in

Dato’ Siti Nurhaliza Pertaruh SEGALA PERASAAN Ciptaan Ivan Lahardika

‘SEGALA PERASAAN’ SINGLE TERBARU DATO’ SITI NURHALIZA 
Dato’ Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu ciptaan Ivan Lahardika sebagai single terbaru beliau yang berjudul Segala Perasaan.

Lagu ini mengangkat makna cinta yang sangat luas dan melodinya mudah diterima oleh penggemar muzik. Ivan sendiri menceritakan bahawa lirik lagu ini bersatu dengan melodinya dan segala keindahan perasaan disampaikan menerusinya.

Lagu Segala Perasaan diterbitkan oleh Mujahid Abd Wahab manakala Aubrey Suwito pula menjadi penerbit untuk rakaman vokal Dato’ Siti Nurhaliza.

Menurut Dato’ Siti, Segala Perasaan adalah sebuah lagu yang menguji vokal beliau kerana terdapat nada rendah dan tinggi serta beliau perlu menjiwai lirik dalam nyanyian.

Beliau berharap agar single ini akan dapat diterima oleh para peminat dan penggemar muzik sementara menantikan kemunculan album penuh berjudul ‘SimetriSiti’ yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Nota: Lagu-lagu di dalam album SimetriSiti mempunyai keistimewaan masing-masing kerana album ini mempunyai keseimbangan dari segi citarasa penggemar muzik secara menyeluruh. Segala Perasaan dipilih sebagai lagu pertama yang dilancarkan dan juga boleh mula dimuat turun secara pembelian digital bermula 28 April 2017. Kesemua lagu dalam SimetriSiti mewakili ”killer album” dan bukan sekadar tertumpu kepada satu-satu ”killer song” sahaja.
*”Segala Perasaan”*

Lagu/Lirik: Ivan Lahardika
_Verse 1_

Ketika cinta

Telah bersarang

Taklukkan dua manusia

untuk hanyut dalam rasa
_Verse 2_

Dan rindu datang

Setiap saat

Seolah tak mengizinkan

Sedetik pun untuk berpisah
_Chorus 1_

Dan kini aku di sini

Merasakan segala keindahan dirimu

Menutup mata atas semua kelemahanmu

Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata
_Chorus 2_

Hilanglah kenangan luka

Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta

Dan memberi harapan untuk kita berdua

Saling menjaga dan setia untuk selama-lamanya
_Bridge_

Tak sanggup aku untuk melawan 

Segala perasaan

Memang aku jatuh cinta

Dan ini hanyalah untuk dirimu

Persembahan untukmu

Dirimu kekasihku
_Chorus End_

Dan kini aku di sini

Merasakan segala perasaan cintaku

Di dalam pengabdian seumur hidupku

Saling menjaga dan setia

Untuk selama-lamanya 

Saling menjaga dan setia

Untuk selama-lamanya
#simetrisiti

#albumdct2017

#segalaperasaan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Tentang MARVEL’S GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.2 Yang Anda Patut Tahu

Celcom Peneraju Rangkaian Lightning Fast LTE Di Malaysia