in

Dashboard Confessional Batal Untuk Join Rockaway 2011

PENGUMUMAN PEMBATALAN ARTIS ANTARABANGSA DASHBOARD CONFESSIONAL DI ROCKAWAY 2011

Livescape & One Buck Short telah mengumumkan menerusi satu kenyataan akhbar bahawa kumpulan antarabangsa DASHBOARD CONFESSIONAL telah membatalkan persembahan mereka di festival ROCKAWAY 2011 pada 8 Oktober 2011 di Bukit Jalil Kuala Lumpur. Ini disebab kerana pembatalan festival SOUNDWAVE REVOLUTION 2011 di Austraila pada bulan September & Oktober 2011.

Maka dengan itu, kumpulan DASHBOARD CONFESSIONAL telah membuat keputusan untuk membatalkan kesemua tarikh-tarikh persembahan mereka di rantau Asia termasuk juga Kuala Lumpur.

Pengurusan Dashboard Confessional berkata: Disebabkan kerana pembatalan Soundwave Revolution 2011,kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan ke semua tarikh-tarikh konsert kami. Kami memohan maaf diatas pembatalan ini tetapi diharap kami dapat kembali semula pada awal 2012.

“Ia amat mendukacitakan kerana Dashboard Confessional tidak dapat bersama Rockaway 2011 tetapi kami di Livescape akan menganjurkan konsert solo Dashboard Confessional di Malaysia pada awal 2012 nanti “ kata Iqbal Amir dari Livescape.

Walaupun Dashboard Confessional telah membatalkan persembahan mereka,Rockaway 2011 akan tetap diteruskan dengan barisan- barisan artis yang mantap lagi menggegarkan termasuk kumpulan ternama dari Kanada SUM 41. Anda tidak perlu risau kerana Livescape & One Buck Short sedang berusaha keras untuk mendapatkan pengganti Dashboard Confessional. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, sebuah lagi kumpulan ternama antarabangsa akan diumumkan di sidang media pada 8 September 2011.

“Scene rock dinegara kita telah memberi sokongan yang luar biasa terhadap Rockaway 2011 dan disamping itu tiket-tiket ‘early bird’ telah pun habis dijual!” kata Rahul Kukreja dari One Buck Short. Tiket–tiket Pra-jualan kini berharga RM 88 dan masih boleh didapati di redtix.airasia.com

Sekali lagi Livescape & One Buck Short and Friends ingin memohon maaf di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan & di luar kawalan kami.

Teaser Rockaway Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Maxis Cloud Paling Canggih di Malaysia

AirAsia Revs Up For Cars 2