in

Diana Daniel, Lisa Surihani, Dafi di Gerai Juz Jumbo Suria FM

Ramadhan diceriakan dengan kehadiran “Gerai Juz Jumbo Suria FM”

Suria FM mngambil kesempatan mendekatkan stesen ini kepada pendengar dengan mengambil inisiatif membuka gerai jualan di tapak bazaar Jln. Raja Alang Kg.Baru. “Gerai Juz Jumbo Suria FM” terletak berhadapan kedai 24jam 7-Eleven bersebelahan Masjid Kg Baru.

Empat jenis air perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga berjenama Nutri Fres dijual pada harga RM2.50 setiap satu, menariknya dengan pembelian 4 air jus jambo bernilai RM 10, orang ramai akan dihadiahkan pelbagai barangan istimewa seperti sticker kereta Suria fm dan T-Shirt Eksklusif terbaru “50 minit Muzik Terbaik Tanpa Henti” 

Gerai dibuka dari jam 4.00 pm – 7.30pm setiap hari itu turut dimeriahkan oleh selebriti popular. Antara yang telah memeriahkan gerai ini adalah Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Ifa Raziah, Roslan Shah, Fazli Zainal, Kump Sofaz dan nantikan kehadiran Diana Daniel pada petang ini (Selasa, 8 sept), Lisa Surihani pada 9 Sept (rabu) manakala Dafi pada 11 sept ( Jumaat). Manakala Erra Fazira dan Umie Aida akan memeriahkan gerai Juz Jambo Suria Fm pada Ahad ini.

Jom kita pakat gi singgah Gerai Juz Jumbo Suria FM hari ni?

JOM BALIK KAMPUNG BERSAMA MUNCHY’S DI SURIA FM
Sementara itu, Suria FM turut menganjurkan kempen ‘JOM BALIK KAMPUNG BERSAMA MUNCHY’S DI SURIA FM’ yang mana orang ramai berpeluang memenangi 2 tiket. 3destinasi disediakan iaitu ke Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bharu. Selain tiket, setiap pemenang turut dihadiahkan wang tunai RM 50 setiap seorang serta cenderahati sumbangan Munchy’s dan Suria FM. Untuk menyertainya, hanya perlu daftarkan diri di www.suriafm.com.my

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan adiknya, Datuk Mohamad Nazim Razak ketika melawat ‘Gerai Juz Jumbo Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Rakaman Melodi Raya 2009

Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza