in ,

Two Days One Night Realiti Hiburan Korea

Pelbagai program menarik telah diaturkan khas buat penonton setia TV9 sebagai penutup tirai bagi tahun 2013. Terbaru, stesen televisyen Nombor 1 bagi golongan remaja ini akan menyiarkan sebuah program realiti paling hit di Korea iaitu Two Days One Night.

Program yang pastinya menghiburkan ini dibarisi oleh pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal Korea dan juga dunia antaranya seperti Kang Ho-dong, Eun Ji-won, Lee Seung-gi, Uhm Tae-woong, Kim Jong-min, Lee Soo-geun dan Cha Tae-Hyun akan mula disiarkan di saluran 119 pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 12.30 tengahari bermula 7 Disember 2013 selama dua jam.

2D1N (4)

Pelbagai permainan menarik disediakan termasuklah kuiz menguji minda yang melibatkan soalan-soalan pengetahuan am. Gabungan selebriti Korea dari pelbagai genre hiburan ini amat melucukan terutamanya apabila ada antara mereka yang kalah dalam menamatkan tugasan yang diberikan.

Di dalam rancangan hiburan keluarga ini ketujuh-tujuh mereka perlu bersaing antara satu sama lain kerana hadiah yang bakal mereka terima amat berharga bagi mereka. Ini adalah kerana permainan atau tugasan yang diberikan melibatkan cabaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan juga penginapan yang selesa sepanjang dua hari satu malam mereka berkampung untuk penggambaran. Jika mereka gagal dalam cabaran berkenaan, mereka tidak akan diberikan makanan dan perlu tidur di luar rumah sepanjang malam.

Two Days One Night pastinya menghiburkan apatah lagi disiarkan pada musim cuti sekolah. Apatah lagi penonton dapat menyaksikan karenah dan telatah lucu selebriti terkenal Korea menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Teruskan berhibur bersama kami menerusi Two Days One Night pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pada 7 Disember jam 12.30 tengahari hanya di TV9 atau saluran 119.

2D1N (1)

2D1N (3)

2D1N

2D1N (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Meeting Mandela A Staying Alive Special