in ,

Mahu Menang Kereta Chevrolet Manchester United Jom Sertai Peraduan Snack&Win Mister Potato

Mister Potato Mempersembahkan Rangkaian Kereta Chevrolet Manchester United Pertama di Asia Tenggara

Pada 22 Januari yang lalu, Budiey berkesempatan untuk hadir di Majlis Pelancaran Peraduan Snack&Win Mister Potato yang diadakan di Kompleks BUSANA Mall, Menara MARA, Kuala Lumpur. Kiranya, ini adalah kali pertama Budiey menjejakkan kaki di BUSANA yang terletak berhampiran dengan Pertama Kompleks.

Rakan-rakan media dari meja hiburan pun turut hadir di majlis ini kerana selain mengumumkan tentang pelancaran kereta Chevrolet versi Manchester United, seorang pelawak terkenal, siapa lagi kalau tak Zizan Razak, turut hadir memeriahkan majlis.

Budiey lihat, suasana majlis ini terbuka ini sangat meriah dengan kehadiran ramai penyokong Kelab Peminat Manchester United turut bersemangat berkumpul untuk meraikan satu lagi kejayaan Mister Potato.

Zizan Razak Mister Potato


Ini adalah usahasama yang pertama dijalinkan di antara gergasi bolasepak dunia Manchester United dan jenama automobil Chevrolet. Paling bersejarah, Mister Potato mempersembahkan rangkaian kereta Chevrolet Manchester United pertama di Asia Tenggara. Memang Budiey rasa ianya satu edisi terhad dan kereta ni korang tak boleh dibeli di mana-mana cawangan Chevrolet pun. Eksklusif la kiranya, kan? Menang takde kat mana-mana. Ini adalah seiringan dengan kemunculan Chevrolet sebagai Rakan Automotif Rasmi bagi Manchester United. Tahniah, Budiey ucapkan.

Sebanyak tiga jenis model rangkaian kereta Chevrolet diperagakan dengan logo gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United bakal dijadikan habuan lumayan buat anda yang menyertai Peraduan Snack&Win Mister Potato yang bermula 4 Februari ini. Budiey memang peminat tegar Red Devils dan rasa terliur untuk mendapatkan kereta ini. Memang cantik giler. Kalau drive ni memang syiok habis la ni sebab semua orang pandang, kereta lain macam je, kan?

Ketiga-tiga kereta Chevrolet iaitu Captiva, Sonic dan Cruze disertakan autograf pemain Manchester United ditawarkan sebagai Hadiah Utama bagi Peraduan Snack & Win Mister Potato. Pergh! Siap dengan sign autograph player MU lagi tu! Mana nak dapat nih! Kesemua hadiah berjumlah RM450,000 menanti untuk dimenangi. Ini termasuk hadiah wang tunai mingguan berjumlah RM136,800 di sepanjang dua belas minggu. Pergh! Mantap! Budiey rasa nak join peraduan ni la. Korang macamana pulak?

Jadi, Budiey rasa peminat Red Devils yang lain juga akan join sekali sebab rangkaian kereta Chevrolet Manchester United merupakan ganjaran terbaru yang disediakan oleh Manchester United untuk para peminat setia MU. Rangkaian kereta ini merupakan di antara ganjaran paling hebat pernah ditawarkan, dalam usaha menawarkan hadiah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Kata Penolong Pengurus Penajaan dan Aktiviti Mamee – Double Decker, Faiz Zainal Abidin kepada media:

“Sebelum ini, kami menghantar pelanggan kami ke Old Trafford, kali ini kami bagi kereta, tetapi masih lagi eksklusif kerana kalau menang kereta ni, ia adalah satu-satunya model yang ada di Malaysia yang ada logo Manchester United – yang mana diiktiraf oleh kelab bola sepak itu sendiri.”

“Selain itu, bulan depan kami juga akan meneruskan kempen sebelum ini iaitu berparti di Old Trafford sambil menyaksikan perlawanan bola sepak. Kami sememangnya menawarkan sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit termasuk kenderaan ini.”

Ia bermula dengan Ultimate Manchester United Experience pada 2011 di mana para peminat berpeluang untuk bertemu secara peribadi dengan pemain kesayangan mereka dan menyaksikan mereka beraksi. Selepas itu, Mister Potato menawarkan kemeriahan berparti di Old Trafford (stadium Manchester United) dengan peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di samping berhibur dengan persembahan eksklusif kumpulan rock terkenal Indonesia, Nidji.

Zizan Razak Mister Potato

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Mamee-Double Decker, Datuk Wira Pang Tee Chew:

“Sebagai rakan snek rasmi Manchester United, kami mampu menawarkan pengalaman eksklusif di samping mendekati para peminat menerusi ganjaran yang tidak diperolehi daripada snek lain. Dengan usahasama yang dijalin dengan Chevrolet, kami mencetus perbualan dengan lebih ramai orang dan membawa lebih banyak keriangan.”

Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama, Kumpulan Syarikat NAZA pula berkata:

“Kami sungguh gembira dengan usahasama yang dijalin dengan Mamee-Double Decker ini. Matlamat kami ke arah mempromosikan Chevrolet kepada semua rakyat Malaysia kini direalisasikan menerusi usaha seperti ini. Terutamanya di kalangan para peminat Manchester United, peraduan ini sesungguhnya tidak harus dilepaskan. Captiva, Cruze dan Sonic menanti 3 pemenang bertuah yang bakal memperagakan lambang Manchester United, yang ditampilkan dalam warna merah dan hitam yang menarik.”

