in

Ika Kesal Tidak Mengambil Risiko

“Ketika Alif mengumumkan bahawa peserta wakil negeri Sabah dan Terengganu akan ke Pusingan Penyingkiran, perasaan takut memang muncul secara tiba-tiba. Siapa yang ingin berada di tangga tercorot? Kemungkinan untuk tersingkir itu memang besar,” itulah yang dinyatakan oleh Syafiqah Binti Ishak, atau lebih dikenali sebagai Ika, ketika berkongsi perasaannya saat diumumkan berada di tangga tercorot.

9 peserta Clever Girl Malaysia yang tinggal

Perjalanan Peserta Wakil Sabah Tamat di Minggu Kelima

Gadis ceria dari negeri di bawah bayu ini pernah merangkul gelaran Juara Mingguan pada minggu ketiga, dan dia sebenarnya tidak pernah sangka dirinya akan berentap di Pusingan Penyingkiran. Bagi Ika, tersingkir pada minggu kelima adalah terlalu awal kerana dia memang berharap untuk meneruskan perjalanannya hingga ke peringkat akhir.

“Ika kesal tidak berani mengambil risiko kerana kebanyakan soalan yang ditujukan di pusingan pertama dan kedua, Ika tahu jawapannya. Namun, terdapat peserta lain yang jauh lebih tangkas dan berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan tepat. Sekiranya Ika boleh putar kembali masa ke hari Jumaat lepas, Ika memang tidak akan melepaskan peluang untuk mengumpul markah yang tinggi,” kata Ika lagi.

Malam itu, turut menyertai Ika di Pusingan Penyingkiran ialah Emyllia dari Terengganu. Perasaan takut Ika lebih menjadi-jadi apabila soalan yang diberi kepadanya bukanlah topik yang dia mahir. Walaupun Ika telah meminta bantuan dari rakyat Malaysia melalui talian “Tanya Malaysia”, dia masih tidak dapat mendahului lawannya itu lantas diumumkan tersingkir daripada Clever Girl Malaysia.

Selain itu, Kiera (Pulau Pinang) yang merupakan Juara Mingguan pada minggu pertama, berjaya merampas kembali takhtanya buat kali kedua setelah menewaskan lawannya, Sara (Perak). Kedua-dua peserta ini telah menunjukkan prestasi yang konsisten, tetapi kalah menang adat pertandingan, dan hadiah wang tunai RM1,000 serta imuniti minggu kelima menjadi milik Kiera.

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Sara dan Kiera di Pusingan Juara Mingguan

Untuk Pusingan Juara Mingguan, dua peserta yang berjaya mengumpul markah paling tinggi akan berentap untuk merebut hadiah mingguan serta diberi Imuniti. Manakala dua peserta dengan markah terendah pula harus bersaing dalam Pusingan Penyingkiran, di mana ujian IQ yang menguji ketangkasan dan kemahiran mereka bakal menentukan siapakah yang terselamat atau tersingkir pada minggu itu.

Nama Negeri
Sara Amelia Binti Muhammad Bernard (Sara, 24 tahun, Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik) Perak
Hani Nazrina Binti Hanizar (Hani, 21 tahun, Usahawan & Graduan Sains Aktuari) Perlis
Noor Syakirah Binti Mohd Azam (Kiera, 27 tahun, Usahawan & Graduan Sains Kejuruteraan) P.Pinang
Nur Iylia Binti Badaruddin (Iylia, 27 tahun, Mahasiswi Perakaunan) Kedah
Fadila Zukaira Binti Mohd Nor (Fadila, 24 tahun, Mahasiswi Pendidikan) N.Sembilan
Mas Syahmi Izzah Binti Izhar (Mas, 24 tahun, Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal) W.Persekutuan
Nurul Shazalina Zainudin (Shaza, 30 tahun, Mahasiswi Perubatan)   Kelantan
Nur Emyllia Binti Halmi (Emyllia, 28 tahun, Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia)                                                                                                                       Terengganu
Shazana Binti Kamarnzaman (Shazana, 24 tahun, Mahasiswi Perubatan) Selangor

Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, keluaran Serai Mas, Jangan Berhenti Memuji selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Krew penerbitan diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.

Marilah ramai-ramai berikan sokongan kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam – 10.00 malam, hanya di TV3! Orang ramai turut dijemput hadir ke lokasi bagi memeriahkan suasana. Masuk adalah percuma. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Khamis, pukul 2.00 petang.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut boleh dimenangi oleh para penonton di rumah yang ingin merasai pengalaman menjawab kuiz seperti 14 peserta program ini. Anda boleh menyertai kuiz mingguan ini dengan melayari laman web www.tv3.com.my/clevergirl.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Meriahkan lagi dunia maya Clever Girl Malaysia dengan hashtag #clevergirlmy di laman media sosial anda. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Para peserta mengucapkan selamat tinggal kepada Ika

Kiera ialah juara mingguan minggu kelima

Ika tersingkir

Emyllia dan Ika di Pusingan Penyingkiran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Promosi Filem By MY Side di Pawagam TGV

K-POP World Festival Launches New Twitter Popular Choice Award 2017