in ,

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Semenjak peristiwa Ammara menyelamatkan Batrisya tempoh hari, mereka menjadi semakin rapat. Ammara mula berpakaian dan berkelakuan persis Batrisya. Paling penting, Ammara sentiasa memerhatikan aktiviti dan mendengar apa yang Batrisya perkatakan di telefon melalui CCTV yang dipasang tanpa pengetahuan Batrisyia.

Malahan, kelihatan poster-poster dan juga keratan akhbar mengenai Batrisya penuh di dinding bilik rahsia Ammara. Apabila melihatkan penampilan Ammara Damia yang sama sepertinya Batrisya menganggap Ammara sebagai peminat setianya. Batrisya juga simpati mendengar kisah hidup Ammara yang kekurangan kasih sayang kedua ibu-bapanya apabila mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa pada usianya 6 tahun.

Batrisya telah membawa Ammara berjumpa dengan ibunya dan dia juga turut memperkenalkan Ammara kepada Rayyan. Entah kenapa Rayyan tidak begitu sukakan Ammara apatah lagi bila melihat penampilan Ammara Damia hampir sama dengan Batrisya.

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Sinopsis Ammara Batrisya Episod 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HyppTV Umum Pemenang Peraduan Hypptv The Best Ever Football Flyaway

Two Days One Night Realiti Hiburan Korea