• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Cinta Shahrizal Jaszle & Christina Suzanne Dalam Drama Jiwang Karat

0
  • by Budiey
  • in Cristina Suzanne · Drama · Shahz Jaszle · TV1
  • — 25 Jan, 2013

Cinta Shahrizal Jaszle Dan Christina Suzanne Dalam 13 Episod Jiwang Karat di TV1

13 episod “Jiwang Karat” yang menggandingkan pelakon Shahrizal Jaszle dan pelakon baru Christina Suzanne sebagai pasangan kekasih di samping menjadi tarikan terbaharu slot Cindai yang mula meniti d bibir peminat drama bersiri di TV1.

Nyata percaturan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama berlatarkan cinta remaja di samping turut menyelitkan unsur bila mana perasaan cinta mengundang rasa positif dalam diri seseorang ini menarik untuk hiburan santai petang hari anda setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang di TV1.

babak romantik dalam Jiwang Karat
Ia mengisahkan Shazlin anak tunggal Dato Amran dan Datin Kalsomyang bersikap keanak-anakkan dan lebih suka membuang masa serta membuat keputusan sendiri. Situasi ini amat merisaukan Dato Amran apatahlagi Shazlin yang degil enggan bekerja di syarikat Dato Amran sedangkan Dato Amran mengharapkan Shazlin untuk mengambil alih perniagaannya itu setelah Shazlin tamat belajar di luar negara.


Shazlin masih bersikap acuh tak acuh apabila papanya, Dato Amran mengugut untuk menyekat perbelanjaannya jika dia tidak ke pejabat. Shazlin tetap keluar dengan kawan baiknya Kamalia untuk berseronok dan membeli belah. Akibat marah dan kecewa, Dato Amran menyekat perbelanjaannya. Hal itu menyebabkan Shazlin tersekat di sebuah restoran kerana dia tidak mempunyai wang tunai untuk membayar makanannya apabila kredit kadnya di sekat.

Bermula dari situ, Shazlin telah berkenalan dengan Nor Aiman, jejaka kampung yang kebetulan sedang duduk makan di situ. Meskipun perkenalan mereka bermula agak dingin namun, Nor Aiman sudi membayar makanannya malah sanggup membayar wang denda kerana Shazlin meletakkan keretanya di petak OKU. Ketika itu, Kamalia iaitu sahabat baik Shazlin tidak mempedulikannya kerana sibuk berkenalan dengan Azril, senior di kolejnya yang sudah lama diminatinya.

Perkenalan sehari Shazlin dengan Nor Aiman cukup memberi kesan dalam hidup Shazlin. Sikap matang Nor Aiman dan nasihat Nor Aiman kepadanya membuatkan dia berubah dan mahu membantu papanya di syarikat. Dia baru sedar yang itu adalah tanggungjawabnya dan dia tak mahu hidup tanpa arah.

Shazlin ingin berjumpa Nor Aiman sekali lagi, tetapi Shazlin telah menghilangkan kad nama pemberian Nor Aiman dan menyebabkan Shazlin terputus hubungan dengan Nor Aiman malah hutang Nor Aiman juga tidak dapat dibayar Shazlin. Shazlin agak kecewa.

Drama Jiwang Karat setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang di TV1.

5 tahun telah berlalu, Shazlin benar-benar berubah. Dia kini menjadi anak yang cukup dibanggai Dato Amran dan Datin Kalsom. Shazlin mampu untuk mengendalikan syarikat dan tidak lagi dipandang rendah oleh pekerja syarikatnya. Shazlin menjadi ikon usahawanita muda yang berjaya.

Dalam pada itu, Datin Kalsom dan Dato Amran berikhtiar mencari jodoh untuk Shazlin. Shazlin naik rimas dengan pilihan dan desakan ibubapanya sehingga dia terpaksa menipu kononnya dia sudah mempunyai teman lelaki. Tanpa disedari Shazlin, penipuannya itu mendesak dia mencari teman lelaki dan takdir tuhan dia telah terjumpa kembali kad nama Nor Aiman yang sekian lama dicarinya.

Shazlin menghubungi Aiman menggunakan maklumat di kad. Ketika itu, Aiman (Nor Aiman) yang dicari tidak lagi bekerja di syarikat itu namun apabila dihubungi Shazlin, Aiman (Mohammad Aiman) yang bekerja di situ menjawab panggilan dan mengaku yang dia adalah Aiman yang dicarinya. Mereka berjanji untuk berjumpa kerana Shazlin mahu membayar hutang lapuknya 5 tahun dahulu. Shazlin teruja.

