Toronto, Ontario Canada dan Canmore, Alberta ini turut dibintangi Kimberly Elise, Anne Heche, James Woods, Ray Liotta, Eddie Griffin dan Robert Duvall.

Esoknya, penonton diajak berhibur dengan filem menarik, What A Girl Wants yang menggabungkan plot cerita Cinderella dan The Princess Diaries ini bermula dengan watak gadis bernama Daphne Reynolds yang wataknya dibawakan pendatang baru dunia lakonan, Amanda Bynes. Membesar sebagai gadis berusia 17 tahun, dia sering membayangkan dapat bertemu dengan ‘Bapa Biologi’, Henry Dashwood yang dibawakan wataknya oleh aktor Colin Firth.

Tinggal bersama ibunya di England dia turut berhubungan dengan teman baiknya Henry. Daphne bakal menerima kehadiran bapa tiri dan anak perempuannya, Christina Cole. Ketika itu sememangnya Daphne sukar untuk menerima mereka sebagai ahli keluarga dan tindakannya jelas menunjukkan bantahannya.

Menggabungkan elemen slapstik dan situasi yang masih mengekalkan adat resam, watak Daphne berkembang untuk mengenali lebih mendalam sikap ayahnya selain hubungannya dengan saudara tirinya. Namun pada masa yang sama, dia cuba untuk menjadi dirinya yang sebenar.

Kepada anda yang memutuskan untuk meluangkan masa menonton TV di rumah hujung minggu ini, usah ketinggalan menyaksikan John Q pada 20 Jun 2009 (Saturday Night Special @ 2), jam 10.30 malam dan What A Girl Wants pada 21 Jun 2009 (Sunday Day Time Special), jam 3.00 Petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Kecuali Cintamu

Drama Cinta Tidak Berdosa dan Mahligai Yang Terpasung di TV2