in

Celcom Peneraju Rangkaian Lightning Fast LTE Di Malaysia

Celcom Axiata Berhad hari ini melancarkan rangkaian Lightning Fast LTE, yang menggunakan teknologi terkini 4-transmit-4-receiver (4T4R) yang menyokong peranti terkini dengan ciri 4×4 multiple-input dan multiple-output (MIMO) di negara ini.

Dengan pelancaran ini meletakkan Celcom sebagai syarikat telekomunikasi PERTAMA yang menawarkan rangkaian berkelajuan sangat tinggi, dan akses berkualiti bagi perkhidmatan multimedia dan pengalaman digital yang terbaik dirasai oleh pelanggan.

PIC 3

Peningkatan yang signifikan Lightning Fast LTE berbanding perkhidmatan komunikasi mudah alih 4G adalah keupayaannya menyokong kelajuan data yang lebih tinggi daripada keupayaan maksimum semasa sehingga 300Mbps dan melepasi 400Mbps (bergantung kepada keupayaan peranti), bermula Ogos depan.

Teknologi ini dapat menyokong penstriman video, penghantaran teks segera, suara digital, imej digital, muzik atau muat turun filem dan permainan masa sebenar (real time). Pelaksanaan Lightning Fast LTE telah dimulakan di Lembah Klang dan ia akan dilanjutkan secara berperingkat-peringkat ke bandar-bandar utama yang lain.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan, Celcom Axiata Berhad berkata pelancaran ini memperkukuhkan peranan utama Celcom dalam penyediaan teknologi terkini dan terbaik di peringkat global untuk pengguna di Malaysia.

PIC 2

“Kami berbangga kerana dapat meningkatkan taraf industri komunikasi mudah alih ke peringkat yang lebih tinggi dengan menawarkan platform Lightning Fast LTE kepada pelanggan dan ini selari dengan visi kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

“Kelajuan transmisi Lightning Fast LTE adalah sehingga dan melepasi 400Mbps, dan ia membolehkan pengalaman pelayaran yang lancar bagi muat turun multimedia HD, 2K dan 4K dengan pantas, tanpa menjejaskan kualiti,” kata beliau, serta menambah bahawa ia merupakan satu lagi pencapaian bagi Celcom dalam halatuju ke arah teknologi 5G.

Selain memberi kelajuan data mudah alih yang lebih pantas, rangkaian Lightning Fast LTE Celcom juga mengurangkan tempoh penimbalan di mana ia membolehkan muat turun atau muat naik data dilakukan dalam masa lebih singkat.

Pautan berkelajuan tinggi menerusi LTE Advanced bakal mengubah cara pengguna mudah alih berinteraksi di laman internet. Pelanggan boleh mengakses aplikasi pengkomputeran awan (cloud-based) penstriman video di mana sahaja.

Azwan berkata beberapa bulan lepas merupakan tempoh persiapan kritikal bagi memastikan penyediaan infrastruktur Celcom sebelum menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan dan dalam pasaran secara umumnya.

Beliau menekankan peningkatan liputan rangkaian, kualiti dan kebolehpercayaan dengan fokus berterusan kepada LTE Advanced, akan terus menjadi aspek utama dalam pelaburan Celcom sejajar dengan evolusi rangkaiannya ke arah LTE Advanced Pro dan 5G.

“Akhir kata, pelancaran ini merupakan satu lagi langkah Celcom dalam membawa rangkaian 5G kepada pelanggan kami dalam masa terdekat. Kami akan terus membawa penambahbaikan ketara kepada rangkaian tanpa wayar. Seterusnya kami juga telah mensasarkan LTE Advanced Pro dalam memenuhi matlamat kami.

“Setakat ini, perkhidmatan Celcom 4G meliputi 268 bandar-bandar utama dan bandar- bandar lain di seluruh negara,” kata beliau, sambil menambah bahawa Celcom akan meluaskan liputan populasi sehingga 85% untuk 4G, 40% untuk 4G LTE Advanced dan 10% daripada Lightning Fast LTE menjelang akhir tahun 2017, di seluruh negara.

PIC 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Pertaruh SEGALA PERASAAN Ciptaan Ivan Lahardika

Meriah Betul! RTM Rai Pekerja Di TV1 & TV2 Buat Penonton Setia