in , ,

Nasi Ambeng Christina Suzanne Tambat Hati Jejaka

Nasi Ambeng Christina Suzanne Tambat Hati Dua Pemuda Dalam 13 Episod Drama Bersiri “Cinta Nasi Ambeng” Di TV1. Nasi ambeng bukanlah asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Juadah tradisi Jawa ini nyata menambah selera sesiapa sahaja. Apatahlagi kini nasi ambeng lebih terkenal dalam kalangan masyarakat setempat khususnya generasi muda kerana ia telah menjadi trend dan mudah mendapatkannya.

Kisah menu menyelerakan ini ditonjolkan drama bersiri terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Cinta Nasi Ambeng” mulai 7 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 3.05 petang mengisi slot Cindai di TV1.

nasi ambeng noey

Nantikan kisah menarik 13 episod lakonan Christina Suzanne sebagai Hani dan Aliff Hadi sebagai Remy selain turut dibantu oleh Mardiana Alwi, Nazrief Nazri, Aidit Noh, Liza Abdullah, Ruminah Sidek, Julia Ziegler dan Haeryanto Hassan.

Kedatangan Remy, seorang budak bandar ke kampung Hani, Julia, Faiz dan Johan untuk tinggal bersama neneknya menjadi permulaan kisah Cinta Nasi Ambeng ini. Dengan penghujung sekolah dan kedatangan Ramadan, orang – orang kampung sibuk membuat persiapan termasuklah Hani yang menjual Nasi Ambeng dengan maknya, Zabedah.

Hari pertama puasa membawa pelbagai ragam. Hani rasa bersalah kerana telah meminta duit pampasan daripada Remy berlebihan setelah Remy melanggar basikal Hani jatuh parit. Remy pula mula jatuh hati dengan Hani tetapi dia tidak tahu sepupunya Faiz juga sudah lama menyimpan perasaan kepada Hani.

Remy mula membeli Nasi Ambeng dari gerai Hani. Hani ingin menggantikan duit lebih Remy itu dengan Nasi Ambeng percuma tetapi Zabedah tidak setuju dan tidak ingin bersubahat dengan hal duit orang di bulan Ramadan. Hani dan Julia berjumpa dengan Nek Minah, nenek Remy buat kali pertama.

Hani berterus terang dengan Remy tentang kenapa dia memberi Nasi Ambeng percuma itu dan memulang duit Remy yang selebihnya. Remy tidak mahu menerima duit Hani yang di pulangkan itu. Zabedah pula kenal Nek Minah tetapi merahsiakan cerita lama mereka bersama. Faiz sedih dan cemburu kerana Remy lebih selalu berjumpa dengan Hani.

Hani mula menghantar Nasi Ambeng ke rumah nenek Remy. Nenek pula memulangkan mangkuk tingkat Hani dengan pengat ubi. Zabedah masih merahsiakan perhubungannya dengan Nek Minah dulu. Remy dan sepupunya berpakat untuk menakutkan Hani.

Remy dan sepupunya menakutkan Hani dan Julia semasa berjalan ke terawih yang membuat satu Kampung Bukit Cermin ketakutan. Pak Tam, bapa Faiz semakin kerap ke gerai Nasi Ambeng untuk berjumpa Zabedah dan membeli juadah berbuka. Julia menyelidik siapa yang memberi surat cinta kepada Hani. Hani memaksa Faiz memberitahu perkara sebenar di sebalik komplot – komplot tiga pupu itu.

Oleh kerana bengang dengan Remy, Hani buat Remy bergaduh dengan sepupunya apabila memberitahu surat cinta itu daripada Johan. Zabedah dan Pak Tam pula semakin mesra. Remy tidak mahu berjumpa dengan Hani yang menghantar Nasi Ambeng ke rumah nenek.

Fahmi, seorang budak nakal yang kini adalah seorang Ustaz mula muncul di kampung dan menjadi pujaan hati ramai termasuklah, Hani. Nenek cuba menasihati cucu – cucunya yang sedang bergaduhan. Remy berterus terang dengan nenek tentang apa yang telah berlaku.

Zabedah menceritakan hajatnya untuk berkahwin lagi kepada anaknya. Pak Tam juga memberitahu Faiz tentang buah hati barunya, Zabedah. Hani pula makin terpaut dengan Ustaz Fahmi. Remy berbaik semula dengan sepupunya yang kini ingin membantu Remy memenangi Hani.

Remy dan sepupunya mengikut Ustaz Fahmi untuk mengintip hariannya tetapi telah mengakibatkan mereka berbuka bersama di rumah ustaz. Pak Tam memberitahu maknya, Nek Minah tentang hajatnya untuk berkahwin dan ingin membawa Zabedah ke rumah.

Remy ingin menderma baki Nasi Ambengnya itu ke masjid setelah mula rapat dengan Ustaz Fahmi. Remy berterus terang dengan Hani tentang perasaannya dan cinta pandang pertamanya apabila bertemu dengan Hani hari sebelum Ramadan itu. Hani pula cuba menguji kesabaran Remy dengan memintanya mempelajari bahasa Jawa dahulu.

Fiona, kakak Remy dari Paris muncul untuk membawa Remy berita tentang rancangan ayah mereka yang telah bercerai dengan isterinya. Fiona juga tidak bersetuju dengan persahabatan dan percintaan Remy dan Hani. Ini membuat Hani sedih dan menjauhkan diri dari Remy.

Remy terpaksa ikut kakaknya ke Paris dan meninggalkan Hani. Pemergian Remy membuat Hani dan semua orang sedih. Enam tahun kemudian, Zabedah dan Pak Tam bersama anak mereka Hani dan Faiz, juga menantunya Julia, sudahpun membuka sebuah restoren Nasi Ambeng. Lalu bagaimana pula kesudahan hubungan Hani dan Remy?

watak lucu Remy lakonan Aliff Hadi

watak Hani dan Remy

turut berlakon Ruminah Sidek dan Julia Ziegler

babak persekolahan

babak pernikahan Hani dan Remy

babak libatkan Christina Suzanne dan Mardiana Alwi

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cara Letak Nama Sendiri di Tin Coca-Cola

Doa Dari Hati Elfira Loy