Majlis ini juga menawarkan sebuah Mini iPad sebagai hadiah kepada pengunjung bertuah yang dipilih menerusi cabutan bertuah. Begitu juga dengan pihak media yang hadir, berpeluang untuk menang sebuah Mini iPad di majlis ini.

Snack & Win Masthead-001

BAGAIMANA UNTUK SERTAI PERADUAN INI?

Menyertai Peraduan Snack & Win adalah semudah membeli pek peraduan Mister Potato dan menjawab beberapa soalan mudah untuk mendapatkan mata ganjaran. Sepuluh mata ganjaran juga boleh diperolehi dengan mengunjungi bilik pameran sah Chevrolet untuk pandu uji. Pemenang akan dipilih berdasarkan mata ganjaran tertinggi yang berjaya dikumpul di penghujung tempoh peraduan. Dibuka hanya untuk rakyat Malaysia, peluang sekali seumur hidup ini tidak harus dilepaskan oleh para peminat.

Pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 30 Mei ini. Jom kita join peraduan ni sama-sama orait?

Sikit info berkenaan dengan Zizan Razak, Budiey dikhabarkan Zizan Razak bakal dilantik menjadi duta bagi produk Mamee tak lama lagi. Wow! Sekalung tahniah buat Zizan. Terdekat ini, Zizan Razak akan terbang ke London dan Manchester United bersama dengan Kaka Azraf untuk bercuti sambil merakam video untuk satu kempen. Dengarnya, mereka akan terbang ke sana pada 3 Februari ini. Nak tahu kempen apa, Budiey akan kasi tau kemudian ya.

Okay kat bawah ini, Budiey paparkan antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam:

Mister Potato

Mister Potato

Zizan Razak Mister Potato

Zizan Razak Mister Potato

Zizan Razak Mister Potato

Zizan Razak Mister Potato

Zizan Razak Mister Potato

Zizan Razak Mister Potato

MENGENAI MISTER POTATO
Mister Potato ialah jenama terkemuka dan merupakan salah satu jenama snek terkenal di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada konglomerat Mamee-Double Decker dan pada Julai 2011, Mister Potato menjadi rakan snek rasmi Manchester United. Menerusi usahasama ini, Mister Potato berharap untuk meningkatkan jumlah pelanggan dan menawarkan peluang untuk para peminat mendekati permainan dan kelab yang sangat mereka minati.

Australia, Singapura, Russia, Belanda dan Kepulauan Maldives adalah pasaran utama Mister Potato dan Mamee berharap untuk mengembangkan penguasaan pasaran snek di Asia Tenggara dan Asia secara keseluruhan termasuk Korea, Jepun, Hong Kong dan China. Ia juga berharap untuk meningkatkan penguasaan pasaran di Afrika dan Amerika Selatan malah juga Eropah di mana ia telahpun mencipta nama.

Mister Potato menyumbang lebih 30 peratus daripada perniagaan Mamee-Double Decker dan memiliki hampir 15 peratus penguasaan pasaran dalam kategori snek yang semakin berkembang. Menurut syarikat, rahsia kejayaan Mister Potato dibantu oleh pelbagai faktor. Ini termasuk usaha mengukuhkan jenama dan keunggulan mutu agar setanding dengan standard antarabangsa selama 21 tahun dan penggunaan kentang segar bermutu tinggi yang dipilih khusus daripada kentang jenis Atlanta, Dakota Pearl dan Hermes. Di samping kadar gula yang rendah dan kandungan kering yang tinggi; warna, rasa, saiz dan tekstur yang ideal juga adalah ciri-ciri yang perlu dipatuhi dalam memastikan prinsip “Tiada Kompromi”. Snek ini juga terkenal bebas daripada lemak trans dan hanya minyak sayuran digunakan dalam penyediaannya.

Menerusi usahasama yang dijalin dengan Manchester United, Mister Potato sedang dalam usaha menakluki rantau baru di Asia dan di serata dunia. Dikenali sebagai jenama yang meriangkan dengan maskot Mister Potato dan Amigo yang ceria dan nakal, para peminat dihidangkan kerepek kentang yang rangup, bermutu tinggi dan pelbagai lagi perkembangan menarik di masa akan datang.

Para peminat Mister Potato boleh melayari www.misterpotato.com.my dan www.facebook.com/misterpotatocrisps atau mengikuti @mymisterpotato untuk promosi terkini.

Sonic

Cruze

Captiva

MENGENAI NAZA QUEST SDN BHD
NAZA Quest Sdn Bhd ialah sebahagian Kumpulan Syarikat NAZA. NAZA Quest ialah pengedar sah tunggal dan eksklusif bagi rangkaian produk General Motors di bawah jenama Chevrolet di Malaysia.

Operasi bermula pada awal Mac 2010 dan buat masa ini, syarikat mengedar rangkaian kereta Chevrolet seperti Cruze, Captiva, Colorado dan Sonic.

Rangkaian yang terdiri daripada 26 wakil sedia ada sedang dipertingkatkan untuk menguasai lebih banyak kawasan bagi menghadapi permintaan yang lebih luas dan membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Maklumat lanjut mengenai Chevrolet Malaysia boleh diperolehi di www.chevrolet.com.my dan www.facebook.com/MYChevrolet. Ikuti @Chevrolet_MY untuk perkembangan dan tawaran terbaru Chevrolet Malaysia.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kenyataan Dari Saiful Nang Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Tersebar

Cinta Shahrizal Jaszle & Christina Suzanne Dalam Drama JIWANG KARAT