in ,

Filem Anu Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan

Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Mac lalu di 41 buah pawagam seluruh negara.

‘…Dalam Botol’ Kutip RM1 Juta Selepas Lima Hari Tayangan

Tahniah buat Raja Azmi di atas kejayaan kutipan filem …Dalam Botol yang telah meraih kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa 5 hari tayangan.

KUALA LUMPUR: Biarpun menerima kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak sebelum ini Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya membuktikan filem terbaharunya …Dalam Botol yang menceritakan kehidupan pasangan gay mencatatkan kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan.

Raja Azmi yang juga penerbit filem itu berkata, kutipan tersebut merupakan satu jumlah di luar jangkaan memandangkan filem-filem yang diterbitkannya sebelum ini tidak pernah meraih kutipan sebanyak itu dalam tempoh lima hari. Kos produksi untuk menerbitkan …Dalam Botol adalah RM888,000 tidak termasuk promosi.

Raja Azmi berkata dia amat bersyukur dengan kutipan yang dicapai setakat ini dan berharap filem berkenaan dapat memberi satu mesej kepada masyarakat agar mengambil iktibar mengenai budaya gay.

“Bagi saya filem …Dalam Botol ini, merupakan satu usaha dakwah saya untuk mengingatkan masyarakat agar jangan terpengaruh dengan budaya gay yang dianggap tabu di negara ini.

Anu Dalam Botol.

“Daripada sudut lain, keupayaan …Dalam Botol yang mampu meraih kutipan sebanyak RM1 juta adalah petanda bahawa ia ditonton oleh orang ramai. Itu sebabnya saya sangat percaya bahawa lebih ramai akan menonton …Dalam Botol selepas ini,” katanya dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, Rabu.

Filem …Dalam Botol arahan Khir Rahman merupakan sebuah filem yang bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis lelaki dan disifatkan sebagai satu percubaan berani Raja Azmi dalam membuka dimensi baharu filem Melayu dengan memaparkan isu realiti menerusi layar perak.

Dalam pada itu, Raja Azmi menegaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menghantar filem tersebut ke festival gay sekalipun dijemput kerana pada hakikatnya ia bukanlah sebuah filem gay.

Dia juga menambah, sekiranya filem berkenaan tidak mengaut keuntungan yang disasarkan, dia nekad akan berhenti daripada membikin filem pada masa akan datang. Bagaimanapun dengan kutipan tersebut, Raja Azmi akan membatalkan hasrat itu dan seterusnya bercadang menghasilkan filem Anak Ikan iaitu sebuah karya mengisahkan kehidupan lelaki “jambu” yang menjadi rebutan ramai.

Selain …Dalam Botol, produser tersebut pernah menghasilkan filem Black Widow Wajah Ayu, Cinta 200 Ela dan Haru Biru. Raja Azmi adalah isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Rossa di Pelancaran Album Tema Cinta Rossa

Sekitar Malam Amal Premiere Filem Dilarang Masuk di GSV Pavilion Kuala Lumpur