Shazlin cuba mengingat kembali wajah Aiman yang dikenalinya 5 tahun dahulu. Apabila dia berjumpa Muhammad Aiman ternyata Aiman yang datang berjumpanya lebih kacak dan bergaya. Shazlin jatuh hati pandang pertama. Namun, setelah lama dia berkenalan dengan Mohammad Aiman hatinya langsung tak terpikat dan mula rasa Muhammad Aiman langsung tidak serupa dengan Nor Aiman yang dikenalinya dari segi sikap. Namun, disebabkan sikap terburunya Muhammad Aiman telah diperkenalkan kepada Dato Amran dan Datin Kalsom sebagai teman lelakinya. Dari situ Muhammad Aiman yang tamakkan harta Shazlin mula memasang strategi jahat untuk mempergunakan Shazlin demi mendapat harta dan projek.

Shazlin masih lagi mahu mencari Aiman yang sebenar kononnya masih tidak tenang selagi tidak membayar hutang Aiman. Dengan bantuan sahabat baiknya Kamalia yang sudah pun berkahwin dengan Azril, dia telah berjaya menjejaki Aiman sebenar di Pulau Pinang.

Pelbagai insiden lucu berlaku apabila Kamalia yang mengaku bujang dan menyamar sebagai Shazlin atas permintaan Shazlin menjadi perkara besar apabila Azril naik angin dan mencari Kamalia. Dalam pada itu, Shazlin tak sangka Aiman yang selekeh dan tidak pandai bergaya 5 tahun dahulu kini cukup berbeza. Shazlin dalam diam menaruh hati pada Nor Aiman.

Shazlin cuba berterus terang kepada Nor Aiman akan perasaannya tetapi terhalang kerana Muhammad Aiman. Muhammad Aiman enggan melepaskan Shazlin malah dia dalam diam telah melakukan pelbgai penganayaian kepada Nor Aiman sehingga syarikat percetakannya muflis. Dalam pada itu, Muhammad Aiman telah menambat hati Dato Amran dan Datin Kalsom sehingga Shazlin dipaksa untuk berkahwin. Nor Aiman yang mengetahui Shazlin sudah bertunang amat kecewa dan memilih untuk kembali ke kampung meskipun pada awalnya dia baru hendak memulakan perniagaan baru di KL.

Kamalia dan Azril bertindak menyelamatkan keadaan dengan menceritakan perkara sebenar kepada Dato Amran dan Datin Kalsom dengan mengumpulkan segala bukti kejahatan Muhammad Aiman selama ini. Dari situ, Dato Amran tahu yang Muhammad aiman dalam diam cuba mengawal asetnya.

Shazlin gembira Dato Amran dan Datin Kalsom tidak lagi memaksanya berkahwin dan setuju dengan pilihan hatinya Nor Aiman. Dia segera mencari Nor Aiman di kampung.

Apabila tiba di rumah Nor Aiman, Shazlin terkejut melihat rumah Aiman sedang mengadakan kenduri kahwin. Tambah mengejutkan apabila melihat Aiman sedang bersanding.

Shazlin menangis dan mahu segera pulang ke KL. Namun langkahnya disekat Aiman. Shazlin terkejut melihat Aiman yang berbaju melayu bukan berbaju pengantin seperti yang dilihatnya. Rupanya, bukan Aiman yang bersanding tetapi adik kembarnya. Shazlin lega. Nor Aiman juga gembira melihat kedatangan Shazlin kerana dia sudah tahu segala apa yang berlaku. Kali itu, dia tak akan melepaskan Shazlin lagi.

babak pertunangan

antara babak menarik dalam Jiwang Karat

Jiwang Karat

Drama bersiri Jiwang Karat

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Christina SuzanneCintaDrama Jiwang KaratNor AlbaniahRidhwan HashimRozie OthmanShah IskandarShahrizal JaszleSinopsis Jiwang Karat

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Mahu Menang Kereta Chevrolet Manchester United Jom Sertai Peraduan Snack&Win Mister Potato
  • Next story Hotlink Jadi Penaja Eksklusif Perayaan Thaipusam

ENTRI BERKAITAN

  • Sinopsis Drama Darjat TV3 28 Sep, 2012
  • Malaysia Screen Actors Guild Berhad MSAGB Bakal Ditubuhkan 2 Aug, 2012
  • Memey Suhaiza & Norman Hakim dalam Drama Gia 27 Sep, 2010
  • Drama Taubah Lakonan Eman Manan Jehan Miskin 26 May, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.